Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Haji Aidiladha 2024

grafik kad ucapan hari raya haji
Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Haji Aidiladha Edisi 2024 Versi Malaysia Yang Terbaik, Lawak Serta Terkini.

Menjelang sambutan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2024 Masihi bersamaan 1445 Hijrah pasti ada yang mahu mendedikasikan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada insan tersayang mahupun rakan taulan.

Hari Raya Aidiladha Juga Mempunyai Keistimewaan

Bagi umat Islam di seluruh dunia, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban juga mempunyai keistimewaan seperti Hari Raya Aidilfitri dimana Hari Raya Aidiladha merupakan hari umat Islam mengambil iktibar disebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah serta kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. untuk memenuhi perintah Allah SWT.

Ibadah Qurban Di Hari Raya Aidiladha

Antara lain keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah melakukan ibadat korban. Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Hukum melakukan ibadat korban adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah).

Oleh itu, Ibadat korban boleh dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Manfaat Dan Harapan Hari Raya Aidiladha Tahun Ini

Semoga Hari Raya Aidiladha yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan yang lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara hubungan kekeluargaan seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Seperti sedia maklum, sifat saling maaf dan memaafkan orang lain merupakan salah satu syarat sempurnanya keampunan dari Allah SWT.

Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha 2024

Pasti ada di antara anda semua yang terfikir-fikir bagaimana hendak membuat ucapan atau pantun bersempena dengan kehadiran Hari Raya Aidiladha.

Ucapan tersebut bukan sekadar ucapan sahaja, tapi meninggalkan kesan yang mendalam kepada si penerima.

Bagi membantu anda, berikut editor sertakan koleksi ucapan dan pantun Selamat Hari Raya Haji (Aidiladha) versi Malaysia. Sila lihat koleksi ucapan tersebut di bawah.

Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Haji 2024

Berikut merupakan koleksi terkini kata-kata ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2024.

Teks Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha 2024 Malaysia
 Berharap Malam Segera Tiba,
Berganti Pagi Penuh Doa,
Menyambut Aidiladha Bersama Keluarga.
Izinkan Kami Memohon Maaf Atas Segala Kesilapan,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin Dari Kami Sekeluarga.
Mata Sering Salah Menatap,
Mulut Sering Salah Berucap,
Hati Sering Salah Prasangka,
Dengan Niat Yang Tulus Dan Suci, Saya Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Merdunya Zikir Sebagai Selingan,
Penyejuk Jiwa Dikala Keseorangan.
Aidilfitri Merayakan Kemenangan,
Aidiladha Pelengkap Pengorbanan.
Mawar Indah Harum Mewangi,
Aromanya Ada Dimana Berada,
Pesan Ini Sebagai Pengganti Diri,
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Aku Tidak Memintamu Untuk Menjadi Awan,
Kerana Aku Takut Kamu Akan Mendung.
Aku Juga Tidak Memintamu Untuk Menjadi bunga,
Kerana Aku Takut Kamu Akan Layu.
Aku Hanya Memintamu Untuk Memaafkanku Setulus Hati.
Selamat Hari Raya Aidiladha, Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Harta Yang Paling Bernilai Adalah Kesabaran.
Rakan Yang Paling Setia Adalah Amal.
Ibadah Yang Paling Indah Adalah keikhlasan.
Identiti Tertinggi Adalah Iman.
Pekerjaan Paling Berat Adalah Memaafkan.
Mohon Maaf Zahir Dan Batin, Selamat Hari Raya Aidiladha.
Indah Langit Kerana Awan,
Indah Laut Kerana Kebiruan,
Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan,
Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan,
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Tiada Kata Seindah Kata Maaf,
Tiada Perbuatan Seindah Yang Memaafkan,
Kini Hati Akan Dibersihkan, Tanpa Noda Dan Kotoran,
Selamat Hari Raya Aidiladha. Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Tangan Dihulur Maaf Dipinta,
Erat Hubungan Sesama Kita,
Semoga Gembira Di Hari Yang Mulia Ini,
Salah Dan Silap Harap Dimaafkan.
Selamat Hari Raya Aidiladha,
Maaf Zahir dan Batin.
Yang Jauh Itu Waktu,
Yang Dekat Itu Mati,
Yang Besar Itu Nafsu,
Yang Berat Itu Amanah,
Yang Mudah Itu Berbuat Dosa,
Yang Panjang Itu Amal Soleh,
Yang Indah Itu Saling Memaafkan,
Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.
10 Zulhijjah Menjelang Tiba,
Takbir Bergema Mengegarkan Jiwa,
Sekiranya Ada Salah Dan Dosa,
Ampun Dipinta Dihari Mulia,
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf zahir Dan Batin.
Sungai Disusur Sehari-Hari,
Dalam Gelap Menangkap Ikan,
Kami Menyusun Sepuluh Jari,
Salah Dan Silap Harap Maafkan,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
Salam Dihulur Tanda Ingatan,
Moga Ukhwah Sentiasa Berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidiladha Kami Titipkan,
Buat keluarga Dan Juga kenalan.
SALAM AIDILADHA…
Tangan Dihulur Maaf Dipohon,
Tanda Ikhlas Mensucikan Diri,
Salah Dan Silap Harap Diampun,
Semoga Berbahagia Di Aidiladha.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir & Batin.
Ingatan Tulus Ikhlas Saya Dan Keluarga.
Dalam Kerendahan Hati Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta Ada Kekayaan Jiwa,
Dalam Kelembutan Lidah Ada Juga Keterlanjuran Kata,
Dalam Gurau Senda Sudah Tentu Ada Khilaf Dan Dosa.
Mohon Ampun Zahir Dan Batin Dan Selamat Hari Raya Aidiladha..
.Dalam Gurau Ada Senda,
Dalam Senyum Ada Tawa,
Dalam Suka Ada Duka,
Itulah Sebenarnya Diri Kita,
Cuma…
Jangan Ikut Hati Luka,
Jangan Difikir Salah Siapa,
Jangan Di Ungkit Pahala Dosa,
Anggaplah Ruang Bertemu Kata,
Kata Sekadar Penghibur Belaka,
Moga Silaturrahim Tetap Ceria,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin.