Koleksi Terbaik Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Haji, Qurban, Aidiladha Tahun 2022
Menjelang kehadiran sambutan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2022 Masihi bersamaan 1443 Hijrah pasti ada yang mahu mendedikasikan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada insan tersayang mahupun rakan taulan.
Hari Raya Aidiladha Juga Mempunyai Keistimewaan
Bagi umat Islam di seluruh dunia, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban juga mempunyai keistimewaan seperti Hari Raya Aidilfitri dimana Hari Raya Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam mengambil iktibar disebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah serta kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Ibadah Qurban Di Hari Raya Aidiladha
Antara lain keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah melakukan ibadat korban. Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hukum melakukan ibadat korban adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah).
Oleh itu, Ibadat korban boleh dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Manfaat Dan Harapan Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Semoga Hari Raya Aidiladha yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan yang lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara hubungan kekeluargaan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Seperti sedia maklum, sifat saling maaf dan memaafkan orang lain merupakan salah satu syarat sempurnanya keampunan dari Allah SWT.
Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha 2022 Malaysia
Pasti ada di antara anda semua yang terpikir-pikir bagaimana hendak membuat ucapan atau pantun bersempena dengan kehadiran Hari Raya Aidiladha. Ucapan tersebut bukan sekadar ucapan sahaja, tapi meninggalkan kesan yang mendalam kepada si penerima.
Bagi membantu anda, berikut editor sertakan koleksi ucapan dan pantun Selamat Hari Raya Haji (Aidiladha) versi Malaysia. Sila lihat koleksi ucapan tersebut di bawah.
Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Haji, Korban Atau Aidiladha 2022
Berikut merupakan koleksi terkini kata-kata ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2022.
Teks Kata-Kata Ucapan Dan Pantun Raya Haji (PKP) |
Berhari raya di Aidiladha, Hanya beraya bersama keluarga, Dengan harapan Covid terkawal, Agar Tahun Depan Dapat Beraya Bersama Sanak Saudara Pula. |
Di muara sungai Sarawak banyak buaya, Buaya timbul setiap hari, Corona Virus sungguh berbahaya, Raya, raya jugak… tapi jangan lupa jaga diri. |
Sungguhlah kencang kuda berlari, Kuda berlari memakai pelana, Jangan lupa patuhi S-O-P, Untuk sama-sama mengawal Corona |
Hari Raya, hari bergembira, Seronok gembira, sampai buang masa, Memang kita tahu Corona virus, amat bahaya, Dah hari ni, hari raya… tak kan nak duduk rumah saja. |
Pergi ke kedai membeli gula, Gula dibeli bersama kopi, ‘Planning’ raya bagi nak gila, Kesian, ‘Last’ minit kena PKP. |
Di malam raya memasang pelita, Pelita dipasang nampak berseri-seri, Benar sungguh bagai di kata, Raya tahun ini masih tak boleh rentas negeri. |
Terdengar bunyi meriam kampung Talang, Sambil melihat terang bulan yang berseri-seri, Ibu.. Maaf, raya tahun ini anakmu tidak dapat pulang, Kerana tiada alasan kukuh untuk rentas negeri. |
Bukit gunung tempat bertapa, Masuk desa jauh ke kota, Sudah dua kali Aidiladha tidak berjumpa, Rasa rindu penuhi dada. |
Rindu suasana kampung di kota tiada, Hatiku rindu tiada terperi, Ingin merasakan kasih ibu di Aidiladha, Raya tahun ini bagaikan tiada erti, kerana tiada ibu disisi. |
Lupa jalan cubalah bertanya, Dari hujung hingga ke taman, Beginilah nasibku di hari raya, Beraya seorang diri di perantauan. |
Pantun Dan Teks Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2022 |
Tangan Dihulur Maaf Dipinta, Erat Hubungan Sesama Kita, Semoga Gembira Di Hari Yang Mulia Ini, Salah Dan Silap Harap Dimaafkan. Selamat Hari Raya Aidiadha, Maaf Zahir dan Batin. |
Yang Jauh Itu Waktu, Yang Dekat Itu Mati, Yang Besar Itu Nafsu, Yang Berat Itu Amanah, Yang Mudah Itu Berbuat Dosa, Yang Panjang Itu Amal Soleh, Yang Indah Itu Saling Memaafkan, Salam Aidiladha Maaf Zahir dan Batin. |
10 Zulhijjah Menjelang Tiba, Takbir Bergema Mengegarkan Jiwa, Sekiranya Ada Salah Dan Dosa, Ampun Dipinta Dihari Mulia, Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf zahir Dan Batin. |
Salam Diutus Tanda Ingatan, Aidiladha Dinanti Menjelang Tiba, Salam Diutus Pohon Kemaafan, Maaf zahir Dan Batin. |
Pergi Ke Masjid Bersama Bapa, Diajak Bersama Rakan Dan Taulan, Selamat Hari Raya Aidil Adha, Salah Dan Silap Harap Dimaafkan. |
Gemersik Takbir Mengundang Hiba, Salam Diutus Tanda Ingatan, Aidiladha Dinanti Menjelang Tiba, Salam Diutus Pohon Kemaafan, Maaf Zahir Dan Batin. |
Sungai Disusur Sehari-Hari, Dalam Gelap Menangkap Ikan, Kami Menyusun Sepuluh Jari, Salah Dan Silap Harap Maafkan, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. |
Salam Dihulur Tanda Ingatan, Moga Ukhwah Sentiasa Berkekalan, Selamat Hari Raya Aidiladha Kami Titipkan, Buat keluarga Dan Juga kenalan. SALAM AIDILADHA… |
Tangan Dihulur Maaf Dipohon, Tanda Ikhlas Mensucikan Diri, Salah Dan Silap Harap Diampun, Semoga Berbahagia Di Aidiladha. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir & Batin. Ingatan Tulus Ikhlas Saya Dan Keluarga. |
Dalam Kerendahan Hati Ada Ketinggian Budi, Dalam Kemiskinan Harta Ada Kekayaan Jiwa, Dalam Kelembutan Lidah Ada Juga Keterlanjuran Kata, Dalam Gurau Senda Sudah Tentu Ada Khilaf Dan Dosa.Mohon Ampun Zahir Dan Batin Dan Selamat Hari Raya Aidiladha.. |
Dalam Gurau Ada Senda, Dalam Senyum Ada Tawa, Dalam Suka Ada Duka, Itulah Sebenarnya Diri Kita, Cuma… Jangan Ikut Hati Luka, Jangan Difikir Salah Siapa, Jangan Di Ungkit Pahala Dosa, Anggaplah Ruang Bertemu Kata, Kata Sekadar Penghibur Belaka, Moga Silaturrahim Tetap Ceria, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin. |
Beli Tepung Gandum Di Kedai Isabella, Buat Kuih Bengkang Di Rumah Cik Leha, Patut Ler Lembu Dengan Kerbau Tengah Cuak Gila, Rupanya Hari Ini Dah Raya Aidil Adha! |
Berhati-Hati Dijalan Raya, Biar Lambat Asalkan Selamat, Selamat Hari Raya Aidil Adha, Kepada Semua Muslimin Dan Muslimat. |
Muzik Berkumandang Rentak A Go Go, Nona Manis Berbaju Kebayo, Korban Harta Mahupun Tenago, Taknak Korban Dah Jangan Beghayo! |
Cari Pengat Sampai Ke Sarawak, Pengat Dicari Di Kawasan Pokan, Den Bizi Masak Ekau Jangan Nak Melawak, Kang Kobau Tak Tumbang Ekau Den Korbankan! |
Mata Kadang Salah Melihat, Mulut Kadang Salah Berucap, Hati Kadang Salah Menduga, Maafkan Segala Kekhilafan, Mohon Maaf Zahir Dan Batin, Selamat Hari Raya Aidiladha. |
Sukaria Di Hari Raya, Orang Tua Jangan Dilupa, Jasa Mereka Sangat Berharga, Kalaulah Tiada Mereka, Siapalah Kita… |
Andai Jemari Tak Sempat Berjabat. Jika Raga Tak Bisa Bersua. Bila Ada Kata Membekas Luka. Semoga Pintu Maaf Masih Terbuka… |
Apabila Terjaga Di Pagi Hari, Lihat Semua Berlawa Sakan, Aidil Adha Berkunjung Lagi, Marilah Sama Kita Raikan. |
Janganlah Dikau Terus Berangan, Marilah Kita Bersembahyang Raya, Ketupat Rendang Menjadi Hidangan, Jamuan Untuk Tetamu Yang Mulia. |
Itulah Sebab Tak Ambik Perkembangan, Sampai Tak Perasan Bila Hari Raya, Semuanya Tersenyum Keriangan, Ada Yang Memberi Ada Yang Menerima. |
Jangan Engkau Termenung Sahaja, Cepatlah Siap Untuk Beraya, Ingin Achik Ucapkan Buat Semua, Selamat Hari Raya Aidil Adha. |
Bunyi Lembu Macam Mana…?? Mooo Bagus, Bunyi Kambing Macam Manaa?? Mbekk Bagus… Tahniah Esok Anda Boleh Dijadikan Korban. Hambar Kan?. hehehe. Selamat Hari Raya Aidiladha. |
Indah Langit Kerana Awan, Indah Laut Kerana Kebiruan, Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan, Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan, Selamat Hari Raya Aidiladha. |
Bila Ayam Dah Tak Selera Makan, Kambing Pula Resah, Lembu Pura-Pura Gila, Unta Jer Nampak Cool, Itu Tandanya Raya Korban Dah Dekat. Selamat Hari Raya Korban. |