Siaran langsung keputusan ABPBH 33 Anugerah Bintang Popular BH
Live Streaming ABPBH 2020 Dan Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Majlis penganugerahan berprestij dalam dunia hiburan tanah air iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bagi edisi ke-33 kini sudah berada di kemuncaknya apabila majlis penganugerahan ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 13 November 2020, jam 9 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
ABPBH33 Berlangsung Tanpa Penonton
Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke-33 buat kali pertamanya berlangsung tanpa kunjungan penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil bagi mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia selain diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kategori Dipertandingkan ABPBH 2020
Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke-33 menyaksikan sebanyak 13 kategori utama dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.
Selain turut dipertandingkan adalah lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom, Artis Kontroversi Popular dan FC FANtastik Popular.
Pengacara Utama ABPBH33
Datuk AC Mizal dan Nabila Huda telah diberi kepercayaan oleh pihak penganjur sebagai hos utama pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular. Manakala Sissy Iman dan Sean Lee bertindak sebagai hos karpet merah.
Persembahan Artis Di ABPBH 2020
Barisan artis yang akan membuat persembahan di malam kemuncak ABPBH33 antaranya adalah Azlan Typewriter, Yonnyboii, Zynakal, Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Dolla, Zizi Kirana, Ernie Zakri, Hafiz Suip, Naim Daniel, Tuju, Man Keedal, Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok, Lan Solo, Liza, Azlina Aziz , dan Noki K-Clique.
Penyampai Trofi ABPBH 33
Barisan artis yang dipilih bagi menyampai trofi kepada pemenang antaranya adalah Saiful Apek, Siti Nordiana, Shaheizy Sam, Zul Ariffin, Ramlah Ram, Wany Hasrita dan Datuk Rosyam Nor.
Senarai sub-tajuk Artikel
Keputusan Senarai Penuh Pemenang ABPBH 33
Berikut adalah senarai penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 bagi setiap kategori dipertandingkan yang dikemaskini secara langsung sepertimana diumumkan sepanjang majlis penganugerahan berlangsung.
Pemenang Utama – Bintang Paling Popular ABPBH 33 | |
Haqiem Rusli | |
Nota: Pemenang Utama Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan jumlah undi paling tinggi yang diterima oleh BH daripada pengundi. | |
Kategori Utama ABPBH | Pemenang |
Artis Baharu Lelaki Popular | Chubb-E |
Artis Baharu Wanita Popular | Isyariana |
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia | Haqiem Rusli |
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia | Wany Hasrita |
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | Khai Bahar & Siti Nordiana |
Pelakon Filem Lelaki Popular | Zahiril Adzim |
Pelakon Filem Wanita Popular | Mawar Rashid |
Pelakon TV Lelaki Popular | Ben Amir |
Pelakon TV Wanita Popular | Siti Saleha |
Artis Versatil Popular | Siti Nordiana |
Artis Komedi Popular | Sherry Alhadad |
Pengacara TV Popular | Sherry Alhadad |
Penyampai Radio Popular | DJ Lin |
Kategori Online ABPBH | Pemenang |
Gandingan Serasi Drama Popular | Kamal Adli & Uqasha Senrose |
Gandingan Serasi Filem Popular | Syafiq Kyle & Mimi Lana |
Lagu Paling Boom | Haqiem Rusli |
Artis Kontroversi Popular | Aiman Tino |
FC FANtastik Popular | Siti Nordiana FC |
Siaran Langsung Atau Live Streaming ABPBH 2020
ABPBH 2020 turut disiarkan secara siaran langsung menerusi TV3 serta live streaming Tonton, saluran Youtube rasmi TV3 dan Berita Harian selain turut disiarkan melalui aplikasi video TikTok.
Video Live Streaming ABPBH33 |