Siaran langsung keputusan pemenang AIM23 Anugerah Industri Muzik 2022

Siaran langsung keputusan AIM23 Anugerah Industri Muzik 2022. Info live streaming aim 23 dan senarai penuh keputusan pemenang aim 2022.

Live Streaming AIM 2022 Dan Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Industri Muzik 23

[A]nugerah Industri Muzik (AIM) merupakan anugerah utama dalam industri rakaman muzik di Malaysia kini kembali merancakkan persada seni hiburan tanah air menerusi edisi yang ke-23.

Anugerah Industri Muzik (AIM) Bukan Sekadar Pengiktirafan Kepada Penyanyi

Penganugerahan berprestij dalam dunia hiburan tanah air Anugerah Industri Muzik (AIM) bukan sahaja memberi pengiktirafan penyanyi tetapi turut mengangkat sumbangan komposer, penulis lirik, penerbit dan jurutera bunyi yang terlibat dalam industri rakaman muzik di Malaysia.

AIM Menerima 650 Pencalonan Keseluruhan

Anugerah Industri Muzik (AIM23) tahun 2022 telah menerima sebanyak 650 pencalonan bagi karya yang diterbitkan namun hanya 105 daripadanya disenarai pendek dalam senarai kategori yang dipertandingkan.

Senarai Juri Anugerah Industri Muzik (AIM 23)

Senarai barisan juri Anugerah Industri Muzik (AIM23) bagi menentukan pemenang terdiri daripada nama-nama besar dalam industri hiburan tanahair iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz, Fauzi Marzuki.

Tarikh, Tempat Dan Siaran Langsung AIM23

Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM23) akan diadakan pada hari Ahad, 11 September 2022 bermula jam 9.00 malam bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta disiarkan secara siaran langsung menerusi Astro RIA dan Radio ERA. Acara Karpet Merah terlebih dahulu berlangsung pada jam 8.30 malam.

Tema Dan Pengacara AIM 23 Anugerah Industri Muzik 2022

Anugerah Industri Muzik (AIM23) bertemakan Glam & Sophisticated sambil menyaksikan tiga selebriti popular iaitu Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jasmin diberi tanggungjawab sebagai pengacara bagi mengemudi majlis Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 23).

Senarai Artis Buat Persembahan Di AIM23 Anugerah Industri Muzik 2022

Anugerah berprestij, Anugerah Industri Muzik (AIM23) anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) bakal dimeriahkan dengan persembahan penyanyi popular tanah air antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Ella, Nikki Palikat dan Aina Abdul.

Persembahan pelbagai genre termasuk pop, rock, dance dan balada dipersembahkan oleh penyanyi baru dan berbakat seperti De Fam, Janna Nick, Vanessa Reynold, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Amir Masdi, Insomniacks, Naufal dan Nuha selain turut menampilkan persembahan daripada penyanyi Indonesia, Keisya Levronka.

Tarikh / Masa Dan Tempat Anugerah Industri Muzik (AIM) 2022
Tarikh / Masa
11 September 2022 (Ahad) 9:00 malam
Tempat
Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Keputusan Senarai Penuh Pemenang AIM 23 Anugerah Industri Muzik 2022

Berikut adalah senarai penuh Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 bagi setiap kategori dipertandingkan yang dikemaskini secara langsung sepertimana diumumkan sepanjang majlis penganugerahan berlangsung.

Senarai Penuh Pemenang AIM 23 Anugerah Industri Muzik 2022
Kategori AIM 23
Utama
Pemenang
Artis Baru TerbaikVanessa Reynauld – Buat Ku Sempurna
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)Arddley Nicholas – Pilu
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)Ernie Zakri – Sinar Mata Hati
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)V.E – Tunggu
Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam LaguShila Amzah & Liza Hanim – Bahagiakan Dia
Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem / DramaBahagiakan Dia – Shila Amzah & Liza Hanim (Aliff Iskandar & Que Afiq)
Lagu Rock TerbaikTugu Ugut – Sekumpulan Orang Gila
Lagu Pop TerbaikGoodbye Hello – Syamel dan Ernie Zakri
Lagu R&B / Hip Hop TerbaikCIAO – Joe Flizzow ft. MK, Jay Park (Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions)
Lagu Pop Elektronik / Dance TerbaikLate Night Frequency- Fun Lust Love (Moja LNF)
Lagu Inggeris Tempatan TerbaikGame of Charades – Sophia Zuhri
Lagu Cina Tempatan TerbaikWu Ren Qian Shou De Xin Fu – Uriah
Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar NegaraTak Ingin Usai – Keisya Levronka
Lagu Nasyid TerbaikThank You Allah – Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris
Album TerbaikYonnyboii (Yonny, Deluxe Version) – Wolfy
Lagu Pop Etnik TerbaikAdat Kasih – Ziha Salleh
Lagu TerbaikGoodbye, Hello – Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)
Video Muzik TerbaikJanna Nick (Gatal) – Chuan Looi
Kategori Pra-Anugerah
Kulit Single / Album TerbaikAdat Kasih – Ziha Salleh (Patrick Leong Kok Soong)
Rakaman Album TerbaikBelagu – Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)
Rakaman Lagu TerbaikTudung Periuk – Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam LaguTudung Periuk – Dayang Nurfaizah (Aubrey Suwito)
Lagu Paling Tinggi DistrimLotus – ForceParkBois
Lagu Nada Dering Jualan Paling LarisAdakah Ini Mimpi (Reedzwann)
Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton Di YoutubeMalam Semakin Dingin – Tajul & Afieq Shazwan (FMC Music Sdn Bhd)
Anugerah KhasPenerima
Sri WiramaTan Su Loke

Siaran Langsung Atau Live Streaming AIM 23 Anugerah Industri Muzik 2022

AIM23 akan disiarkan secara siaran langsung menerusi Astro RIA dan Radio ERA.

Video Live Streaming AIM 23 Anugerah Industri Muzik 2022