Siaran langsung AJL 35 Keputusan Anugerah Juara Lagu 2021
Live Streaming AJL 35 Dan Keputusan Final Anugerah Juara Lagu 2021. Anugerah Juara Lagu edisi ke-35 (AJL35) telah sampai kemuncaknya sambil menyaksikan 12 finalis yang telah layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu akan bersaing bagi merealisasikan impian bergelar Juara dengan mempertaruhkan persembahan lagu masing-masing.
Persiapan Final AJL 35
Infosentral pasti kesemua 12 finalis AJL35 telah bersedia dengan persiapan dari segi fizikal dan mental bagi memberikan fokus sepenuhnya terhadap persembahan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu edisi ke-35.
Anugerah Juara Lagu (AJL) Terbitan TV3
Sebagai info, Anugerah Juara Lagu (AJL) adalah salah satu rancangan tahunan terbitan TV3 daripada lanjutan peserta (penyanyi dan kumpulan) yang tercalon daripada rancangan Muzik-Muzik di Malaysia.
Anugerah Juara Lagu (AJL) telah membuktikan bahawa ianya merupakan salah satu acara yang dinantikan oleh golongan dan peminat industri seni muzik Malaysia.
Sumbangan Anugerah Juara Lagu Kepada Industri Hiburan Malaysia
Tidak keterlaluan rasanya Infosentral mengatakan bahawa Anugerah Juara Lagu (AJL) telah memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia seni serta memberi impak besar kepada Negara berdasarkan objektifnya iaitu menghargai usaha pemuzik merangkumi komposer, penulis lirik dan penyanyi melalui penjurian profesional.
Senarai sub-tajuk Artikel
Tema Final Anugerah Juara Lagu Ke-35 AJL 35
Setiap tahun peminat AJL dapat lihat perbezaan pengurusan, pengacara, penyanyi, reka bentuk pentas dan juga tema. Bagi edisi ke-35 belum lagi diumumkan. (Akan dikemaskini kelak).
Tema AJL35 yang akan diumumkan nanti pasti bertepatan dengan acara kemuncak AJL kerana ia mengambarkan kepelbagaian vokal finalis bertanding. Pemilihan tema juga memberi perhatian terhadap visual yang selaras dengan konsep persembahan, fesyen dan pentas.
Live Streaming AJL 35 Final Anugerah Juara Lagu
Persaingan hebat membabitkan finalis pada malam kemuncak pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) turut disiarkan secara siaran langsung menerusi TV3 disamping peminat boleh menonton secara global live streaming di internet melalui saluran rasmi Youtube TV3 Malaysia bermula jam 9 malam.
Segmen Karpet Merah Anugerah Juara Lagu
Sebelum acara kemuncak, AJL35 akan memulakan kehangatannya dengan segmen Karpet Merah yang juga boleh ditonton secara live streaming di laman web tonton dan di TV9 pada jam 8.30 malam.
Pengacara AJL 2021 Anugerah Juara Lagu 35
Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni telah diberi kepercayaan mengemudi malam kemuncak final AJL35 sebagai pengacara utama manakala Sissy Imann dan Shuk Sahar pula pengacara sampingan bagi mengendalikan segmen karpet merah dan Lounge AJL35.
Senarai Finalis Dan Lagu Anugerah Juara Lagu AJL 35
Berikut merupakan carta lagu final AJL35 bersama dengan penyanyi masing-masing.
Senarai Penuh 12 Buah Lagu Finalis AJL35 | ||
Bil | Penyanyi | Judul Lagu |
1 | Dato’ Jamal Abdillah & Wany Hasrita | Belenggu Rindu |
2 | Hael Husaini | Hati |
3 | Luca Sickta, Shiha Zikir, Kmy Kmo | 7 Nasihat |
4 | Aina Abdul | Semalam |
5 | Hael Husaini | Peluang Kedua |
6 | Floor 88 | Hutang |
7 | Amir Masdi | Kau Sakiti |
8 | Ernie Zakri | Gundah |
9 | Kaka Azraff, Loca B & Noki | Gila |
10 | Azlan & The TypeWriter | Jangan Khianati Aku |
11 | Zizi Kirana | Eh |
12 | Aishah | Aku Bidadari Syurgamu |
Tempat Dan Tarikh Final AJL 35 Anugerah Juara Lagu
Malam kemuncak final Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) yang dijadualkan berlangsung pada, 7 Februari 2021 telah ditunda ke tarikh baharu iaitu pada hari Ahad, 14 Mac 2021 bermula jam 9 malam bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam yang menggantikan Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
Kedudukan Pemenang Dan Juara Final AJL 35 Anugerah Juara Lagu
Berikut merupakan carta bagi kedudukan pemenang dan juara AJL35 bersama dengan hadiah-hadiah berupa trofi dan wang tunai yang ditawarkan.
Kedudukan Pemenang Dan Juara AJL35 | |||
Kedudukan | Kategori | Pemenang | Lagu | Hadiah |
Juara AJL 35 | RM50,000 | ||
Naib Juara | RM35,000 | ||
Ketiga | RM20,000 | ||
Vokal Terbaik | RM12,000 | ||
Persembahan Terbaik | RM12,000 |