Live Streaming ABK22 Serta Keputusan Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan ABK 2022 [Virtual]
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan [ABK] pasti dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan bola sepak tanahair bagi menyaksikan jurulatih, pemain dan pasukan pilihan masing-masing menerima pengiktirafan yang ditawarkan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan [ABK 2022] pada tahun ini.
Peminat Bola Sepak Diberi Peluang Menentukan Fan XI ABK 2022
Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 [ABK22] diadakan secara maya [Virtual] sambil menyaksikan peminat bola sepak tempatan turut diberi peluang bagi menentukan FAN XI atau kesebelasan pilihan penyokong pada musim ini.
Undian daripada peminat melalui platform undian yang disediakan oleh Malaysian Football League [MFL].
Konsep Penganugerahan ABK 2022 Berubah Selaras Dengan Keadaan Semasa Liga-Malaysia
Konsep Anugerah Bolasepak Kebangsaan pada tahun ini berubah jika dibandingkan dengan ABK pada tahun-tahun sebelumnya selaras dengan keadaan semasa yang melanda Liga-Malaysia pada tahun ini.
Pemilihan Pemenang ABK 2022
Jawatankuasa saringan telah menyenarai pendek 10 pemain terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah keseluruhan undian daripada juri profesional.
Kategori Yang Dipertandingkan Pada ABK22
Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 [virtual] membabitkan 16 kategori anugerah yang dipertandingkan seperti berikut.
Senarai 16 Kategori ABK 2022 Anugerah Bolasepak Kebangsaan Dipercalonkan | |
Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 | |
Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022 | |
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 | |
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022 | |
Penjaga Gol Terbaik | Pertahanan Terbaik |
Pemain Tengah Terbaik | Penyerang Terbaik |
Jurulatih Terbaik | Pemain Muda Terbaik |
Pemain Import Terbaik | Pasukan Terbaik |
Anugerah Fair Play | Fan XI |
Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 | Pemain Paling Bernilai (MVP) |
Tarikh Pengumuman Pemenang ABK 2022
Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan bakal diumumkan dalam majlis yang akan diadakan secara virtual pada pertengahan bulan Disember 2022. Tarikh rasmi dikemaskini dalam ruangan di bawah.
Tarikh Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 | |
Perkara | Info |
🗓️ Tarikh | 15 Disember 2022 |
⛅ Hari | Khamis |
⏰ Masa | 9:00PM |
📺 Siaran | UnifiTV 701, Unifi playTV, Youtube Unifi, Facebook MFL |
Dalam majlis tersebut, pihak MFL turut menyampaikan anugerah kepada Penjaring Terbanyak Liga Super 2022, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022, Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022 dan Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022.
Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan ABK 2022
Berikut adalah senarai penuh dan lengkap keputusan pemenang untuk kategori-kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK 2022) sepertimana diumumkan pada majlis kemuncak Anugerah ABK2022.
Sebagai makluman, keputusan dikemaskini secara langsung sepanjang majlis penganugerahan berlangsung.
Senarai Pemenang ABK 2022 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan | ||
Anugerah | Pemenang | Pasukan |
Penjaga Gol Terbaik | Ahmad Syihan Hazmi | N.Sembilan FC |
Pertahanan Terbaik | Shahrul Saad | JDT |
Pemain Tengah Terbaik | Afiq Fazail | JDT |
Penyerang Terbaik | Arif Aiman | JDT |
Jurulatih Terbaik | Nafuzi Zain | Terengganu FC |
Pemain Muda Terbaik | Arif Aiman | JDT |
Pemain Import Terbaik | Bergson da Silva | JDT |
Gol Terbaik | Mukhairi Ajmal | Selangor FC |
Pasukan Terbaik | Johor Darul Ta’zim | |
Fair Play | PJ City FC | |
Pemenang Anugerah Khas Pemain Paling Bernilai [MVP] | ||
Arif Aiman Hanapi | ||
Fan XI | ||
![]() | ||
Anugerah | Pemenang | Pasukan | |
Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 | Bergson da Silva | 29 Gol | JDT |
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 | Darren Lok | 10 Gol | PJ City FC |
Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022 | Abu Kamara | 11 Gol | Kuching FC |
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022 | Daryl Sham | 9 Gol | JDT II |
Nurshamil Abd Ghani | 9 Gol | Kelantan FC | |