Siaran langsung anugerah skrin 2019 TV3 ASK 1 November

Siaran langsung anugerah skrin 2019 TV3 ASK 1 November. Info live streaming ask anugerah skrin tv3.

Majlis penganugerahan yang berobjektif memberi pengiktirafan kepada karya terbaik dalam terbitan TV dan filem anjuran rangkaian televisyen Media Prima Berhad (TV3) iaitu Anugerah Skrin diteruskan bagi edisi tahun 2019.

Disebalik majlis penganugerahan berprestij yang memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air, penonton mahukan kelainan pada Anugerah Skrin 2019 kali ini iaitu mahu pihak penganjur menampilkan hos utama bagi mengendalikan majlis penganugerahan ini.

Harapan penonton yang mahu melihat Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) dikendalikan oleh hos utama tidak kesampaian kerana Anugerah Skrin 2019 akan berlangsung tanpa pengacara. Berikutan tiada pengacara pihak penganjur akan menampilkan beberapa pasangan selebriti popular tanahair bagi memeriahkan lagi majlis penganugerahan.

Pasangan selebriti popular tersebut juga berperanan sebagai penyampai anugerah selain mengacarakan malam kemuncak Anugerah Skrin 2019.

Secara keseluruhannya, sebanyak 30 kategori dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang membabitkan empat belas kategori drama, tujuh kategori filem, sembilan kategori bukan drama dan teknikal.

Pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2019, penonton akan menyaksikan pemenang daripada 24 kategori dipertandingkan berikutan pemenang tujuh lagi kategori iaitu bukan drama akan diumumkan lebih dalam slot eksklusif dalam siaran langsung Melodi ASK 2019.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Anugerah Skrin 2019

Malam kemuncak majlis penganugerahan Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari jumaat, 1 November 2019 bermula jam 9 malam turut disiarkan secara siaran langsung menerusi TV3 dan penonton juga boleh menonton secara online live streaming di laman sesawang https://www.tonton.com.my dan https://www.xtra.com.my/ms/livetv atau pada saluran youtube di bawah.

Anugerah Skrin 2019 juga dimeriahkan dengan acara karpet merah dimana penonton boleh menonton secara langsung di laman sosial Facebook dan YouTube TV9Malaysia bermula jam 8.00 malam hingga 9.00 malam.