Siaran Langsung ASEAN All-Stars vs MU Manchester United 2025

Keterangan Artikel: Siaran Langsung ASEAN All-Stars vs MU Manchester United 2025. Info Live Streaming ASEAN All-Stars Vs MU Maybank Challenge Cup 2025 & Keputusan Penuh Perlawanan.

Dalam sebuah perlawanan yang dinanti-nanti oleh peminat bola sepak di rantau Asia Tenggara, skuad ASEAN All-Stars mengidamkan peluang untuk mencipta kejutan besar ke atas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dalam perlawanan Piala Cabaran Maybank yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada hari Rabu, 28 Mei 2025.

Perlawanan ini pastinya akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia dan peminat bola sepak di seluruh Asia Tenggara kerana ia bukan sahaja satu perlawanan persahabatan tetapi juga simbol keberanian dan semangat juang pemain dari rantau ini untuk membuktikan bahawa mereka mampu bersaing di pentas antarabangsa.

ASEAN All-Stars Mahu Cipta Kejutan Ke atas Manchester United

Skuad ASEAN All-Stars yang terdiri daripada pemain muda berbakat dan pemain berpengalaman dari pelbagai negara ASEAN bertekad untuk memberikan yang terbaik dalam perlawanan ini. Mereka tidak hanya bermain untuk memenangi trofi Piala Cabaran Maybank tetapi juga untuk mengangkat maruah dan menunjukkan kepada dunia bahawa bakat dari rantau ini mampu bersaing dengan kelab-kelab elit dunia.

Jika kejayaan itu tercapai, ia pasti akan menambahkan lagi duka kepada skuad Red Devils yang sedang mengalami musim yang penuh cabaran, terlepas daripada sebarang trofi utama dan peluang ke Liga Juara-Juara musim depan.

pemain asean all star manchester united

Cabaran dan Persiapan Pasukan ASEAN All-Stars

Pengendali skuad ASEAN All-Stars, Kim Sang Sik dari Korea Selatan mengakui bahawa cabaran utama yang dihadapi adalah membentuk keserasian di kalangan pemain yang baru sahaja berkumpul dan menjalani latihan sekali sahaja sebelum perlawanan.

Skuad ini dibarisi oleh pemain berpengalaman dan muda, termasuk nama-nama terkenal seperti Azam Azmi Murad, Adib Abdul Raop, Muhammad Haziq Nadzli, Declan Lambert dan Sergio Aguero. Kehadiran pemain-pemain tempatan dan antarabangsa ini diharap mampu memberikan kombinasi kekuatan dari aspek pengalaman dan kepantasan serta kecekapan teknikal di atas padang.

Aguero Sebagai Kapten Dan Pemain Utama skuad ASEAN All-Stars

Sergio Aguero telah diberi tanggungjawab sebagai kapten ASEAN All-Stars, tampil dengan semangat dan tekad yang tinggi. Beliau dan pasukannya akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan kemenangan, walaupun sedar bahawa Manchester United memiliki reputasi yang lebih baik sebagai salah satu kelab gergasi dunia.

Selain barisan pemain tempatan, skuad ASEAN All-Stars turut memperlihatkan kekuatan dari kapten-kapten utama dari negara-negara ASEAN, seperti Mo Kan dari Kemboja, Bounphachan Bounkong dari Laos dan Do Duy Manh dari Vietnam. Mereka diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat dan memberi inspirasi kepada rakan sepasukan untuk berjuang sehabis baik.

Turut menambah kekuatan skuad adalah empat pemain dari Australia, termasuk Adrian Segecic, Yaya Dukuly, Kealey Adamson dan Harrison Delbridge. Kehadiran mereka diharap mampu menambah elemen kejutan dan kekuatan fizikal yang diperlukan untuk menghadapi pasukan yang berpengalaman seperti Manchester United.

Live Streaming ASEAN All-Stars Vs Manchester United Maybank Challenge Cup 2025

Perlawanan antara ASEAN All-Stars dan Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Rabu, 28 Mei 2025 jam 8:45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil turut disiarkan secara Siaran Langsung atau Live Streaming di internet menerusi di MUTV (langganan diperlukan) atau ikuti kemas kini melalui platform talkSPORT.

Perlawanan ini bukan sahaja sekadar aksi bola sepak, tetapi juga simbol perpaduan dan semangat persaingan sihat di kalangan pemain dari rantau Asia Tenggara. Ia diharap akan memberi inspirasi kepada bakat-bakat muda tempatan untuk terus berusaha untuk mencipta kejutan.

Info Siaran Langsung ASEAN All-Stars Vs Manchester United  2025

  • Maybank Challenge Cup 2025: ASEAN All-Stars vs Manchester United
  • Tarikh: 28 Mei 2025 (Rabu).
  • Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Sepak Mula: 8:45 Malam.
  • Siaran Langsung: MUTV.
  • Pautan: Live Streaming ASEAN ALL Stars Vs MAN UTD

Keputusan ASEAN All-Stars Vs Manchester United

Jika skuad ASEAN All-Stars mampu menampilkan persembahan cemerlang dan mengatasi Manchester United, ia pasti akan mencipta sejarah baharu dalam dunia bola sepak rantau ini. Selain menambah menjulang trofi, kejayaan itu juga mampu membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan pendedahan kepada pemain-pemain dari ASEAN untuk bersaing di pentas antarabangsa yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, kami turut mengemaskini keputusan ASEAN All-Stars menentang Manchester United secara langsung (live score) hingga tamat aksi masa penuh perlawanan.

Keputusan
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
ASEAN All-Stars10Man United
Penjaring GolPenjaring Gol
71′ Maung Maung Lwin
Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kongsi Artikel Di: