Setiap kali tibanya Awal Muharram, hati umat Islam pasti akan berdegup kencang dengan pelbagai perasaan. Ada yang menyambutnya dengan penuh keinsafan, ada juga yang menyambutnya seperti sambutan tahun baru biasa. Namun, sedarkah kita bahawa setiap awal Muharram atau Maal Hijrah bukan sekadar tarikh dalam kalendar Islam tetapi adalah satu peristiwa bersejarah yang penuh makna dan pengajaran yang mendalam untuk kita semua? Ia adalah momentum untuk kita muhasabah, memperbaharui azam dan memperkasakan keimanan sebagai persediaan menghadapi cabaran yang mendatang.
Sejarah Maal Hijrah dalam Islam
Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah adalah titik tolak penting dalam sejarah Islam. Ia menandakan permulaan kalendar Islam yang penuh keberkatan dan penghayatan jiwa dan rohani. Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal tetapi simbol perubahan hati dan jiwa serta usaha untuk memperbaiki diri demi mencapai keredaan Allah SWT. Ia mengajar kita bahawa dalam kehidupan ini, tidak ada kejayaan tanpa usaha dan keberanian untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Islam mengajak kita untuk berhijrah mencari kebaikan dan kejayaan. Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat tetapi lebih kepada perubahan hati dan niat. Ia menuntut kita agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri, memperkukuh amalan ibadah dan mempertingkatkan akhlak mulia. Sekali kita melangkah untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, maka kita harus berusaha untuk kekal istiqomah dalam usaha tersebut.
Makna Sedar atau Tidak Sedar Kita Melalui Fasa Tahun Hijrah
Dalam kehidupan seharian, tanpa kita sedar kita sedang melalui fasa-fasa tahun Hijrah yang silih berganti. Kadang kala, kenangan pahit dan manis tahun-tahun sebelumnya menjadi pengajaran berharga. Ada yang menyambutnya dengan penuh rasa syukur kerana berjaya mengatasi dugaan dan tidak kurang juga yang merasa kecewa dengan kegagalan dan kekurangan. Namun, semua pengalaman itu adalah proses mematangkan kita sebagai manusia dan umat Islam. Ia menjadi iktibar yang harus kita ambil sebagai panduan untuk memperbaiki diri dan memperkukuh keimanan.
Matlamat Sambutan Tahun Baharu Hijrah: Mengingatkan Makna Kehidupan Menurut Islam
Berbeza dengan sambutan tahun baru Masihi yang sering diisi dengan kemeriahan dan hiburan semata-mata, sambutan Maal Hijrah mempunyai matlamat yang lebih mendalam dan bermakna. Ia adalah peluang untuk umat Islam merenung kembali perjalanan hidup, menilai kekuatan dan kelemahan serta menetapkan azam baharu yang selari dengan ajaran Islam. Ia mengingatkan kita bahawa kehidupan ini adalah sementara dan setiap langkah harus berlandaskan panduan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Muhasabah Diri dan Menetapkan Matlamat Baharu
Tahun baharu Hijrah adalah peluang terbaik untuk kita melakukan muhasabah diri. Apakah pencapaian kita selama ini? Di manakah kekuatan dan kelemahan kita? Bagaimana kita dapat menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya? Dengan menanamkan azam yang kukuh, disertai doa dan usaha, insyaAllah, kita mampu menggapai kejayaan yang diredai Allah SWT.
Semoga tahun Hijrah 1447 Hijrah ini membawa sinar kejayaan, keberkatan dan ketenangan kepada seluruh umat Islam. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada sejarah dan pengalaman lalu untuk memperbaiki diri, meningkatkan keimanan dan memperkukuh ukhuwah sesama umat.
Mari kita jadikan setiap awal Muharram sebagai titik tolak perubahan positif yang berterusan, kerana sesungguhnya, “Sekali Hijrah, Tetap Istiqomah.”
Bacaan Doa Akhir Tahun 1446 Hijrah Dan Bacaan Doa Awal Tahun 1447 Hijrah 1 Muharram
Sudah menjadi kelaziman setiap kali berganti tahun Hijrah, masyarakat Islam akan memasang atau memperbaharui azam selain membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah, malah ada yang menjadikan hari awal tahun Hijrah sebagai kewajipan untuk menetapkan satu matlamat baharu dalam kehidupan.
Dalam menghadapi tahun baharu ini, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat hijrah dalam diri. Bukan sekadar menunggu waktu tetapi berusaha dan berdoa agar setiap langkah kita diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Ingatlah, perjalanan hidup ini adalah medan ujian dan pengajaran, jadikanlah peristiwa hijrah sebagai momentum untuk kita terus berusaha menjadi insan yang lebih baik, beriman dan bertakwa. Semoga Allah memberkati usaha kita dan mengampuni segala kekhilafan.
Tarikh Awal Muharam 1447 (Maal Hijrah) Di Malaysia
- Tarikh Hijrah: 1 Muharram 1447 (Awal Muharram)
- Tarikh Masihi: 27 Jun 2025
Panduan Baca Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah
- Doa akhir tahun Islam dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada hari terakhir bulan Zulhijah.
- Doa awal tahun Islam pula hendaklah dibaca selepas solat Maghrib iaitu setelah muncul anak bulan Muharam.
Berikut adalah lampiran doa akhir dan awal tahun hijrah yang diterbitkan menerusi Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Doa Akhir Tahun Islam 1446 Hijrah
Doa akhir tahun 1446 Hijrah hendaklah dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1446 Hijrah bersamaan 26 Jun 2025 Masihi (Khamis).
Doa Awal Tahun Islam 1447 Hijrah
Doa awal tahun (1 Muharam 1447H) hendaklah dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1446 bersamaan 26 Jun 2025 (malam 1 Muharram 1447H).
Sebagai info, mengikut kalendar Islam pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.