Bacaan Doa Akhir Tahun Islam 1446-2025 Awal Tahun 1447 Hijrah

Penerangan Artikel: Bacaan Doa Akhir Tahun Islam 1446-2025 Awal Tahun 1447 Hijrah. Panduan bacaan doa akhir tahun Islam 1446 dan awal tahun 1447 Maal Hijrah. Doa Terbitan JAKIM.

Setiap kali tibanya Awal Muharram, hati umat Islam pasti akan berdegup kencang dengan pelbagai perasaan. Ada yang menyambutnya dengan penuh keinsafan, ada juga menyambutnya seperti sambutan tahun baru biasa. Namun, sedarkah kita bahawa setiap awal Muharram atau Maal Hijrah ia merupakan satu peristiwa bersejarah yang penuh makna tersendiri dan pengajaran mendalam untuk kita semua? Tahun Baru Islam adalah dorongan untuk kita muhasabah, memperbaharui azam dan memperkasakan keimanan sebagai persediaan dan perisai diri dalam menghadapi cabaran mendatang.

Sejarah Maal Hijrah Dalam Islam

Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah adalah titik tolak penting dalam sejarah Islam. Hijrah tidak hanya dilihat sebagai perpindahan fizikal tetapi membawa perubahan hati dan jiwa serta usaha untuk memperbaiki diri demi mencapai keredaan Allah SWT. Ia mengajar kita bahawa dalam kehidupan ini, tidak ada kejayaan tanpa usaha dan keberanian untuk berubah ke arah lebih baik.

Islam mengajak kita untuk berhijrah mencari kebaikan dan kejayaan. Hijrah lebih kepada perubahan hati dan niat. Ia menuntut kita agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri, memperkukuh amalan ibadah dan mempertingkatkan akhlak mulia. Sekali kita melangkah untuk berhijrah ke arah lebih baik, maka kita harus berusaha untuk kekal istiqomah dalam usaha tersebut.

kisah hijrah nabi muhammad saw

Fasa Tahun Hijrah Silih Berganti

Dalam kehidupan seharian, tanpa kita sedar kita sedang melalui fasa-fasa tahun Hijrah yang silih berganti. Kadang kala, kenangan pahit dan manis tahun-tahun sebelumnya menjadi pengajaran berharga. Ada menyambutnya dengan penuh rasa syukur kerana berjaya mengatasi dugaan dan tidak kurang juga yang merasa kecewa dengan kegagalan dan kekurangan. Namun, semua pengalaman itu adalah proses mematangkan kita sebagai manusia dan umat Islam. Ia menjadi iktibar yang harus kita ambil sebagai panduan untuk memperbaiki diri dan memperkukuh keimanan.

Matlamat Sambutan Tahun Baharu Hijrah (Maal Hijrah)

Berbeza dengan sambutan tahun baru Masihi yang sering diisi dengan kemeriahan dan hiburan semata-mata, sambutan Maal Hijrah mempunyai matlamat lebih mendalam dan bermakna. Ia adalah peluang untuk umat Islam merenung kembali perjalanan hidup, menilai kekuatan dan kelemahan serta menetapkan azam baharu yang selari dengan ajaran Islam. Ia mengingatkan kita bahawa kehidupan ini adalah sementara dan setiap langkah harus berlandaskan panduan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Muhasabah Diri Dan Menetapkan Azam Baharu

Tahun baharu Hijrah adalah peluang terbaik untuk kita melakukan muhasabah diri. Apakah pencapaian kita selama ini? Di manakah kekuatan dan kelemahan kita? Bagaimana kita dapat menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya? Dengan menanamkan azam yang kukuh disertai doa dan usaha, insya-Allah kita mampu menggapai kejayaan diredai Allah SWT.

Semoga tahun baru Hijrah 1447H ini membawa sinar kejayaan dan keberkatan kepada seluruh umat Islam. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada sejarah dan pengalaman lalu untuk memperbaiki diri, meningkatkan keimanan dan memperkukuh ukhuwah sesama umat.

Mari kita jadikan setiap awal Muharram sebagai titik tolak perubahan positif yang berterusan kerana sesungguhnya, “Sekali Hijrah, Tetap Istiqomah.”

Bacaan Doa Akhir, Awal Tahun Hijrah: 1 Muharram

Sudah menjadi kelaziman setiap kali berganti tahun Hijrah, masyarakat Islam akan memasang atau memperbaharui azam selain membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah malah ada yang menjadikan hari awal tahun Hijrah sebagai kewajipan untuk menetapkan satu matlamat baharu dalam kehidupan.

Dalam menghadapi tahun baharu ini, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat hijrah dalam diri. Bukan sekadar menunggu waktu tetapi terus berusaha dan berdoa agar setiap langkah perjalanan hidup kita diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Ingatlah, perjalanan hidup ini adalah medan ujian dan pengajaran. Oleh itu, jadikanlah peristiwa hijrah sebagai dorongan untuk kita terus berusaha menjadi insan yang lebih baik, beriman dan bertakwa. Semoga Allah memberkati usaha kita dan mengampuni segala kekhilafan.

Tarikh Awal Muharam 1447 (Maal Hijrah) Di Malaysia

  • Tarikh Hijrah
    1 Muharram 1447 (Awal Muharram)
  • Tarikh Masihi
    27 Jun 2025

Panduan Baca Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah

  • Doa Akhir Tahun Islam
    Dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada hari terakhir bulan Zulhijah.
  • Doa Awal Tahun Islam
    Dibaca selepas solat Maghrib iaitu setelah muncul anak bulan Muharam.
  • Lampiran Doa
    Berikut adalah lampiran doa akhir dan awal tahun hijrah yang diterbitkan menerusi Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Doa Akhir Tahun Islam 1446 Hijrah

  • Doa Akhir Tahun 1446 Hijrah
    Hendaklah dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1446 Hijrah bersamaan 26 Jun 2025 Masihi (Khamis).

doa akhir tahun islam terkini

Doa Awal Tahun Islam 1447 Hijrah

  • Doa Awal Tahun (1 Muharam 1447H)
    Hendaklah dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1446 bersamaan 26 Jun 2025 (malam 1 Muharram 1447H).
  • Sebagai info, mengikut kalendar Islam pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.

doa awal tahun islam muharram terkini

Kongsi Artikel Di: