Keputusan Terkini Malaysia Badminton Piala Sudirman 2021 Kedudukan Carta Dan Jadual Penuh Perlawanan

Skuad badminton Malaysia bagi kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 (Sudirman Cup) kini telah bersedia untuk menghadapi saingan bermula dengan peringkat kumpulan.

Edisi Kejohanan Dan Secara Ringkas Tentang Badminton Piala Sudirman

Kejohanan Badminton Piala Sudirman bagi tahun 2021 telah memasuki edisi yang ke-17. Piala Sudirman merupakan kejohanan badminton berpasukan campuran peringkat dunia yang diadakan setiap dua tahun sekali.

Objektif utama kejohanan badminton Piala Sudirman diadakan adalah bagi mengharumkan nama negara yang bertanding serta memperoleh mata dalam carta ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sebagai info, tiada hadiah berupa wang tunai dalam kejohanan badminton Piala Sudirman yang diberikan kepada pemain bagi negara yang bergelar juara, naib juara dan tempat ketiga.

Ringkasan Format Perlawanan Badminton Piala Sudirman

  1. Kejohanan Badminton Piala Sudirman melibatkan keseluruhan lima kategori yang terdiri daripada perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran bagi setiap perlawanan.
  2. Saingan bermula dengan peringkat kumpulan dimainkan secara round robin tunggal. Pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedua kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati yang bermula dengan suku akhir diikuti separuh akhir, seterusnya perlawanan akhir (final).

Malaysia Di Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021

Skuad Badminton Piala Sudirman Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan D bersama dengan pasukan Jepun, England dan Mesir (Egypt). Untuk mara ke peringkat suku akhir, Malaysia perlu menamatkan saingan peringkat kumpulan dikedudukan pertama atau kedua.

Pencapaian Terbaik Malaysia Di Kejohanan Badminton Piala Sudirman

Pasukan badminton Malaysia belum pernah merangkul kejuaraan sepanjang pembabitan dalam Kejohanan badminton Piala Sudirman. Bagaimanapun pencapaian terbaik Malaysia adalah beraksi di peringkat separuh akhir menentang pasukan China pada tahun 2009, namun Malaysia tewas dengan keputusan 3-0.

Juara Bertahan Piala Sudirman

China merupakan Juara bertahan dalam kejohanan Piala Sudirman pada edisi kali ini.

Tarikh Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021

Kejohanan Badminton Piala Sudirman edisi ke-17 akan bermula pada 26 September 2021 hingga 3 Oktober 2021 berlangsung di Vantaa, Finland melibatkan 16 buah negara yang layak bertanding.

Senarai Barisan Pemain Badminton Malaysia Piala Sudirman 2021

Senarai Penuh Pemain Malaysia Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021
Kategori / AcaraSenarai Pemain
Perseorangan LelakiLee Zii Jia
Ng Tze Yong
Aidil Sholeh
Beregu LelakiAaron Chia / Soh Wooi Yik
Man Wei Chong / Tee Kai Wun
Perseorangan WanitaKisona Selvaduray
Eoon Qi Xuan
K. Letshanaa
Beregu WanitaPearly Tan / Thinaah Muralitharan
Yap Ling / Teoh Mei Xing
Beregu CampuranHoo Pang Ron / Cheah Yee See
Chen Tang Jie / Peck Yen Wei

Keputusan Malaysia Badminton Piala Sudirman 2021 Kedudukan Carta Terkini Dan Jadual Perlawanan

Menerusi platform ini, peminat badminton boleh mendapatkan semua maklumat kejohanan terutamanya membabitkan skuad badminton Malaysia merangkumi keputusan rasmi (official result) serta kedudukan carta dan jadual terkini kejohanan Badminton Piala Sudirman yang dikemaskini pada tarikh atau hari perlawanan dijadual berlangsung mengikut waktu Malaysia.

Tarikh Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 Berlangsung Dan Tamat
MulaTamat 
26 September 20213 Oktober 2021
Senarai Pasukan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 Mengikut Kumpulan
Kumpulan AKumpulan B
ChinaChinese Taipei
ThailandSouth Korea
FinlandTahiti
IndiaGermany
Kumpulan CKumpulan D
IndonesiaJapan
DenmarkMalaysia
RussiaEngland
CanadaEgypt

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Peringkat Kumpulan Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia

Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan A Badminton Piala Sudirman 2021
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
26 September – Ahad
3PMChina 5 0Finland
3PMThailand 4 1India
27 September – Isnin
3PMChina 5 0India
9PMThailand 5 0Finland
29 September – Rabu
9PMIndia 4 1Finland
9PMChina 3 2Thailand
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan A Badminton Piala Sudirman 2021
PasukanBPMKMT
1China3 3 0 3
2Thailand3 2 1 2
3India3 1 2 1
4Finland3 0 3 0
Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan B Badminton Piala Sudirman 2021
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
26 September – Ahad
3PMChinese Taipei 5 0Tahiti
9PMSouth Korea 4 1Germany
28 September – Selasa
3PMChinese Taipei 5 0Germany
3PMSouth Korea 5 0Tahiti
30 September – Khamis
3PMChinese Taipei 0 5South Korea
3PMGermany 5 0Tahiti
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan B Badminton Piala Sudirman 2021
PasukanBPMKMT
1South Korea3 3 0 3
2Chinese Taipei3 2 1 2
3Germany3 1 2 1
4Tahiti3 0 3 0
Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan C Badminton Piala Sudirman 2021
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
26 September – Ahad
9PMIndonesia 5 0Russia
9PMDenmark 5 0Canada
27 September – Isnin
9PMDenmark 4 1Russia
9PMIndonesia 3 2Canada
29 September – Rabu
3PMIndonesia 3 2Denmark
3PMCanada 0 5Russia
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan C Badminton Piala Sudirman 2021
PasukanBPMKMT
1Indonesia3 3 0 3
2Denmark3 2 1 2
3Russia3 1 2 1
4Canada3 0 3 0
Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan D Badminton Piala Sudirman 2021
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
27 September – Isnin
3PMMalaysia 3 2England
3PMJapan 5 0Egypt
28 September – Selasa
9PMJapan 5 0England
9PMMalaysia 5 0Egypt
30 September – Khamis
9PMJapan 4 1Malaysia
9PMEngland 5 0Egypt
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan D Badminton Piala Sudirman 2021
PasukanBPMKMT
1Japan3 3 0 3
2Malaysia3 2 1 2
3England3 1 2 1
4Egypt3 0 3 0
Petunjuk Warna Dalam Carta
Layak Ke Peringkat Kalah MatiTersingkir

Carta Perlawanan Peringkat Kalah Mati Badminton Piala Sudirman 2021 Suku Akhir, Separuh Akhir Dan Final

Suku AkhirSeparuh AkhirFinal
1 Oktober 3PM
China3
2 Oktober 3PM
Denmark2
China 3
1 Oktober 3PM
S.Korea 0
S.Korea3
3 Oktober 6PM
Thailand2
China3
1 Oktober 9PM
Japan1
Malaysia3
2 Oktober 9PM
Indonesia2
Malaysia1
1 Oktober 9PM
Japan3
C.Taipei1
Japan3
Keputusan Kedudukan Akhir Senarai Pemenang Badminton Piala Sudirman 2021
KedudukanPasukan
1. JuaraChina
2. Naib JuaraJapan
3. KetigaSouth Korea
Malaysia