Keputusan Malaysia Piala Thomas 2024 Kedudukan Carta Dan Jadual

Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Piala Uber bagi tahun 2024 kini membuka tirai saingan sekali gus membuatkan peminat sukan badminton terutamanya di Malaysia tidak sabar menanti aksi serta mengharapkan skuad badminton negara mencipta kejutan dan melakar sejarah baharu dalam kejohanan sukan berprestij ini.

Badminton Piala Thomas Dan Piala Uber

Piala Thomas Dan Piala Uber merupakan sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa yang diadakan secara dwitahunan.

Piala Thomas membabitkan saingan badminton berpasukan lelaki manakala Piala Uber pula melibatkan saingan badminton berpasukan wanita.

Ringkasan Format Kejohanan Badminton Piala Thomas

  • Kejohanan Badminton Piala Thomas melibatkan keseluruhan lima aksi yang terdiri daripada tiga perseorangan dan dua beregu bagi setiap perlawanan.
  • Saingan bermula dengan peringkat kumpulan dimainkan secara round robin tunggal. Pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedua kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati yang bermula dengan suku akhir diikuti separuh akhir, seterusnya perlawanan akhir (final).

Malaysia Di Kejohanan Piala Thomas 2024

Skuad Badminton Piala Thomas Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan D dengan pasukan Denmark, Hong Kong dan Algeria. Untuk mara ke peringkat suku akhir, Malaysia perlu menamatkan saingan peringkat kumpulan dikedudukan pertama atau kedua.

Pencapaian Malaysia Dalam Kejohanan Piala Thomas

Malaysia berjaya merangkul lima kejuaraan sepanjang pembabitan dalam Kejohanan Badminton Piala Thomas. Kejuaraan terakhir Malaysia adalah pada tahun 1992. Manakala untuk Piala Uber pula, Malaysia tidak pernah merangkul kejuaraan.

Juara Bertahan Piala Thomas

India merupakan Juara bertahan dalam kejohanan Piala Thomas pada edisi kali ini.

Kejohanan Badminton Piala Thomas telah memasuki edisi ke-33 untuk tahun 2024 membabitkan penyertaan 16 pasukan dari negara-negara yang layak bertanding.

Tarikh Badminton Piala Thomas 2024

Kejohanan Badminton Piala Thomas edisi ke-33 bermula pada 27 April 2024 hingga 5 Mei 2024 berlangsung di Chengdu, China melibatkan 16 buah negara yang layak bertanding.

Senarai Pemain Badminton Malaysia Piala Thomas 2024

Berikut adalah senarai barisan penuh pemain lelaki badminton yang telah dipilih bagi menggalas cabaran Malaysia di kejohanan Badminton Piala Thomas 2024.

Senarai Penuh Pemain Lelaki Malaysia Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024
Kategori / AcaraNama PemainUmur
PerseoranganLee Zii Jia26 tahun
Ng Tze Yong24 tahun
Leong Jun Hao25 tahun
Cheam Jun Wei27 tahun
Justin Hoh20 tahun
BereguAaron Chia27 tahun
Soh Wooi Yik26 tahun
Nur Izzuddin Rumsani27 tahun
Goh Sze Fei27 tahun
Muhammad Haikal Nazri22 tahun

Keputusan Badminton Piala Thomas 2024

Menerusi platform ini, peminat badminton boleh mendapatkan semua maklumat kejohanan terutamanya membabitkan skuad badminton Malaysia merangkumi keputusan rasmi (official result) serta kedudukan carta dan jadual terkini serta siaran langsung Badminton Piala Thomas yang dikemaskini pada tarikh atau hari perlawanan dijadual berlangsung mengikut waktu Malaysia.

Tarikh Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 Berlangsung Dan Tamat
MulaTamat
27 April 20245 Mei 2024
Senarai Pasukan Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 Mengikut Kumpulan
GAKumpulan AGBKumpulan B
bendera chinaChinabendera jepunJapan
bendera korea selatanSouth Koreabendera taiwanChinese Taipei
bendera kanadaCanadabendera jermanGermany
bendera australiaAustraliabendera republic czechCzech Republic
GCKumpulan CGDKumpulan D
bendera indonesiaIndonesiabendera denmarkDenmark
bendera indiaIndiabendera malaysiaMalaysia
bendera thailandThailandbendera hong kongHong Kong
bendera englandEnglandbendera algeriaAlgeria

Kumpulan A

Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan A
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
27 April – Sabtu
8:30AMS.Korea50Canada
1:00PMChina50Australia
28 April – Ahad
1:00PMS.Korea50Australia
6:00PMChina50Canada
30 April – Selasa
9:30AMCanada32Australia
5:00PMChina32S.Korea
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan A
NoGAPasukanBPMKMT
1bendera chinaChina3303
2bendera korea selatanSouth Korea3212
3bendera kanadaCanada3121
4bendera australiaAustralia3030

Kumpulan B

Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan B
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
28 April – Ahad
8:30AMJapan50R. Czech
1:00PMC.Taipei41Germany
29 April – Isnin
5:00PMJapan50Germany
5:00PMC.Taipei41R. Czech
1 Mei – Rabu
5:00PMJapan50C. Taipei
5:00PMGermany32R. Czech
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan B
NoGBPasukanBPMKMT
1bendera jepunJapan3303
2bendera taiwanChinese Taipei3212
3bendera jermanGermany3121
4bendera republic czechCzech Republic3030

Kumpulan C

Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan C
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
27 April – Sabtu
6:00PMIndonesia50England
6:00PMIndia41Thailand
29 April – Isnin
9:30AMIndonesia41Thailand
9:30AMIndia50England
1 Mei – Rabu
5:00PMIndonesia41India
5:00PMThailand41England
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan C
NoGCPasukanBPMKMT
1bendera indonesiaIndonesia3303
2bendera indiaIndia3212
3bendera thailandThailand3121
4bendera englandEngland3030

Kumpulan D

Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan D
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
27 April – Sabtu
8:30AMMalaysia50Hong Kong
1:00PMDenmark50Algeria
28 April – Ahad
1:00PMDenmark50Hong Kong
6:00PMMalaysia50Algeria
30 April – Selasa
9:30AMHong Kong50Algeria
5:00PMDenmark32Malaysia
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan D
NoGDPasukanBPMKMT
1bendera denmarkDenmark3303
2bendera malaysiaMalaysia3212
3bendera hong kongHong Kong3121
4bendera algeriaAlgeria3030

Carta Peringkat Kalah Mati Badminton Piala Thomas 2024

Carta
Suku AkhirSeparuh AkhirFinal
2 Mei – 5PM
bendera china CHN3
4 Mei – 5PM
bendera india IND1
bendera china CHN3
2 Mei – 5PM
bendera malaysia MAS1
bendera jepun JPN1
5 Mei – 5PM
bendera malaysia MAS3
bendera china CHN3
3 Mei – 5PM
bendera indonesia IDN1
bendera korea selatan KOR1
4 Mei – 5PM
bendera indonesia IDN3
bendera indonesia IDN3
3 Mei – 5PM
bendera taiwan TPE0
bendera taiwan TPE3
bendera denmark DNK1

Keputusan Akhir Badminton Piala Thomas 2024

Keputusan Kedudukan Akhir Senarai Pemenang Badminton Piala Thomas 2024
KedudukanPasukan
gold medal Juarabendera china China
silver medal Naib Juarabendera indonesia Indonesia
bronze medal Ketigabendera malaysia Malaysia
bendera taiwan Chinese Taipei