Bajet 2024 Penjawat Awam senarai berita baik diumumkan

Penjawat Awam pastinya akan memberi tumpuan terhadap kandungan intipati pembentangan Belanjawan Malaysia bagi tahun 2024 (Bajet 2024) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada hari Jumaat, 13 Oktober 2023.

Intipati Bajet 2024 Untuk Penjawat Awam

Setiap tahun dalam pembentangan Belanjawan Malaysia yang terkini, Penjawat atau Kakitangan Awam Persekutuan mengharapkan akan ada berita baik terutamanya melibatkan hal-hal kebajikan dan inisiatif serta penambahbaikan skim perkhidmatan untuk penjawat awam diumumkan oleh pihak kerajaan.

Kenaikan Gaji Dan Bonus Penjawat Awam Bajet 2024

Perkara yang diharapkan oleh Penjawat Awam Persekutuan pada setiap tahun terkini pembentangan Belanjawan Malaysia adalah kenaikan gaji dan bonus.

Dua perkara ini (kenaikan gaji) dan (bonus) dirumuskan wajar dipertimbangkan oleh kerajaan bagi membantu penjawat awam yang menghadapi peningkatan kos sara hidup masa kini selain boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay) serta melegakan mereka sementara menunggu sistem saraan baharu dilaksana pada 2025.

Sebagai info, kali terakhir kakitangan awam persekutuan menikmati bonus satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 adalah pada tahun 2012 dan selepas itu hanya diberikan Bantuan Khas Kewangan, sudah 11 tahun lamanya.

Senarai Berita Baik Untuk Kakitangan Awam Dalam Intipati Bajet 2024

Inisiatif penjawat awam dalam pembentangan bajet Malaysia merupakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan kehidupan pekerja sektor awam.

Inisiatif-inisiatif yang diumumkan mempunyai objektif jelas iaitu mahu meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan pekerja sektor awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, pendidikan, pentadbiran, keselamatan, perundangan, perkhidmatan awam dan pelbagai lagi.

Berikut editor sertakan maklumat senarai inisiatif untuk penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan Malaysia bagi tahun 2024.

Senarai Intipati Bajet Malaysia 2024 Inisiatif Penjawat Awam