Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 Pendaftaran Baru Dan Kemaskini Serta Semakan Keputusan BKM Isi Rumah, Bujang

Golongan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup dari semasa ke semasa terus dibantu dimana kerajaan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) terus komited dalam usaha bagi meringankan bebanan Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang dari golongan berpendapatan rendah menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Ganti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Menerusi kandungan Intipati Bajet 2022, kerajaan Perikatan Nasional telah menambah baik pelaksanaan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

Pengumuman berkenaan sekali gus mengembirakan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kos sara hidup di masa kini.

Mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah skim bantuan bersasar sama seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Sara Hidup (BSH) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu sejak tahun 2012 di bawah Barisan Nasional (BN).

Bantuan Keluarga Malaysia Fokus Kepada Golongan Paling Terkesan

Berdasarkan rujukan serta semakan editor terhadap Bantuan Keluarga Malaysia, kerajaan PN telah memperluaskan dan memfokuskan kepada golongan berpendapatan rendah terutamanya golongan B40, ianya adalah tepat kerana pada masa kini kita menyaksikan kenaikan harga barang, makanan, rumah, kesihatan, pengangkutan, utiliti, barangan penjagaan diri dan barang belian one-off serta pertumbuhan upah yang tidak menentu (tidak seiring kadar peningkatan gaji dan upah) di Malaysia.

Keadaan ini sekali gus meningkatkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah secara lebih cepat dan beberapa kali ganda berbanding bagi golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi.

Jumlah Bayaran Asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Yang Akan Diterima

Berikut adalah perincian Jumlah Bayaran Asas BKM yang akan diterima mengikut Kategori, Pendapatan dan Bilangan Anak penerima

Carta Jumlah Bayaran Asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
Kategori BantuanPendapatanBilangan Anak / Nilai Bantuan
 01-2≥3
1. Isi RumahRM2,500 ke bawahRM1,000RM1,500RM2,000
2. Isi RumahRM2,501 – RM5,000RM400RM600RM800
Warga Emas Bujang / Tiada PasanganRM5,000 ke bawahRM600
BujangRM2,500 ke bawahRM350
Petunjuk Jumlah Bilangan Anak
 0 = Tiada Anak
 1-2 = Mempunyai 1 hingga 2 orang anak
 ≥3 = Mempunyai anak lebih 3 orang

Jumlah Kadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Penerima kategori Isi Rumah BKM 2022 turut akan menerima jumlah tambahan BKM sekiranya menepati perkara-perkara seperti di bawah.

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Carta Jumlah Bayaran Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
Kategori BantuanPendapatanBilangan Anak Jumlah AsasJumlah Selepas Tambahan
1. IBT Ada Anak (+RM500)RM2,500 ke bawah1-2 RM1,500RM2,000
≥3RM2,000RM2,500
2. IBT Ada Anak (+RM500)RM2,501 – RM5,0001-2 RM600RM1,100
≥3RM800RM1,300
1. Warga Emas Ada Anak (+RM300)RM2,500 ke bawah1-2 RM1,500RM1,800
≥3RM2,000RM2,300
2. Warga Emas Ada Anak (+RM300)RM2,501 – RM5,0001-2 RM600RM900
≥3RM800RM1,100
Petunjuk Singkatan Dan Simbol
 IBT = Ibu Bapa Tunggal
 + = Tambahan
Petunjuk Jumlah Bilangan Anak
 1-2 = Mempunyai 1 hingga 2 orang anak
 ≥3 = Mempunyai anak lebih 3 orang

Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Terkini

Permohonan terkini Bantuan Keluarga Malaysia bermaksud permohonan pendaftaran baharu, di mana ketua isi rumah, individu bujang, warga emas lelaki atau wanita yang belum pernah membuat sebarang permohonan BPR sebelum ini ataupun mereka tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada.

Maklumat Syarat Permohonan Pendaftaran Baharu, Kemaskini Dan Kategori BKM 2022 Bantuan Keluarga Malaysia

Berikut adalah maklumat berkaitan Tarikh Permohonan Pendaftaran Baru, Kemaskini, Syarat Kelayakan, serta Kategori Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022.

Tarikh Permohonan Pendaftaran Baru Dan Kemaskini BKM 2022 Bantuan Keluarga Malaysia
DibukaDitutup
1 Januari 202231 Januari 2022
Tarikh permohonan pendaftaran baru dan kemaskini BKM dibuka dan ditutup yang dinyatakan adalah tepat (rasmi) namun masih tertakluk kepada pindaan.

Syarat Kelayakan Umum Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022 Untuk Isi Rumah, Bujang Dan Warga Emas

Perincian Kelayakan Menerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti di bawah:
1. Kategori Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
2. Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
3. Kategori Individu Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Beserta Jawapan Dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Lampiran PDF (FAQ) Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Pautan (Link): Soalan Lazim Mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Pemohon Yang Perlu Membuat Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022

  1. Ketua isi rumah, individu bujang, warga emas lelaki atau wanita yang belum pernah membuat sebarang permohonan BPR sebelum ini.
  2. Tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada
Pautan (Link) Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Secara Online
Link: Akan Dikemaskini
Permohonan BKM 2022 Secara Manual Guna Borang
Borang Permohonan BKM 2022 boleh didapati secara percuma di;
1. Portal Rasmi BKM LHDNM
2. Cawangan LHDNM | Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM | Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Nota
Sila gunakan salah satu kaedah permohonan yang disediakan sama ada secara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi maklumat pemohon

Penerima Yang Perlu Membuat Kemaskini BKM 2022

  1. Penerima BPR sebelum ini perlu membuat pengemaskinian maklumat sekiranya terdapat perubahan maklumat semasa supaya tidak tercicir daripada menerima BKM 2022.
  2. Ketua isi rumah, individu bujang lelaki atau wanita yang gagal dalam permohonan BPR pada tahun sebelumnya.
  3. Terjadi kematian kepada pasangan penerima sedia ada ataupun berlaku penceraian.
  4. Tidak perlu membuat permohonan pendaftaran baru BKM 2022.
  5. Hanya perlu Log Masuk ke dalam sistem BKM 2022 dengan menggunakan No Mykad dan kata laluan sedia ada sepertimana pada BPR sebelum ini sekiranya mahu membuat pengemaskinian maklumat secara online.
Pautan (Link) Kemaskini BKM 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Secara Online
Link: Akan Dikemaskini
Kemaskini BKM 2022 Secara Manual Guna Borang
Borang Kemaskini BKM 2022 boleh didapati secara percuma di;
1. Portal Rasmi BKM LHDNM
2. Cawangan LHDNM | Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM | Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Nota
Sila gunakan salah satu kaedah kemaskini yang disediakan sama ada secara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi maklumat pemohon
Nota Editor
1. Maklumat Permohonan Baru, Kemaskini serta syarat dan kriteria penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 akan dikemaskini sekiranya terdapat perubahan.
2. Info BKM 2022 akan dilengkapkan sebaik sahaja sistem permohonan / kemaskini BKM 2022 dibuka nanti.

Semakan Keputusan BKM 2022 Bantuan Keluarga Malaysia

Pemohon serta Penerima yang telah membuat Permohonan dan Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dengan menggunakan kaedah secara online ataupun dengan menggunakan borang manual, boleh membuat semakan bagi mengetahui status kelulusan BKM 2022.

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Pendaftaran Baru Dan Kemaskini BKM 2022 Bantuan Keluarga Malaysia
DibukaDitutup
20222022
Tarikh rasmi semakan keputusan permohonan pendaftaran baru dan kemaskini BKM dibuka dan ditutup akan dinyatakan sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.