Jadual Bila Tarikh Pembayaran Duit Bantuan STR 2023 Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 Dan Fasa 4 Dapat Masuk Bank
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 akan dimasukkan (dikreditkan) terus ke dalam akaun bank penerima sedia ada atau membuat tuntutan tunai di cawangan BSN bagi penerima yang tiada akaun bank setelah Permohonan baru, Kemaskini Maklumat atau Permohonan Rayuan masing-masing telah disahkan berjaya.
Sumbangan Tunai Rahmah Menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan skim bantuan bersasar yang menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
STR dilaksanakan dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik bermula Januari 2023.
Sama seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebelumnya, pembayaran Duit STR 2023 turut akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai jumlah kadar keseluruhan berdasarkan kategori pendapatan bulanan Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Fokus Jadual Tarikh Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2023
Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan mengeluarkan Jadual Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2023 sebagai rujukan penerima.
Maklumat Pemohon Baru Dan Penerima Sedia Akan Melalui Proses Semakan
Maklumat permohonan STR 2023 yang baharu, mahupun kemaskini maklumat penerima sedia ada akan melalui proses verifikasi yang dilakukan secara menyeluruh dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengenal pasti pendapatan bulanan terkini pemohon baru dan penerima sedia ada.
Jumlah Bayaran Keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah Yang Akan Diterima
Berikut adalah perincian Jumlah Bayaran keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah yang akan diterima mengikut Kategori, Pendapatan dan Bilangan Anak penerima.
Jumlah Bayaran Keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah 2023 | |||||
Kategori Bantuan | Pendapatan | Bilangan Anak = Jumlah Bantuan | |||
0 | 1-2 | 3-4 | ≥5 | ||
Isi Rumah | RM2,500 ke bawah | RM1000 | RM1500 | RM2000 | RM2500 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | RM500 | RM750 | RM1000 | RM1250 |
Jumlah | |||||
Warga Emas Bujang (Tiada Pasangan) | RM5,000 ke bawah | RM600 | |||
Bujang (Individu) | RM2,500 ke bawah | RM350 | |||
Petunjuk Jumlah Bilangan Anak | |||||
0 = Tiada Anak | |||||
1-2 = Mempunyai 1 Hingga 2 Orang Anak | |||||
3-4 = Mempunyai 3 Hingga 4 Orang Anak | |||||
≥5 = Mempunyai 5 Orang Anak Dan Ke Atas |
Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah
Penerima kategori Isi Rumah (Miskin Tegar) juga akan menerima bantuan tambahan STR 2023 iaitu sebanyak RM600 keseluruhan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk pembelian barangan makanan asas.
Pembayaran akan dibuat mengikut fasa. RM100 bagi setiap fasa bayaran dalam tempoh 6 bulan.
Miskin Tegar bermaksud isi rumah yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM).
Cara Dan Kaedah Pembayaran Kepada Penerima STR
Pembayaran STR 2023 akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.
Bagi penerima baharu STR 2023 yang masih tidak mempunyai akaun bank ataupun tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan, perlu membuat tuntutan pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Perincian Kaedah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2023 | |
Perkara | Kaedah Bayaran |
Penerima Ada Akaun Bank | |
Berjaya Kredit | Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian / permohonan STR; atau |
Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BKM sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat. | |
Gagal Kredit | Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau |
Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini STR. | |
Penerima Tiada Akaun Bank | |
Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau | |
Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini STR. |
Agensi Terlibat Dengan Semakan Data
Antara agensi-agensi yang terlibat dengan semakan data Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut.
Agensi-Agensi Kerajaan (Verifikasi Kelayakan) | |
Agensi | Agensi |
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) |
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) |
Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) |
Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan |
Objektif Proses Verifikasi Sumbangan Tunai Rahmah
Proses semakan maklumat terkini permohonan baru dan penerima sedia ada yang dijalankan oleh LHDN ini adalah bertujuan bagi memastikan Skim Sumbangan Tunai Rahmah disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak menerima.
Semakan Status Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2023
Status pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak menerusi Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di pautan dalam ruangan di bawah.
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (LHDN) | ||||
Jadual Tarikh Dapat Duit STR 2023 Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah
Berikut adalah Jadual Tarikh Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 serta maklumat nilai jumlah bantuan kewangan yang akan diterima oleh pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan dan kemaskini maklumat mereka disahkan berjaya.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat mengikut kumpulan penerima terutamanya B40 bermula pada tarikh bayaran sepertimana yang dinyatakan serta tertakluk kepada prosedur bank masing-masing merangkumi masa dan hari yang diambil bagi tujuan proses pengkreditan amaun ke dalam akaun bank penerima.
Jadual Tarikh Pembayaran STR Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah
Jumlah Keseluruhan Bayaran STR 2023 Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Mengikut Bilangan Anak | ||
Bilangan Anak | Jumlah | |
(0) | Tiada Anak | RM1000 |
(1-2) | Mempunyai 1 hingga 2 orang anak | RM1500 |
(3-4) | Mempunyai 3 hingga 4 orang anak | RM2000 |
(≥5) | Mempunyai 5 anak dan ke atas | RM2500 |
Jumlah Dan Tarikh Jadual Pembayaran STR 2023 Isi Rumah Mengikut Fasa | ||||
Bilangan Anak | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
0 | RM300 | RM200 | RM300 | RM200 |
1-2 | RM300 | RM200 | RM400 | RM600 |
3-4 | RM300 | RM200 | RM600 | RM900 |
≥5 | RM300 | RM200 | RM800 | RM1,200 |
Tarikh Bayaran | 17 Jan | 5 April | 26 Jun | Nov |
Jadual Tarikh Pembayaran STR Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM5,000
Jumlah Keseluruhan Bayaran STR 2023 Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM5,000 Mengikut Bilangan Anak | ||
Bilangan Anak | Jumlah | |
(0) | Tiada Anak | RM500 |
(1-2) | Mempunyai 1 hingga 2 orang anak | RM750 |
(3-4) | Mempunyai 3 hingga 4 orang anak | RM1000 |
(≥5) | Mempunyai 5 anak dan ke atas | RM1250 |
Jumlah Dan Tarikh Jadual Pembayaran STR 2023 Isi Rumah Mengikut Fasa | ||||
Bilangan Anak | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
0 | RM300 | RM200 | ||
1-2 | RM300 | RM200 | RM250 | |
3-4 | RM300 | RM200 | RM200 | RM300 |
≥5 | RM300 | RM200 | RM250 | RM500 |
Tarikh Bayaran | 17 Jan | 5 April | 26 Jun | Nov |
Jadual Tarikh Pembayaran STR Kategori Individu Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Berumur 60 Tahun Dan Keatas Berpendapatan RM5,000 Ke Bawah
Jumlah Keseluruhan Bayaran STR 2023 Kategori Individu Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Berpendapatan RM5,000 Ke Bawah | |
Kategori | Jumlah |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | RM600 |
Jumlah Dan Tarikh Jadual Pembayaran STR 2023 Warga Emas Tiada Pasangan Mengikut Fasa | ||||
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 | |
RM100 | RM100 | RM200 | RM200 | |
Tarikh Bayaran | 17 Jan | 5 April | 26 Jun | Nov |
Jadual Tarikh Pembayaran STR Kategori Individu Bujang Berumur 21 Tahun – 59 Tahun Serta OKU Bujang Berumur 19 Tahun – 59 Tahun Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah
Jumlah Keseluruhan Bayaran STR 2023 Kategori Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah | |
Kategori | Jumlah |
Individu & OKU Bujang | RM350 |
Jumlah Dan Tarikh Jadual Jumlah Pembayaran STR 2023 Bujang Mengikut Fasa | ||||
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 | |
RM100 | RM100 | RM150 | ||
Tarikh Bayaran | 17 Jan | 5 April | 26 Jun |
Sorotan Kandungan
- Jadual Bila Tarikh Pembayaran Duit Bantuan STR 2023 Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 Dan Fasa 4 Dapat Masuk Bank
- Sumbangan Tunai Rahmah Menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia
- Fokus Jadual Tarikh Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2023
- Maklumat Pemohon Baru Dan Penerima Sedia Akan Melalui Proses Semakan
- Jumlah Bayaran Keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah Yang Akan Diterima
- Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah
- Cara Dan Kaedah Pembayaran Kepada Penerima STR
- Agensi Terlibat Dengan Semakan Data
- Objektif Proses Verifikasi Sumbangan Tunai Rahmah
- Semakan Status Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2023
- Jadual Tarikh Dapat Duit STR 2023 Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah
- Jadual Tarikh Pembayaran STR Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah
- Jadual Tarikh Pembayaran STR Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM5,000
- Jadual Tarikh Pembayaran STR Kategori Individu Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Berumur 60 Tahun Dan Keatas Berpendapatan RM5,000 Ke Bawah
- Jadual Tarikh Pembayaran STR Kategori Individu Bujang Berumur 21 Tahun – 59 Tahun Serta OKU Bujang Berumur 19 Tahun – 59 Tahun Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah