Siaran Langsung Big Stage 2023 Konsert Final BS5 Dan Keputusan Juara

Rancangan realiti hiburan berkonsepkan pertandingan nyanyian terbitan Astro yang menampilkan bakat-bakat generasi muda iaitu Big Stage kini kembali, sedar atau tidak kali ini sudah memasuki musim kelima pada tahun 2023.

Big Stage 2023 disertai oleh 13 peserta yang mewakili tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Korea Selatan akan berentap bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan bernilai RM100,000.

Penonton bakal menyaksikan persaingan sengit di antara tiga belas peserta Big Stage secara keseluruhannya yang membabitkan peserta solo, duo dan kumpulan.

Big Stage musim kelima pada tahun 2023 ini masih mengekalkan format asal pemarkahan ditetapkan sepertimana musim-musim sebelumnya iaitu terdapat dua bahagian pemarkahan oleh juri dan undian peminat secara dalam talian (online).

Peserta yang mendapat undian terendah pada persaingan setiap konsert mingguan akan tersingkir.

Pelawak popular Indonesia iaitu Rina Nose dan Elly Mazlein diberi kepercayaan oleh pihak Astro bagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara (hos) program Big Stage buat kali pertama manakala Ajai dan Aina Abdul selaku juri tetap.

Juara Big Stage 2023 musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM30,000 untuk naib juara dan RM25,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Program realiti nyanyian Big Stage merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang mempertaruhkan serta mengketengahkan lagi bakat muda generasi Budak Baru Nak Up atau lebih dikenali sebagai BBNU.

Berikut adalah lampiran yang memaparkan senarai 10 peserta Big Stage 2023 musim kelima (BS5) dari Malaysia.

Big Stage 2023 musim kelima (BS5) akan bersiaran bermula 7 Mei 2023 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap Ahad, pukul 9 malam.Format pemarkahan oleh juri untuk peserta Big Stage 2023 masih dikekalkan seperti musim-musim sebelumnya terdiri daripada dua bahagian iaitu dari barisan juri profesional yang menilai peserta berdasarkan kriteria ditetapkan dan undian peminat secara online.

Peserta yang mendapat undian dan berada dikedudukan paling rendah dalam persaingan konsert mingguan Big Stage 2023 akan tersingkir.

Nama peserta yang berada dalam ruangan berwarna merah carta sepertimana di bawah, adalah peserta yang telah disahkan tersingkir pada setiap konsert mingguan.

Senarai Penuh Dan Keputusan Peserta Tersingkir Konsert Big Stage 2023
PesertaTersingkir Pada Konsert
Minggu 1 Tiada Penyingkiran
Isaac VooMinggu Ke-2
Naufal AzrinMinggu Ke-3
Meer NashMinggu Ke-4
Minggu 5 Tiada Penyingkiran
Farhan Shah (Singapura)Minggu Ke-6
Kumpulan COEXMinggu Ke-7
Minggu 8 (Suku Akhir) Tiada Penyingkiran
Firdaus RahmatSeparuh Akhir
Dem Lepak BoyzSeparuh Akhir
Senarai Peserta Layak Ke Final Big Stage 2023
Putera Muhammad
Hoondoo (Korea Selatan)
Aufa Haniee
Nadeera Zaini
Puteri Khareeza
Waode Heni (Indonesia)

Berikut merupakan carta kedudukan peserta bagi konsert akhir (final) Big Stage 2023 musim kelima.

Keputusan Pemenang Dan Juara Big Stage 2023 Musim Ke-5
KedudukanPemenangHadiah
JuaraNadeera ZainiRM100,000
Naib JuaraWaode HeniRM30,000
KetigaPutera MuhammadRM25,000
KeempatHoondooRM15,000
KelimaAufa HanieeRM5,000
KeenamPuteri KhareezaRM5,000
Pemenang Persembahan Terbaik Big Stage 2023
Aufa HanieeRM3,000
Setiap pemenang turut menerima hadiah sampingan daripada penaja dan juga trofi sumbangan Astro.