Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2022 Terkini

Setiap hujung tahun, yakni pada bulan Disember sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pemegang unit atau pencarum yang mempunyai simpanan pelaburan dalam skim Amanah Saham Bumiputera [ASB] menanti perkhabaran berita gembira dari Permodalan Nasional Berhad [PNB] mengenai pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera [ASB].

Bonus Dan Dividen ASB Menampung Lebihan Kos Perbelanjaan Pencarum

Bagi sesetengah pemegang unit Amanah Saham Bumiputera [ASB] dividen dan bonus yang bakal diterima itulah yang akan digunakan bagi menampung lebihan kos perbelanjaan keperluan awal tahun terutamanya kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah kerana permulaan sesi persekolahan awal tahun pasti memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

Sekiranya menghadapi situasi mendesak seperti ini, gaji atau bonus hujung tahun yang diterima tidak seberapa memang tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan awal tahun, apatah lagi kalau ibu bapa yang mempunyai anak ramai. Masa inilah segala macam buku akaun yang ada seperti skim Amanah Saham Bumiputera [ASB] menjadi penyelamat.

Ringkasan Tentang Amanah Saham Bumiputera [ASB]

Secara ringkasnya, Amanah Saham Bumiputera [ASB] merupakan dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia.

Objektif dana ini adalah untuk menyediakan satu cara simpanan alternatif bagi Bumiputera Malaysia selain bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan berdaya saing kepada pelabur-pelabur.

Tarikh Pengumuman Kadar Bonus Dan Dividen ASB 2022

Permodalan Nasional Berhad [PNB] akan mengumumkan pengagihan pendapatan [dividen] dan bonus berkadaran sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera [ASB] untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini [2022].

Kadar jumlah pengagihan pendapatan [Dividen] dan Bonus skim Amanah Saham Bumiputera [ASB] bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 kebiasaannya bakal diumumkan selewat-lewatnya pada minggu terakhir dalam bulan Disember 2022 ini.

Kemaskini Tarikh Rasmi Pengumuman Dividen dan Bonus ASB [Amanah Saham Bumiputera] 2022

Berikut adalah ruangan kemaskini maklumat mengenai tarikh rasmi pengumuman Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera [ASB] dan kadar Dividen serta Bonus yang bakal diterima oleh setiap pemegang unit.

Info Pengumuman Dividend Dan Bonus ASB 2022
PerkaraInfo
?️ Tarikh22 Disember 2022
HariKhamis
Masa1:00PM
Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2022 Terkini
[Sen – Seunit]
TahunDividenBonusBonus Tambahan
20223.351.250.50
Untuk 30,000 Unit Pertama
Jumlah Pengagihan Pendapatan
[Pulangan Efektif]
4.60
Sen Seunit
Merangkumi Pengagihan Pendapatan [Dividen] 3.35 Sen Seunit Dan Bonus 1.25 Sen Seunit
+
Bonus Tambahan
0.50
Sen Seunit
Untuk 30,000 Unit Pertama
ASB
Paparan Rekod Kadar Pulangan Bonus Dan Dividen ASB Tahun 2021 – 1990 [Sen / Seunit]
TahunDividenBonus
20214.250.75
20203.500.75
20195.000.50
20186.500.50
20177.000.25
+1.00 [Bonus Khas Ulangtahun]
20166.750.50
20157.250.50
20147.501.00
20137.701.00
20127.751.15
20117.701.00
20107.501.25
20097.301.20
20087.001.75
20078.001.00
20067.301.25
20057.251.75
20047.252.00
20037.252.00
20027.002.00
20017.003.00
20009.752.00
19998.501.50
+2.0 [2sen bonus istimewa]
19988.002.50
199710.251.25
199610.253.00
+2.0 [2sen bonus istimewa]
199510.03.00
19949.504.50
19939.004.50
19927.505.00
19918.504.00
19908.006.00