Tarikh Pembayaran Dan Jumlah Bayaran Bonus Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan MAPPA XVIII
Salah satu perkhabaran gembira yang amat dinanti-nantikan oleh setiap Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan khususnya dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 [MAPPA XVIII] yang berlangsung pada 30 Ogos 2022 adalah Bantuan Khas Kewangan [BKK].
Bantuan Khas Kewangan Dianggap Sebagai Bonus
Bantuan Khas Kewangan yang akan diumumkan kepada Kakitangan Awam dan Pesara dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 [MAPPA XVIII] oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianggap sebagai Bonus kerana nilai bantuan kewangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban Penjawat Awam bagi menghadapi kos perbelanjaan awal tahun yang tinggi.
Bantuan Khas Kewangan Diumumkan Lebih Awal Sebelum Pembentangan Bajet 2023
Kebiasaannya Bantuan Khas Kewangan [BKK] kepada Penjawat Awam mahupun Pesara Kerajaan akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan Malaysia 2023 (?Intipati Bajet 2023) namun sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 [MAPPA XVIII], BKK diumumkan lebih awal kepada Penjawat Awam mahupun Pesara Kerajaan.
Jumlah Pembayaran Bonus Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan 2023
Bantuan Khas Kewangan yang bernilai RM700 diberikan kepada Kakitangan Awam Gred 56 dan ke bawah.
Kerajaan juga tidak lupa kepada Pesara Kerajaan serta Veteran Kerajaan tidak berpencen apabila golongan ini turut menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM350.
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan MAPPA XVIII Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan
Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob [mantan] berhubung dengan perkara ini, tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan kepada Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan serta Veteran Kerajaan tidak berpencen sepertimana yang diumumkan dalam majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 [MAPPA XVIII] akan diterima pada tarikh pembayaran gaji dan pembayaran pencen bulan Januari 2023.
Berikut editor serta ringkasan maklumat mengenai tarikh dan jumlah pembayaran Bantuan Khas Kewangan kepada Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan serta Veteran Kerajaan tidak berpencen sepertimana yang diumumkan dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 [MAPPA XVIII].
Jumlah Serta Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan 2023 Kakitangan Awam Gred 56 Ke Bawah Dan Pesara Kerajaan | |
Penjawat Awam | Pesara Kerajaan |
RM700 | RM350 |
Bantuan Khas Kewangan | Bantuan Khas Kewangan |
17 Januari 2023 | 17 Januari 2023 |
?Surat Pekeliling Akauntan Negara [Peraturan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023] |