Permohonan BPN 2.0 baru dan semakan keputusan Bantuan Prihatin Nasional
Borang Permohonan BPN 2.0 Online Dan Manual Serta Semakan Status Keputusan Kelulusan BPN. Permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bagi mendapatkan duit bantuan yang diberikan oleh kerajaan kini boleh dilakukan oleh pemohon yang berkelayakan berdasarkan syarat pendapatan dan kategori yang telah ditetapkan.
Permohonan baru BPN 2.0 boleh dibuat secara dalam talian (online) ataupun secara manual iaitu dengan pengisian maklumat bertulis.
Walau, bagaimanapun dengan keadaan semasa terutamanya bagi pemohon yang berada dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyarankan agar permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dibuat secara Online.
Senarai sub-tajuk Artikel
Info Permohonan Baru BPN 2.0 Dan Semakan Keputusan Bantuan Prihatin Nasional
Permohonan baru bermaksud hanya terlibat kepada pemohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN) yang baharu iaitu mereka yang belum pernah membuat permohonan ataupun yang gagal dalam permohonan sebelum ini.
Manakala penerima BPN sedia ada, iaitu yang pernah menerima BPN sebelum ini tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan baru bagi mendapatan bantuan BPN 2.0 terkini kerana kerajaan akan menyalurkan terus duit bantuan kewangan ke dalam akaun simpanan yang didaftarkan sebagaimana yang telah dilakukan pada BPN sebelum ini.
Tarikh Dan Cara Buat Permohonan Baru BPN 2.0
Pemohon baru yang berkelayakan mengikut syarat dan kategori yang telah ditetapkan, boleh mengemukakan permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bermula pada tarikh permohonan dibuka iaitu 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020.
Tarikh Permohonan BPN 2.0 | |
Dibuka | Ditutup |
15 Oktober 2020 | 15 November 2020 |
Syarat Kelayakan Pendapatan Dan Kategori Bujang Atau Isi Rumah Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Pemohon baru perlu memastikan mereka benar-benar berada dalam syarat jumlah pendapatan dan kategori penerima (bujang atau isi rumah) sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan. untuk maklumat ini sila rujuk kepada lampiran di bawah.
Cara Buat Permohonan BPN 2.0 Baru Guna Kaedah Sistem Online Dan Borang Manual
Setelah memastikan anda (pemohon baru) berada dalam syarat pendapatan dan kategori penerima sebagaimana ditetapkan, pemohon baru boleh mengemukakan permohonan BPN 2.0 secara online ataupun menggunakan borang manual. Sila hanya gunakan salah satu kaedah yang disediakan bagi mengelakkan duplikasi maklumat pemohon.
Permohonan BPN 2.0 Secara Online |
1. Sila layari Portal Rasmi Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), klik pada pautan (link) di bawah. |
Portal Rasmi Sistem Permohonan Online BPN 2.0 LHDNM |
https://bpn.hasil.gov.my |
2. Bagi mendapatkan maklumat tatacara permohonan BPN 2.0 secara online, sila klik panduan di bawah. |
Panduan Pengguna Sistem Permohonan Online BPN 2.0 |
Permohonan BPN 2.0 Secara Manual (Guna Borang) |
Bagi pemohon baru yang memilih untuk membuat permohonan BPN 2.0 dengan menggunakan kaedah pengisian maklumat dalam borang bertulis, sila muat turun borang rasmi Permohonan Bantuan Prihatin Nasional, klik pada judul pautan borang di bawah. |
Borang Rasmi Permohonan BPN 2.0 LHDNM |
Borang BPN 2.0 |
Borang permohonan BPN 2.0 yang telah dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC, LHDNM sebelum tarikh tutup permohonan. |
Nota: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) turut memaklumkan bahawa pemohon baru tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan, ini kerana kesemua maklumat permohonan yang dilengkapkan oleh pemohon akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Semakan Status Keputusan BPN 2.0 Bantuan Prihatin Nasional
Penerima sedia ada dan pemohon baru boleh mendapatkan maklumat status terkini permohonan BPN 2.0 dengan membuat semakan semakan secara dalam talian (online), sila rujuk kepada info di bawah.
Semakan Keputusan BPN 2.0 |
1. Sila layari Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), klik pada pautan (link) di bawah. |
Portal Rasmi BPN 2.0 LHDNM |
https://bpn.hasil.gov.my |
2. Bagi mendapatkan maklumat tatacara semakan keputusan BPN 2.0 secara online, sila klik panduan pengguna di bawah. |
Panduan Pengguna Sistem Online BPN 2.0 |
Maklumat Lanjut Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Nasional boleh di dapati Portal Rasmi BPN Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ataupun klik, Soalan Lazim Dan Jawapan Mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0