Johor (JDT) Atau Kuala Lumpur (KL City FC) Cuti Bola Final Piala Malaysia 2021
Seiring dan bahang final Piala Malaysia 2021, cuti khas peristiwa bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 yang membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Kuala Lumpur City FC pasti akan menjadi topik utama oleh penduduk negeri Johor dan Kuala Lumpur.
Cuti Khas Peristiwa Final Piala Malaysia 2021
Sudah menjadi kebiasaan pada setiap tahun, sekiranya pasukan negeri yang berjaya melangkah ke final Piala Malaysia dan seterusnya memenangi perlawanan tersebut, maka kerajaan negeri akan mengumumkan hari kelepasan am negeri (cuti peristiwa) pada keesokan harinya.
Cuti Khas Peristiwa adalah sebagai tanda meraikan kemenangan dan menghargai sokongan yang tidak berbelah bagi penyokong terhadap pasukan sehingga berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia.
Cuti Khas Peristiwa Sempena Kejuaraan Piala Malaysia Sebagai Tanda Penghargaan
Cuti peristiwa sempena final Piala Malaysia 2021 wajar diumumkan oleh kerajaan negeri Johor terutamanya, sebagai memberi kemudahan kepada rakyat negeri untuk pulang ke negeri Johor dengan selesa dan tidak tergesa-gesa selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Akta Hari Kelepasan Am 1951
Cuti peristiwa adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951 dimana kerajaan negeri dibolehkan untuk menjadikan hari esoknya sebagai cuti peristiwa.
Cuti Esok 1 Disember 2021 Rabu Sempena Final Piala Malaysia 2021 JDT atau Kuala Lumpur
Negeri manakah yang akan bercuti esok 1 Disember 2021 sempena final Piala Malaysia, negeri Johor atau Kuala Lumpur ataupun kedua-dua negeri ini mendapat cuti peristiwa dari kerajaan negeri masing-masing?
Editor akan mengemaskini semula informasi berkenaan cuti peristiwa sempena final Piala Malaysia 2021 dalam platform ini selepas perkara ini diumumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri Johor ataupun Kuala Lumpur. Sama-sama kita nantikan berita selanjutnya.
Ruangan Kemaskini Berita Cuti Peristiwa Sempena Final Piala Malaysia 2021 Bagi Negeri Johor |
Kerajaan negeri Johor secara rasminya mengumumkan bahawa esok 1 Disember 2021 (Rabu) sebagai Hari Kelepasan AM (cuti) di negeri Johor sekiranya pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2021. |
Perkara itu telah diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataan media, di mana menurut beliau pengisytiharan itu diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am. |
Jadi pasukan JDT perlu menang Piala Malaysia 2021. Kesimpulannya kalau JDT menang, seluruh rakyat di negeri Johor cuti esok, 1 Disember 2021. Sekiranya tidak berjaya memenangi Piala Malaysia 2021, tiada cuti. |
Ruangan Kemaskini Berita Cuti Peristiwa Sempena Final Piala Malaysia 2021 Bagi Kuala Lumpur |
Akan Dikemaskini |
Keputusan Langsung JDT Vs Kuala Lumpur City FC TM Piala Malaysia 2021 Akhir | ||||
Stadium Nasional Bukit Jalil | ||||
Pasukan | 9:00PM | Pasukan | ||
JDT | – | Kuala Lumpur City | ||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
Pasukan Juara Piala Malaysia | ||||