Permohonan Daftar Anak Masuk Sekolah Darjah 1 Bagi Kalendar Akademik Sesi 2024 / 2025

Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak atau jagaan dilahirkan pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 boleh mendaftarkan anak jagaan masing-masing ke sekolah bagi kemasukan tahun satu (1) Kalendar Akademik Sesi 2024/2025.

Prosedur Permohonan Pendaftaran Kemasukan Anak Ke Tahun 1 Kalendar Akademik 2024/2025

Prosedur permohonan pendaftaran anak masuk darjah 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 mengikut pilihan sekolah di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang rasmi Modul pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Permohonan pendaftaran murid ke tahun satu bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 secara online ini adalah terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

Permohonan Pendaftaran Murid Darjah 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025

Ibubapa dan penjaga diingatkan peka terhadap tarikh permohonan pendaftaran sekolah anak ke tahun 1 dibuka.

Menurut pengumuman terkini dari laman sesawang rasmi Modul pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) tarikh permohonan pendaftaran dibuka adalah pada 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.

Peka Terhadap Tarikh Buka Dan Tutup Permohonan Pendaftaran Tahun 1

Sila ambil perhatian terhadap tempoh masa yang diberikan kerana kelewatan mendaftarkan anak ke tahun 1 selepas sistem permohonan ditutup akan merumitkan lagi proses permohonan.

Permohonan Pendaftaran Anak Ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 Secara Online

Antara objektif Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) dibangunkan adalah bagi memudahkan Ibu Bapa dan Penjaga membuat permohonan tanpa perlu mengisi borang manual selain menjimatkan masa ibu bapa dan penjaga daripada berulang-alik ke pejabat sekolah untuk membuat permohonan.

Pengguna Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Pertama Kali

Ibu Bapa dan Penjaga yang pertama kali menggunakan Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), boleh merujuk kepada maklumat di bawah kerana editor akan memberitahu langkah-langkah untuk menggunakan fungsi-fungsi sistem tersebut.

Selain itu, editor turut menyertakan maklumat-maklumat penting yang berkaitan permohonan pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025.

idme moe gov my 1 Permohonan pendaftaran masuk sekolah murid tahun 1 ambilan 2024
idme moe gov my 3 Permohonan pendaftaran masuk sekolah murid tahun 1 ambilan 2024
idme moe gov my 2 Permohonan pendaftaran masuk sekolah murid tahun 1 ambilan 2024
idme moe gov my 4 Permohonan pendaftaran masuk sekolah murid tahun 1 ambilan 2024
Tarikh Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025
🗓️ TarikhDibukaDitutup
2 Mei 202330 Jun 2023
📌 Tarikh rasmi permohonan dibuka dan ditutup adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarat-Syarat Permohonan
i. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
ii. Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2017 hingga 1.1.2018 sahaja
Langkah-Langkah Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025
1. Sila layari laman sesawang rasmi Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), klik pada pautan (link) di bawah.
website rasmi🔗 https://idme.moe.gov.my
2. Pengguna pertama kali [ibu bapa penjaga] perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna sistem MOEIS, klik pada “Daftar Baru”. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
📌 Untuk panduan selanjutnya dan lengkap, sila rujuk kepada Garis Panduan, klik pada judul pautan (link) di bawah.
lampiran pdf🔗 Manual Pengguna Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)
4. Sebarang maklumat lanjut boleh didapati dalam laman sesawang Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) atau menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah ataupun sekolah yang berkenaan.
Pautan (Link) Panduan Berkaitan
lampiran pdf🔗 Cara Pendaftaran Online Kemasukan Kanak-Kanak Ke Tahun Satu Bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025