Jadual Tarikh Bayaran Bila Duit BKC Masuk Bank Dan Semakan Status Kelulusan Bantuan Khas Covid Kategori Miskin Tegar, B40, M40 Bujang Dan Isi Rumah

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh kerajaan pastinya memberi sedikit kelegaan kepada isi rumah dan bujang yang tergolong dalam salah satu kategori iaitu Miskin Tegar, B40 dan M40 bagi meneruskan kelangsungan hidup susulan terkesan dengan Covid dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengenai Bantuan Khas Covid (BKC)

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) merupakan bukti keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang terkesan dengan keadaan semasa.

BKC salah satu bantuan yang diumumkan oleh kerajaan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Manfaat Bantuan Khas Covid (BKC)

Bantuan Khas Covid (BKC) akan memberi memanfaat kepada lebih 11 juta isi rumah, warga emas dan bujang yang tergolong dalam kategori Miskin Tegar, B40 dan M40 dimana menerusi BKC, golongan ini akan menerima bantuan tunai wang ringgit.

Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Khas Covid (BKC)

Warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Khas Covid (BKC) adalah isi rumah, individu bujang dan warga emas yang terdiri daripada golongan Miskin Tegar, B40 dan M40.

Tidak Perlu Membuat Permohonan Bagi Mendapatkan Bantuan Khas Covid (BKC)

Bantuan Khas Covid akan diberikan secara Automatik kepada penerima berdasarkan data kelayakan sedia ada dari Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk kategori Miskin Tegar dan B40 manakala kategori M40 berdasarkan data Percukaian daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Cara Nak Tahu Sama Ada Layak Menerima Bantuan Khas Covid (BKC)

  1. Anda merupakan Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM5,000 ke bawah bagi isi rumah atau warga emas, manakala bergaji RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.
  2. Anda merupakan Pembayar Cukai Pendapatan dengan jumlah gaji antara RM5,001 hingga RM9,000 bagi golongan isi rumah dan berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 untuk individu bujang.

Perincian Jumlah Pendapatan Bulanan Kategori Penerima

1. Kumpulan Miskin Tegar
Jumlah Pendapatan Bulanan
Isi rumah / Warga emas – RM2,500 dan ke bawah
Bujang – RM2,500 dan ke bawah
2. Kumpulan B40
Jumlah Pendapatan Bulanan
Isi rumah / Warga emas – RM2,501 hingga RM5,000
Bujang – RM2,500 dan ke bawah
3. Kumpulan M40
Jumlah Pendapatan Bulanan
Isi rumah – RM5,001 hingga RM9,000
Bujang – RM2,501 hingga RM5,000

Fokus Semakan Status Keputusan Kelulusan BKC

Anda boleh membuat semakan status kelulusan Bantuan Khas Covid (BKC) secara dalam talian (online) mulai 6 September 2021 di pautan laman sesawang sistem rasmi BKC, https://bkc.hasil.gov.my

Jadual Tarikh Dapat Duit BKC 2021 Pembayaran Bantuan Khas Covid

Berikut adalah jadual pembayaran Bantuan Khas Covid 2021 serta maklumat nilai jumlah bantuan kewangan yang akan diterima oleh penerima berdasarkan kelayakan sedia ada dari data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Percukaian daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Carta Jadual Tarikh Pembayaran BKC 2021 Kategori Kumpulan Miskin Tegar

1. Jumlah Bayaran Keseluruhan BKC 2021 Kategori Miskin Tegar Isi Rumah Dan Bujang
RM1,300RM500
Isi RumahBujang
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM1,300 (Isi Rumah)
Fasa 1Fasa 2Fasa 3
RM500RM500RM300
6 September25 November20 Disember
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM500 (Bujang Dan Warga Emas)
Fasa 1Fasa 2
RM200RM300
6 September25 November

Carta Jadual Tarikh Pembayaran BKC 2021 Kategori Kumpulan B40

2. Jumlah Bayaran Keseluruhan BKC 2021 Kategori B40 Isi Rumah Dan Bujang
RM800RM200
Isi RumahBujang
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM800 (Isi Rumah)
Fasa 1Fasa 2
RM500RM300
6 September20 Disember
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM200 (Bujang Dan Warga Emas)
Bayaran Penuh
RM200
6 September

Carta Jadual Tarikh Pembayaran BKC 2021 Kategori Kumpulan M40

3. Jumlah Bayaran Keseluruhan BKC 2021 Kategori M40 Isi Rumah Dan Bujang
RM250RM100
Isi RumahBujang
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM250 (Isi Rumah)
Bayaran Penuh
RM250
9 September
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM100 (Bujang Dan Warga Emas)
Bayaran Penuh
RM100
9 September