Jadual Tarikh Bayaran Bila Duit BPN 2.0 Bantuan Prihatin Nasional Kategori Bujang Dan Isi Rumah Masuk Bank. Sebelum ini, Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil tindakan drastik dalam usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua lapisan rakyat apabila mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) termasuklah dengan duit BPN (Bantuan Prihatin Nasional).

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Terdahulu, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membabitkan peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM250 bilion bagi meringankan beban yang ditanggung semua lapisan rakyat dalam mengharungi cabaran ekonomi yang sukar masa kini.

Pemberian Tunai Tambahan Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0

Yang terkini pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang membabitkan peruntukan RM7 bilion. Oleh itu penerima yang terdiri daripada kumpulan B40 isi rumah, B40 bujang, M40 isi rumah dan M40 bujang akan menerima manfaat daripada pemberian ini.

Bantuan Tunai BPN 2.0 Secara One-Off

Pemberian bantuan tunai duit BPN 2.0 secara one-off (sekali saja) kepada golongan rakyat yang layak adalah berdasarkan kriteria kelayakan pendapatan bulanan isi rumah dan pendapatan bulanan individu (bujang) sepertimana yang telah dibuat pada Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini.

Jadual Tarikh Dapat Duit BPN 2.0 Semakan Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional

Berdasarkan kandungan pengumuman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pembayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya (fasa 1) pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya (fasa 2) pada bulan Januari 2021 mengikut kategori penerima iaitu Kategori Isi Rumah dan Kategori Individu Bujang.

Penerangan Jadual Dan Jumlah Bayaran BPN 2.0 Yang Diterima

Berikut Infosentral sertakan penerangan jadual dan jumlah bayaran bantuan kewangan BPN 2.0 yang akan diterima mengikut kategori sepertimana telah ditetapkan oleh kerajaan. Sila rujuk maklumat dan lampiran yang disertakan di bawah.

Permohonan BPN 2.0 baru dan semakan keputusan Bantuan Prihatin Nasional

Kemaskini Tarikh Dan Jumlah Pembayaran BPN 2.0 Mengikut Kategori Isi Rumah Dan Bujang

1. Kategori B40 Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM4,000 Ke Bawah

Kategori B40 Isi Rumah yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah akan menerima duit BPN 2.0 sebanyak RM1,000 secara keseluruhannya, pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu fasa pertama sebanyak RM700 bermula 26 Oktober 2020 dan bakinya fasa 2 RM300 bermula pada 21 Januari 2021.

2. Kategori M40 Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM4,001 hingga RM8,000

Kategori M40 Isi Rumah yang berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 akan menerima duit BPN 2.0 sebanyak RM600 secara keseluruhannya, pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu fasa pertama sebanyak RM400 bermula 26 Oktober 2020 dan bakinya fasa 2 RM200 bermula pada 25 Januari 2021.

3. Kategori B40 Bujang Berpendapatan Bulanan RM2,000 Ke Bawah

Kategori B40 Bujang yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah akan menerima duit BPN 2.0 sebanyak RM500 secara keseluruhannya, pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu fasa pertama sebanyak RM350 bermula 26 Oktober 2020 dan bakinya fasa 2 RM150 bermula pada 21 Januari 2021.

4. Kategori M40 Bujang Berpendapatan Bulanan RM2,0001 hingga RM4,000

Kategori M40 Bujang yang berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 akan menerima duit BPN 2.0 sebanyak RM300 secara keseluruhannya, pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu fasa pertama sebanyak RM200 bermula 26 Oktober 2020 dan bakinya fasa 2 RM100 bermula pada 25 Januari 2021.

5. Pembayaran BPN 2.0 Bagi Penerima Baru

Penerima baharu yang permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 mereka telah lulus akan menerima jumlah keseluruhan bantuan kewangan BPN 2.0 secara sekaligus berdasarkan kategori permohonan masing-masing bermula 21 Januari 2021 bagi kategori B40 (isi rumah / bujang) manakala kategori M40 (isi rumah / bujang) bermula 25 Januari 2021.