Jadual pembayaran duit BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat
Jadual Tarikh Bayaran Bila Duit BPR Masuk Bank Dan Semakan Bantuan Prihatin Rakyat Kategori Bujang Dan Isi Rumah. Pembayaran duit bantuan kewangan, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 akan dimasukan atau dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima setelah permohonan baru dan kemaskini maklumat masing-masing telah disahkan berjaya.
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan skim bantuan bersasar yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). BPR dilaksanakan dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik bermula Januari 2021.
Sama seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelumnya, pembayaran duit BPR 2021 turut akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai nilai keseluruhan duit BPR berdasarkan kategori pendapatan bulanan isi rumah dan bujang sepertimana yang telah ditetapkan.
Jadual Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan mengeluarkan jadual pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 sebagai rujukan penerima Bantuan Prihatin Rakyat.
Cara Dan Kaedah Pembayaran Kepada Penerima
Pembayaran BPR 2021 akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Sungguhpun begitu, bagi penerima baharu BPR 2021 yang masih tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan online atau manual.
Maklumat Pemohon Baru Dan Penerima Sedia Akan Melalui Proses Semakan
Maklumat pemohonan BPR yang baharu, mahupun kemaskini maklumat penerima sedia ada akan melalui proses verifikasi yang dilakukan secara menyeluruh dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengenal pasti pendapatan bulanan terkini pemohon baru dan penerima sedia ada.
Agensi Terlibat Dengan Semakan Data
Antara agensi-agensi yang terlibat dengan semakan data Bantuan Prihatin adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), LHDN, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta lain-lain agensi yang berkaitan.
Objektif Proses Verifikasi Bantuan Prihatin Rakyat
Proses semakan maklumat terkini pemohon dan penerima sedia ada yang dijalankan oleh LHDN ini adalah bertujuan bagi memastikan Skim Bantuan Prihatin Rakyat disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak menerima.
Senarai sub-tajuk Artikel
Jadual Tarikh Dapat Duit BPR 2021 Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat
Berikut Infosentral jadual pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 serta maklumat nilai jumlah bantuan kewangan yang akan diterima oleh pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan dan kemaskini maklumat mereka disahkan berjaya.
Skim MySalam
Penerima Bantuan Prihatin Rakyat sehingga umur 65 tahun juga secara automatik mendapat MySalam, iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenal pasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal.
Jadual Tarikh Pembayaran BPR 2021 Kategori Isi Rumah
1. Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah
RM1,800 | RM1,200 |
Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang | Mempunyai tanggungan seorang anak atau tidak mempunyai anak |
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM1,800 | ||
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 |
RM300 | RM? | RM? |
Bermula 24 Februari | April / Mei | September / Oktober |
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM1,200 | ||
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 |
RM300 | RM? | RM? |
Bermula 24 Februari | April / Mei | September / Oktober |
2. Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM4,000
RM1,200 | RM800 |
Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang | Mempunyai tanggungan seorang anak atau tidak mempunyai anak |
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM1,200 | ||
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 |
RM300 | RM? | RM? |
Bermula 24 Februari | April / Mei | September / Oktober |
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM800 | ||
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 |
RM300 | RM? | RM? |
Bermula 24 Februari | April / Mei | September / Oktober |
3. Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 Hingga RM5,000
RM750 | RM500 |
Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang | Mempunyai tanggungan seorang anak atau tidak mempunyai anak |
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM750 | ||
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 |
RM300 | RM? | RM? |
Bermula 24 Februari | April / Mei | September / Oktober |
Jadual Pembayaran Bagi Penerima RM500 | ||
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 |
RM300 | RM? | RM? |
Bermula 24 Februari | April / Mei | September / Oktober |
Nota: Pembayaran bagi kategori isi rumah mengikut jumlah pendapatan akan dibuat secara berfasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan serta tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan.
Jadual Tarikh Pembayaran BPR 2021 Kategori Bujang
Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Kategori Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah Berusia 21 Tahun Hingga 59 Tahun Dan OKU Berumur 18 Tahun Hingga 59 Tahun
RM350 |
Jadual Pembayaran | ||
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 |
RM150 | RM? | RM? |
Bermula 24 Februari | April / Mei | September / Oktober |
Nota: Pembayaran bagi kategori individu (bujang) turut dibuat secara berfasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan serta tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan.
Nota Penting Pembayaran BPR 2021 Fasa 1
1. Pembayaran Fasa 1 BPR hanya dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini.
2. Pembayaran Fasa 1 BPR untuk kategori Bujang adalah kepada mereka yang berpendapatan RM2,000 dan kebawah.
3. Pembayaran BPR Fasa 1 adalah secara berperingkat-peringkat bermula 24 Februari 2021.
4. Bagi penerima yang mempunyai akaun bank pembayaran BPR fasa 1 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan bermula 24 Februari 2021 secara berperingkat.
5. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun akan menerima pembayaran secara tunai melalui BSN bermula 25 Februari 2021 secara berperingkat.
6. Penerima di Sarawak dan Sabah yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran secara tunai melalui BSN bermula 1 Mac 2021 secara berperingkat.