Infosentral.my

Bila dapat duit BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Bila dapat duit BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Pembayaran duit Bantuan Sara Hidup BSH 2020 akan dimasukan atau dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima setelah permohonan dan kemaskini maklumat masing-masing telah disahkan berjaya.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, pembayaran duit BSH 2020 akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai nilai duit BSH 2020 berdasarkan kategori pendapatan bulanan isi rumah dan bujang yang telah ditetapkan.

Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan mengeluarkan jadual pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 sebagai rujukan penerima BSH.

Sebagai peringatan, pembayaran BSH 2020 akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Sungguhpun begitu, bagi penerima baharu BSH 2020 yang masih tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2020.

Maklumat pemohonan BSH 2020 yang baharu, mahupun maklumat kemaskini penerima BSH 2020 sedia ada akan melalui proses verifikasi yang dilakukan secara menyeluruh dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengenal pasti pendapatan bulanan terkini pemohon baru dan penerima sedia ada.

Antara agensi-agensi yang terlibat dengan semakan data BSH 2020 adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), LHDN, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta lain-lain agensi yang berkaitan.

Proses semakan maklumat terkini pemohon dan penerima sedia ada BSH 2020 dijalankan oleh LHDN ini adalah bertujuan bagi memastikan Skim Bantuan Sara Hidup 2020 disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak menerima BSH.

Jadual Dapat Duit BSH 2020 Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat

Berikut Infosentral jadual pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 serta maklumat nilai BSH 2020 yang akan diterima oleh pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan dan kemaskini maklumat mereka disahkan berjaya.

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000. Tuntutan bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Selain itu, penerima BSH juga secara automatik mendapat MySalam, iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenal pasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal.

Jadual Dapat Duit Pembayaran BPN 2020 Bantuan Prihatin Nasional COVID-19

Sila layari, maklumat pembayaran Bantuan Prihatin Nasional dengan klik pada judul pautan (link) di bawah.

Maklumat Pelaksanaan Dan Jadual Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Jadual Pembayaran BSH 2020 Isi Rumah

Kategori 1 Jumlah BSH = RM1000 + RM100 + RM120 (anak)
Pendapatan Bulanan Isi Rumah RM2,000 Dan Ke Bawah
Fasa 1Fasa 2Fasa 3
20 Januari 202016 Mac 202024 Julai 2020
RM300RM200RM600
RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.
Sebagai contoh bagi pembayaran BSH Fasa 3 (akhir) menyaksikan penerima BSH isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 yang mempunyai empat orang anak (maksima) yang berumur 18 tahun ke bawah akan menerima jumlah keseluruhan bayaran BSH Fasa 3 dengan RM1080.
Kategori 2 Jumlah BSH = RM750 + RM100 + RM120 (anak)
Pendapatan Bulanan Isi Rumah RM2,001 – RM3,000
Fasa 1Fasa 2Fasa 3
20 Januari 202016 Mac 202024 Julai 2020
RM300RM200RM350
RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.
Sebagai contoh bagi pembayaran BSH Fasa 3 (akhir) menyaksikan penerima BSH isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 yang mempunyai empat orang anak (maksima) yang berumur 18 tahun ke bawah akan menerima jumlah keseluruhan bayaran BSH Fasa 3 dengan RM830.
Kategori 3 Jumlah BSH = RM500 + RM100 + RM120 (anak)
Pendapatan Bulanan Isi Rumah RM3,001 – RM4,000
Fasa 1Fasa 2Fasa 3
20 Januari 202016 Mac 202024 Julai 2020
RM300RM200RM100
RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.
Sebagai contoh bagi pembayaran BSH Fasa 3 (akhir) menyaksikan penerima BSH isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 yang mempunyai empat orang anak (maksima) yang berumur 18 tahun ke bawah akan menerima jumlah keseluruhan bayaran BSH Fasa 3 dengan RM580.

Jadual Pembayaran BSH 2020 Individu Bujang

Bujang Dan OKU – Jumlah BSH = RM300 + RM100
Individu Bujang Lelaki Atau Perempuan Yang Berumur 40 Tahun Ke Atas Dan OKU berumur 18 Tahun Ke Atas Yang Berpendapatan Bulanan RM2,000 Ke Bawah.
One-Off
24 Julai 2020
RM400
Setiap penerima BSH bujang dan OKU secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.
© Infosentral.my - All Rights Reserved.