Jadual Tarikh Bayaran Bila Duit i-Citra Masuk Akaun Bank Dan Cara Nak Tahu Masa Bila Duit i Citra KWSP Sudah Masuk

Ahli-ahli (pencarum) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang permohonan pengeluaran i-Citra masing-masing telah diluluskan boleh mengetahui tarikh pembayaran duit i Citra setelah membuat semakan status permohonan.

Jadual Pembayaran i-Citra KWSP Mengikut Tarikh Bulan Pertama

Tarikh pembayaran i Citra akan diberitahu selepas ahli KWSP membuat semakan status permohonan. Kecepatan tarikh pembayaran dibuat adalah bergantung kepada tarikh semasa ahli-ahli mengemukakan permohonan.

Kesabaran Menunggu Duit i Citra Masuk Bank

Jika status permohonan disahkan berjaya, ahli-ahli KWSP tidak perlu risau kerana duit i Citra tersebut pasti akan masuk dalam akaun simpanan bank ahli. Ahli-ahli KWSP cuma perlu bersabar menunggu sahaja.

Manfaatkan Duit i-Citra Dengan Sebaik Mungkin

Ahli-ahli KWSP (pencarum) dinasihatkan menggunakan duit i Citra masing-masing dengan sebaik mungkin sebagai keperluan bagi meneruskan kelangsungan hidup disebabkan tiada pekerjaan ataupun hilang punca pendapatan.

Jadual Tarikh Dapat Duit i Citra KWSP 2021 Bila Masuk Akaun Bank

Berikut editor sertakan maklumat tarikh pembayaran duit i-Citra akan masuk ke dalam akaun simpanan bank berdasarkan pemakluman pembayaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kemaskini Tarikh Bayaran Duit i Citra Pembayaran Bulan November 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pembayaran i Citra bagi bulan November adalah bermula pada 1 November 2021. Tarikh Pengkreditan duit i Citra ke dalam akaun simpanan bank ahli-ahli KWSP akan dibuat pada hari bekerja serta kecepatan duit masuk bergantung kepada prosedur bank.

Kemaskini Jadual Jangkaan Masa Duit i Citra Masuk Bank
BankJangkaan Masa Duit Masuk
MaybankSelepas jam 10 malam
CIMBSelepas jam 9 malam
BSNSelepas jam 6 petang
Bank RakyatSelepas jam 8 malam
Affin BankSelepas jam 8 malam
Agro BankSelepas jam 8 malam
Alliance BankSelepas jam 9 malam
AM BankSelepas jam 9 malam
Bank IslamSelepas jam 9 malam
MuamalatSelepas jam 6 petang
Hong LeongSelepas jam 10 malam
CitibankSelepas jam 9 malam
OCBCSelepas jam 10 malam
Public BankSelepas jam 9 malam
RHBSelepas jam 9 malam