Semakan bila tarikh duit i sinar masuk bank
Cara Nak Tahu Tarikh Bila Duit I Sinar KWSP masuk akaun bank. Ahli-ahli (pencarum) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang permohonan pengeluran I-Sinar masing-masing telah diluluskan boleh mengetahui tarikh pembayaran duit i sinar setelah membuat semakan status permohonan.
Tarikh Pembayaran Bulan Pertama I-Sinar KWSP
Tarikh pembayaran bulan pertama i-sinar akan diberitahu selepas ahli KWSP membuat semakan status permohonan. Kecepatan tarikh pembayaran dibuat adalah bergantung kepada tarikh semasa ahli-ahli mengemukakan permohonan.
Contoh Pemberitahuan Tarikh Pembayaran I-sinar Akan Masuk Akaun Bank
Sekiranya paparan makluman memberitahu “Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda akan dibuat sebelum 8 Januari 2021” bermaksud pengkreditan duit i sinar kwsp tersebut bagi pembayaran pertama dijangka akan masuk pada tarikh 5 atau 6 haribulan Januari 2021.
Senarai sub-tajuk Artikel
Cara Nak Tahu Bila Duit I Sinar KWSP Masuk Bank
Berikut Infosentral sertakan jadual jangkaan duit i-sinar akan masuk ke dalam akaun bank berdasarkan tarikh pemakluman pembayaran selepas permohonan anda telah diluluskan.
Jadual Jangkaan Duit I Sinar Pembayaran Bulan Pertama Masuk Bank
Tarikh Yang Diberitahu Bila Pembayaran Dibuat | Tarikh Jangkaan Duit Masuk |
Sebelum 8 Januari | 5 Januari |
Sebelum 9 Januari | 6 Januari |
Sebelum 10 Januari | 7 Januari |
Sebelum 11 Januari | 8 Januari |
Sebelum 12 Januari | 9 Januari |
Sebelum 13 Januari | 10 Januari |
Sebelum 14 Januari | 11 Januari |
Sebelum 15 Januari | 12 Januari |
Sebelum 16 Januari | 13 Januari |
Nota | |
Sekiranya tarikh jangkaan itu jatuh pada hari Sabtu Dan Ahad, duit i sinar anda akan masuk bank pada hari bekerja berikutnya. |
Jadual Jangkaan Masa Duit I Sinar Masuk Bank
Bank | Jangkaan Masa Duit Masuk |
Maybank | Selepas jam 10 malam |
CIMB | Selepas jam 9 malam |
BSN | Selepas jam 6 petang |
Bank Rakyat | Selepas jam 8 malam |
Affin Bank | Selepas jam 8 malam |
Agro Bank | Selepas jam 8 malam |
Alliance Bank | Selepas jam 9 malam |
AM Bank | Selepas jam 9 malam |
Bank Islam | Selepas jam 9 malam |
Muamalat | Selepas jam 6 petang |
Hong Leong | Selepas jam 10 malam |
Citibank | Selepas jam 9 malam |
OCBC | Selepas jam 10 malam |
Public Bank | Selepas jam 9 malam |
RHB | Selepas jam 9 malam |
Kesabaran Menunggu Duit Isinar Masuk Bank
Jika status permohonan disahkan berjaya, anda tidak perlu risau kerana duit i sinar tersebut pasti akan masuk dalam akaun bank anda. Anda cuma perlu bersabar menunggu sahaja.
Guna Duit I-Sinar Dengan Sebaik Mungkin
Ahli-ahli KWSP (pencarum) dinasihatkan menggunakan duit i sinar masing-masing dengan sebaik mungkin sebagai keperluan bagi meneruskan kelangsungan hidup disebabkan tiada pekerjaan ataupun hilang punca pendapatan.
Duit Isinar Sebagai Modal Perniagaan
Kepada pencarum yang terjejas mata pencarian dan ingin menggunakan duit i-sinar sebagai modal untuk memulakan perniagaan perlu membuat perancangan yang rapi bagi menggelakkan daripada kerugian dalam perniagaan nanti.