Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Bonus Duit Raya Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan

Menjelang sambutan Aidilfitri, Penjawat Awam atau Kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 ke bawah mahupun Pesara kerajaan pasti mengharapkan pada tahun ini (2023) kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Aidilfitri sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

Bantuan Khas Aidilfitri Sebagai Bonus Duit Raya

Bantuan Khas Aidilfitri yang dinanti-nantikan oleh anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 ke bawah dan Pesara ini dianggap sebagai bonus duit raya bagi menampung serta meringankan beban kewangan ketika menghadapi kesulitan perbelanjaan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Duit Raya Kakitangan Awam Dan Pesara Telah Diumumkan Oleh Kerajaan

Kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam dan pesara kerajaan. Menerusi pembentangan belanjawan baharu Malaysia Madani, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan 87 kontrak dan RM350 kepada pesara kerajaan.

Isu Keupayaan Kewangan Kerajaan

Terdapat sesetengah pihak membangkitkan isu mengenai keupayaan kewangan kerajaan tentang pemberian bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam dan pesara sempena sambutan Aidilfitri.

Pada pendapat editor, perkara ini tidak wajar dibangkitkan kerana Bantuan Khas Aidilfitri adalah sebahagian daripada peruntukan yang disalurkan setiap tahun kepada penjawat awam mahupun pesara kerajaan.

Kerajaan Menghargai Usaha Serta Komitmen Kakitangan Awam Dan Pesara

Kerajaan pasti menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh semua penjawat awam dalam memastikan jentera pentadbiran kerajaan terus beroperasi, meskipun dalam situasi mencabar sejak kebelakangan ini.

Tarikh Pembayaran Bonus Duit Raya Aidilfitri 2023 Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan

Semua penjawat awam atau kakitangan perkhidmatan awam Persekutuan gred 56 ke bawah mahupun pesara kerajaan pasti menanti-nantikan tarikh rasmi pembayaran bantuan khas kewangan Aidilfitri akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Berikut editor sertakan ruangan ringkasan mengenai tarikh pembayaran serta jumlah Bantuan Khas Aidilfitri (Duit Raya) kakitangan awam serta pesara sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan.

Jumlah Serta Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 Kakitangan Awam Gred 56 Ke Bawah Dan Pesara Kerajaan
Penjawat AwamPesara Kerajaan
RM700RM350
Bantuan Khas Kewangan AidilfitriBantuan Khas Kewangan Aidilfitri
14 April 202314 April 2023
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) yang sepatutnya di terima pada 17 April 2023 telah diawalkan kepada tarikh 14 April 2023.
Pautan Lampiran PDF
Surat Pekeliling Akauntan Negara (Peraturan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023)