eGumis semakan WTD permohonan wang tak dituntut 2021
Mungkin kita tidak sedari bahawasanya terdapat sejumlah duit milik kita (individu) atau syarikat / firma berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Kementerian Kewangan Malaysia. Duit tersebut dipanggil Wang Tak Dituntut. Kita mempunyai hak ke atas wang berkenaan sekiranya Wang Tak Dituntut itu disahkan benar milik kita.
Terdahulu, Jabatan Akauntan Negara pernah melaporkan terdapat sejumlah RM5.6 bilion jumlah terkumpul gagal diserahkan kepada pemiliknya kerana tiada tuntutan dibuat. Perkara ini mungkin disebabkan kurangnya kesedaran mengenai hak kita keatas wang tersebut.
Pernah dahulu, Wang Tak Dituntut tular (viral) di platform media sosial apabila seorang wanita membuat hantaran di akaun Facebook miliknya yang memaklumkan mengenai Wang Tak Dituntut miliknya berjaya didapatkan kembali dengan jumlah yang mencecah hampir RM14,000. Banyak bukan?.
Sejak perkara itu tular, Wang Tak Dituntut menjadi perhatian masyarakat dan pastinya kita akan ingat kembali tentang akaun-akaun simpanan di institusi perbankan kita yang lama dan tidak aktif tetapi terdapat sejumlah wang dalam akaun tersebut perlu didapatkan kembali.
Senarai sub-tajuk Artikel
Apakah Maksud Wang Tak Dituntut WTD
Sebelum ke info seterusnya, Infosentral ingin memaklumkan pencerahan tentang Wang Tak Dituntut. Berikut adalah definasi Wang Tak Dituntut (WTD) menurut Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).
1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun. Contohnya seperti di bawah:- | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun. Contohnya seperti dibawah:- | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun. Contohnya seperti dibawah:- | |
![]() | |
![]() |
Cara Semakan Dan Pemohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut
Terdapat dua mekanisme untuk membuat semakan dan permohonan bayaran balik Wang Tak Dituntut iaitu secara dalam talian (online) melalui laman sesawang aplikasi eGUMIS dan mengunjungi Kaunter Pejabat Pendaftar atau JANM Negeri / Cawangan yang berdekatan.
SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT SECARA ONLINE |
Menurut pemberitahuan di laman sesawang aplikasi eGUMIS, hanya semakan wang tak dituntut sahaja dibuka secara online. Manakala untuk tujuan permohonan tuntutan wang tak dituntut, dokumen permohonan yang telah lengkap sepenunhya boleh dikemukakan melalui pos ke Pejabat Pendaftar atau hadir ke Kaunter Pejabat Pendaftar atau JANM Negeri/Cawangan yang berdekatan. |
Maklumat lengkap berhubung dengan cara membuat semakan wang tak dituntut secara online, sila klik pada judul pautan (link) di bawah |
Manual Pengguna ![]() ![]() |
Setelah memahami cara untuk membuat semakan wang tak dituntut secara online, anda boleh terus melayari portal aplikasi Wang Tak Dituntut, sila klik pada judul pautan (link) di bawah. |
![]() |