Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Dividen KWSP 2022/2023 EPF

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP antara peranannya yang lain adalah menjadi sebuah organisasi keselamatan sosial terutamanya dalam menyediakan manfaat persaraan kepada pekerja sektor swasta dan berpencen di Malaysia selain sebagai institusi tabung simpanan persaraan.

Bila KWSP Ditubuhkan

Sebagai info, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [KWSP] ditubuhkan pada tahun 1951. KWSP merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan terbesar di dunia.

Peranan Besar KWSP

Apa yang kita dapat melihat peranan besar KWSP adalah ia merupakan tabung terbaik untuk pekerja sektor swasta dan berpencen serta golongan yang bekerja sendiri untuk mula mencarum sekarang demi kelangsungan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

Tanggapan Segelintir Individu

Ada di antara kita beranggapan tidak perlu menjadi ahli dan mencarum KWSP kerana dengan simpanan peribadi mereka sudah mencukupi untuk menampung kehidupan di hari tua mereka.

Tanggapan itu jelas memberi kesan di usia persaraan nanti kerana simpanan peribadi tidak dapat menjamin kewangan yang stabil pada masa hadapan apatah lagi jika individu berkenaan tidak berdisiplin dalam menabung.

Kejayaan KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP telah membuktikan keberkesanan fungsi mereka sebagai sebuah institusi penjaga simpanan persaraan ahli yang bertanggungjawab serta cekap dengan mengaplikasikan peranan utamanya dalam masyarakat di samping menyediakan perlindungan kewangan kepada ahi [pencarum] atau waris [penerima].

Manfaat Ahli Dan Pencarum Aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Di antara manfaat lain menjadi ahli dan mencarum KWSP adalah mendapat dividen di mana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [KWSP] akan mengumumkan agihan pendapatan [dividen] berkadaran peratus untuk dua skim simpanan iaitu Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember.

Tarikh Pengumuman Jumlah Dividen KWSP 2022 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Jumlah kadar pengagihan pendapatan [Dividen] Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [KWSP] bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dijangka akan diumumkan pada satu tarikh dalam pertengahan bulan Februari atau awal bulan Mac 2023.

Info Pengumuman Dividen KWSP 2022
PerkaraButiran
🗓️ Tarikh4 Mac 2023
HariSabtu
Masa1:40PM
Info Berkaitan
📌 Bermula 1 Januari 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) telah mengumumkan pilihan simpanan persaraan baharu berteraskan konsep syariah. Skim tersebut dikenali sebagai Simpanan Shariah. Kini terdapat dua skim simpanan di KWSP iaitu Konvensional dan Shariah.
Kadar Peratus Dividen KWSP 2022 Simpanan Konvensional Dan Shariah
TahunKonvensionalShariah
20225.35%4.75%
peratus dividend kwsp 2022 Dividen KWSP 2022-2023 tarikh pengumuman jumlah bonus EPF
semakan dividend kwsp 2022 Dividen KWSP 2022-2023 tarikh pengumuman jumlah bonus EPF
Paparan Rekod Kadar Peratus Dividen KWSP Tahun 2021 – 1952
TahunKonvensionalShariah
20216.10%5.65%
20205.20%4.90%
20195.45%5.00%
20186.15%5.90%
20176.90%6.40%
20165.70%
20156.40%
20146.75%
20136.35%
20126.15%
20116.00%
20105.80%
20095.65%
20084.50%
20075.80%
20065.15%
20055.00%
20044.75%
20034.50%
20024.25%
20015.00%
20006.00%
19996.84%
19986.70%
19976.70%
19967.70%
19957.50%
1994 – 19888.00%
1987 – 19838.50%
1982 – 19808.00%
19797.25%
1978 – 19767.00%
1975 – 19746.60%
1973 – 19725.85%
19715.80%
1970 – 19685.75%
1967 – 19655.50%
19645.25%
19635.00%
1962 – 19604.00%
1959 – 19522.50%