Keputusan Live Streaming EPL Waktu Malaysia Dan Kedudukan Carta Serta Jadual Penuh Perlawanan Liga Perdana Inggeris 2022-2023

England Premier League [EPL] atau Liga Perdana Inggeris merupakan sebuah kejohanan liga bola sepak nombor satu dunia dan turut popular di Malaysia kerana setiap pasukan yang bersaing dalam kejohanan ini dibarisi oleh pemain-pemain terkemuka serta terbaik di dunia.

Kelayakan Penyertaan Kelab Bola Sepak Dalam Liga EPL

Liga Perdana Inggeris [EPL] disertai oleh dua puluh kelab yang berkelayakan berdasarkan sistem kelayakan dan penyingkiran dengan The Football League.

Liga Perdana Inggeris juga adalah sebuah perbadanan dimana 20 ahli kelab bertindak sebagai pemegang saham. Musim Liga Perdana Inggeris bermula dari Ogos hingga Mei, dengan setiap pasukan beraksi sebanyak 38 perlawanan.

Format Kejohanan Dan Penajaan Liga Perdana Inggeris [EPL]

Format kejohanan dan penajaan menyaksikan 20 buah kelab yang layak bersaing di dalam Liga Perdana Inggeris masing-masing akan berentap dengan setiap kelab lain sebanyak dua kali iaitu sekali di tempat sendiri dan sekali di tempat lawan sehingga mencukupi 38 perlawanan setiap kelab.

FIFA Menetapkan Format Kejohanan Liga EPL

Format mata masih mengikut peraturan FIFA dimana setiap pasukan menerima akan 3 mata bagi setiap kemenangan dan 1 mata akan diberi sekiranya perlawanan itu terikat dengan keputusan seri.

Dengan format ini semua pasukan disusun kedudukan menurut jumlah mata, dan perbezaan jaringan gol bagi memisahkan pasukan-pasukan yang memperolehi mata yang sama.

Penyingkiran Dan Kemasukan Pasukan Dalam Saingan EPL Setiap Musim

3 buah pasukan yang mempamerkan prestasi terburuk atau berada dikedudukan tercorot liga pada akhir musim akan diturunkan ke Kejohanan Liga Bola Sepak kedua, manakala dua buah pasukan yang tertinggi di Kejohanan, serta pemenang perlawanan sampingan yang melibatkan pasukan yang kedudukan ke-3 hingga ke-6, sama-sama dinaikkan kepada saingan Liga Perdana Inggeris musim baharu.

Keputusan EPL 2022-2023 Liga Perdana Inggeris Kedudukan Carta Terkini Jadual Perlawanan

Melalui platform ini, peminat sukan bola sepak tanahair akan dihubungkan dengan informasi bagi mendapatkan semua maklumat keputusan mengikut keputusan rasmi [official results] perlawanan serta kedudukan carta dan jadual terkini EPL yang akan dikemaskini pada tarikh hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung.

Senarai Pasukan Layak Beraksi Di English Premier League EPL 2022-2023
PasukanPasukan
Manchester CityAston Villa
Manchester UnitedNewcastle United
LiverpoolWolverhampton
ChelseaCrystal Palace
Leicester CitySouthampton
West Ham UnitedBrighton
Tottenham HotspurNottingham Forest
ArsenalFulham
Leeds UnitedBournemouth
EvertonBrentford
Kedudukan Terkini Carta EPL English Premier League 2022 – 2023
📌 Maklumat data kedudukan carta English Premier League – EPL 2022 / 2023 bagi setiap pasukan akan dikemaskini secara automatik pada hari perlawanan berlangsung menurut keputusan rasmi [Official Results] Premier League Football.
Jadual Dan Keputusan Terkini EPL English Premier League 2022 – 2023
📌 Keputusan English Premier League – EPL 2022 bagi setiap pasukan akan dikemaskini secara automatik pada hari perlawanan berlangsung menurut keputusan rasmi [Official Results] Premier League Football.
Keputusan Langsung Live Score EPL 2022-2023 English Premier League