Cara Buat Permohonan Baru Geran Khas Prihatin 2.0 Dan Semakan Keputusan GKP. Kerajaan telah membuka semula permohonan baru Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) kepada Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) yang belum pernah menerima GKP sebelum ini di bawah Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin).

Inisiatif Geran Khas Prihatin 2.0 ini masih mengekalkan jumlah geran sebanyak RM3,000 setiap pemohon yang berdaftar dengan LHDN atau pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

Permohonan Baru Geran Khas Prihatin 2.0

Golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang layak tetapi belum pernah membuat permohonan sebelum ini boleh membuat permohonan baru secara dalam talian (online) sepenuhnya bagi mendapatkan inisiatif GKP 2.0 yang terkini.

Tarikh Permohonan Baru GKP 2.0
DibukaDitutup
1 Oktober 202031 Oktober 2020

Cara Buat Permohonan GKP 2.0

Permohonan Geran Khas Prihatin hendaklah dilakukan secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui Portal rasmi GKP yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Sebagai makluman, permohonan secara manual iaitu dengan pengisian borang bertulis tidak diterima.

Baca Juga
  Permohonan Dana Inspirasi Malaysia Inspirasiku YaPEIM 2020

Berikut Infosentral sertakan cara untuk membuat permohonan baru Geran Khas Prihatin 2.0 secara dalam talian (online). Ianya amat mudah sekali

1. Sila layari Portal rasmi GKP, klik pada pautan di bawah.

Portal Rasmi Geran Khas Prihatin 2.0 LHDNM
https://gkp.hasil.gov.my

2. Sila lengkapkan ruangan masukkan No. Mykad. Sila masukan No. Mykad pemohon, kemudian klik pada icon cari (search) di kanan ruangan.

3. Sekiranya No. Mykad pemohon berada dalam pangkalan data, proses seterusnya akan diberitahu oleh sistem.

Maklumat Lanjut Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0

Pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan permohonan Geran Khas Prihation 2.0, sila klik pada judul pautan yang disertakan di bawah.

Info Lengkap GKP 2.0
Soalan Lazim Dan Jawapan Berkaitan Geran Khas Prihatin 2.0
Syarat kelayakan Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0
Maklumat Semakan Keputusan Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0
Senarai Dokumen Permohonan Yang Diperlukan

infografik geran khas prihatin 2.0