Kadar Harga Yuran Terkini Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan Di Institut Memandu Bagi Mendapatkan Lesen Memandu Kereta Atau Motosikal
Harga yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu (IM) atau Sekolah Memandu (SM) bagi mendapatkan lesen memandu kereta mahupun motosikal sering kali menjadi topik perbincangan dalam kalangan calon-calon yang ingin memiliki lesen memandu yang sah.
Harga Yuran Belajar Pengambilan Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal Dikatakan Mahal
Harga belajar memandu menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan calon-calon yang mahu mengambil lesen memandu kerana dianggap terlalu mahal bagi yang kurang kemampuan kewangan sehingga terpaksa membatalkan hasrat untuk memiliki lesen memandu yang sah.
Sehubungan dengan itu, ada di antara mereka berani mengambil risiko menunggang motosikal dan memandu kereta tanpa lesen di atas jalan raya.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Menetapkan Harga Siling Permohonan Lesen Memandu
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sebenarnya telah menetapkan harga siling atau harga kawalan bagi permohonan lesen memandu mengikut kelas-kelas kenderaan yang ditetapkan.
Bagaimanapun, terdapat juga Institut Memandu mengenakan caj melebihi daripada harga siling yang ditetapkan.
Faktor ini mungkin disebabkan oleh caj penambahan seperti kemudahan dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh setiap Institut Memandu.
Kelayakan Umur Mengambil Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal
Kelayakan umur bagi mengambil Lesen Motosikal (B2) dan Lesen Motosikal Berkuasa 500cc Superbike (B Full) adalah 16 tahun ke atas manakala kelayakan untuk permohonan Lesen Memandu Kereta sama ada Transmisi Automatik (DA) ataupun Transmisi Manual (D) adalah 17 tahun ke atas.
Kadar Harga Terkini Belajar Dan Ambil Lesen Memandu Kereta Atau Motosikal 2023
Sepertimana yang diberitahu sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menetapkan Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan Di Institut Memandu (IM).
Harga siling adalah kawalan harga ditetapkan yang membawa maksud iaitu Institut Memandu (IM) atau Sekolah Memandu (SM) tidak boleh mengenakan kadar yang lebih.
Sekiranya Institut Memandu atau Sekolah Memandu mengenakan caj melebihi daripada harga siling yang ditetapkan, pihak mereka perlu menyatakan secara terperinci setiap butiran caj dikenakan kepada calon bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
Carta Harga Siling Dan Anggaran Keseluruhan Bayaran Yuran Ambil Lesen Memandu Dan Jenis Kelas Lesen Memandu
Berikut editor sertakan maklumat harga siling serta anggaran harga munasabah bayaran yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu atau Sekolah Memandu sekiranya caj dikenakan melebihi paras harga siling yang ditetapkan bersertakan jenis-jenis kelas Lesen Memandu.
Kelas Lesen Motosikal Dan Kereta | ||
Lesen | Kelas | Info |
Motosikal | B2 | Tidak Melebihi 250cc |
B (Full) | Melebihi 500cc | |
Kereta | D | Transmisi Manual |
DA | Transmisi Automatik | |
Harga Siling Dan Harga Munasabah Anggaran Keseluruhan Yuran Buat Lesen Memandu Kereta Atau Motosikal | |||
Lesen | Kelas | Harga Siling (Harga Kawalan) | Anggaran Harga Munasabah (+ Caj Lain) |
Motosikal | B2 | RM350 | RM450 |
B (Full) | RM900 | RM1,150 | |
Kereta | D (Manual) | RM1,150 | RM1,350 |
DA (Automatik) | RM1,250 | RM1,550 | |
📌 Calon-calon disarankan membuat tinjauan dan perbandingan harga di setiap Institut Memandu atau Sekolah Memandu yang berdekatan sebelum membuat keputusan untuk mendaftar kerana terdapat Institut Memandu atau Sekolah Memandu menawarkan harga lebih murah serta mengikut harga siling yang ditetapkan oleh JPJ. |