Harga Tiket JDT Vs Selangor FC Final Piala FA Malaysia 2022 Dan Pembelian Tiket Secara Online
Saat-saat dinantikan oleh penyokong setia pasukan Johor Darul Ta’zim [JDT] dan Selangor FC yang mengharapkan pasukan pilihan mereka beraksi dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022 akhirnya telah menjadi kenyataan.
JDT dan Selangor telah berjaya menyingkirkan lawan masing-masing sehingga ke kemuncak kejohanan sekali gus penyokong setia dapat menyaksikan kedua-dua pasukan ini berentap bagi merebut sebuah trofi kejuaraan berprestij dalam persada bola sepak tanah air iaitu Piala Malaysia bagi musim 2022.
Penyokong Tidak Mahu Terlepas Peluang Menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022 Di Stadium Nasional Bukit Jalil
Pastinya penyokong pasukan JDT mahupun Selangor FC tidak mahu melepaskan peluang menonton final Piala Malaysia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang membabitkan kedua-dua pasukan ini.
Justeru itu, tiket final Piala Malaysia 2022 menjadi buruan dan mereka sudah tentu mahu menjadi yang terawal memiliki tiket perlawanan akhir edisi terkini Piala Malaysia.
Jumlah Peruntukan Tiket Final TM Piala Malaysia 2022
Pihak Pengurusan Johor Darul Ta’zim dan Selangor FC masing-masing akan mendapat peruntukan tiket yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) dari jumlah keseluruhan 78,000 keping tiket dicetak untuk dibahagikan dengan jumlah sama rata bagi setiap pasukan.
Harga Tiket Final Piala Malaysia 2022 JDT Vs Selangor
Pada final Piala Malaysia musim ini, Malaysian Football League [MFL] memperkenalkan tiga kategori tiket dengan harga yang berbeza berdasarkan pemilihan tempat duduk [terbuka dan kedudukan strategik].
Dua kategori tiket bagi kedudukan yang lebih strategik tersebut adalah VIP Grandstand bernilai RM200, Premium Grandstand berharga RM150.
Manakala kategori General Admission iaitu kedudukan yang kurang strategik dan terbuka berharga RM70 dan RM50.
Pembelian Tiket Final Piala Malaysia 2022 Menerusi Pengurusan Kelab Masing-Masing
Mengenai info penjualan tiket final Piala Malaysia 2022 pula, pembelian boleh dibuat menerusi pengurusan kelab bola sepak masing-masing [JDT] dan [Selangor] bermula pada tarikh yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Tarikh Perlawanan Final Piala Malaysia 2022
Final TM Piala Malaysia 2022 membabitkan Johor Darul Ta’zim [JDT] menentang Selangor FC dijadual berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 26 November 2022 bermula jam 9 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berikut adalah ringkasan maklumat berhubung dengan info harga tiket, jumlah peruntukan dan tarikh penjualan tiket perlawanan final Piala Malaysia 2022 yang membabitkan pertembungan pasukan JDT dan Selangor FC.
Tiket Final TM Piala Malaysia 2022 | ||||
Stadium Nasional Bukit Jalil | ||||
Pasukan | 9:00PM | Pasukan | ||
JDT | ||||
Jumlah Keseluruhan Tiket Dicetak Final Piala Malaysia 2022 | |||
78,000 | |||
Jumlah Peruntukan Kuota Tiket Setiap Pasukan | |||
Johor DT
| Selangor FC
|
Kategori Harga Tiket Final Piala Malaysia 2022 | ||
Kategori | Harga | |
VIP Grandstand | VIPG | RM200 |
Premium Granstand | PG | RM150 |
General Admission | GA | [RM70] [RM50] |
Pemegang Pas Bermusim boleh membeli tiket bermula 22 November jam 2.00 petang. | |
Tiket Awam [penjualan umum] akan mula dijual pada 23 November 2022, jam 2.00 petang. | |
Setiap penyokong hanya boleh membeli dua tiket sahaja. Tiket-tiket perlawanan akan dijual pada harga RM50, RM70, RM150 [Premium Grandstand] dan RM200 [VIP Grandstand] mengikut tier yang ditetapkan oleh Malaysian Football League [MFL]. | |
Pembelian tiket secara dalam talian [online] adalah melalui laman sesawang TicketHotline di pautan [link] berikut. | |
🔗 www.tickets.jdtfc.com.my | |
Selain itu, penyokong juga boleh membeli tiket-tiket RM50 di semua Pejabat Daerah bermula 23 November, jam 2.00 petang. Tiket-tiket di setiap daerah adalah terhad. | |
Pemegang Pas Bermusim boleh membeli tiket bermula 23 November jam 10.30 pagi. | |
Tiket Awam [penjualan umum] akan mula dijual pada 24 November 2022, jam 10.30 pagi. | |
Tiket-tiket perlawanan akan dijual pada harga RM50, RM70, RM150 [Premium Grandstand] dan RM200 [VIP Grandstand] mengikut tier yang ditetapkan oleh Malaysian Football League. | |
Pembelian tiket secara dalam talian [online] adalah melalui laman sesawang TicketHotline di pautan [link] berikut. | |
🔗 www.tickethotline.com.my |