Keputusan Malaysia Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024 Kedudukan Carta Dan Jadual

Skuad hoki senior lelaki Malaysia (Speedy Tigers) kini sudah bersedia menggalas cabaran negara untuk menghadapi kempen kejohanan hoki jemputan antarabangsa iaitu saingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS).

Ringkasan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Piala Sultan Azlan Shah merupakan kejohanan hoki jemputan antarabangsa dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) turut mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah bagi tahun 2024 telah memasuki edisi ke-30 dengan membabitkan penyertaan lima pasukan dari kalangan negara yang mempunyai kedudukan ranking hoki terbaik dunia iaitu Pakistan, Japan, New Zealand, Korea Selatan dan Canada.

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024 Berlangsung Di Perak

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024 menyaksikan Bandaraya Ipoh pasti menjadi perhatian peminat sukan hoki dunia apabila kejohanan berprestij ini akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh, Perak dengan kehadiran pasukan bertaraf bintang.

Pencapaian Pasukan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Pasukan Malaysia merupakan Juara bertahan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah pada edisi kali ini.

Australia merupakan pasukan yang paling banyak merangkul Kejuaraan Hoki Piala Sultan Azlan Shah iaitu sebanyak 10 kali diikuti India (5), Pakistan (3), Korea Selatan (3), Germany, New Zealand dan England masing-masing (2) manakala Argentina dan Belanda (1).

Malaysia pula berjaya merangkul kejuaraan pertama iaitu pada edisi ke-29 sebelum ini selain muncul lima kali selaku naib juara sepanjang kejohanan.

Format Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

  • Saingan dimulakan dengan peringkat awal (pungutan mata) dimainkan secara round robin tunggal (satu perlawanan dengan setiap pasukan lawan).
  • Dua pasukan teratas dalam carta akan layak beraksi di perlawanan akhir bagi merebut kejuaraan.
  • Pasukan yang berada di kedudukan ketiga dan keempat akan berentap bagi merebut tempat ketiga.
  • Pasukan yang berada di kedudukan kelima dan keenam akan berentap bagi merebut tempat kelima kejohanan.

Kemaskini Keputusan Dan Keputusan Carta Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Menerusi platform ini, peminat hoki tanahair boleh mendapatkan semua maklumat kejohanan berdasarkan keputusan rasmi (official result) perlawanan serta kedudukan carta dan jadual terkini saingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024, dikemaskini pada tarikh atau hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung.

Tarikh Saingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024
MulaTamat
4 Mei 202411 Mei 2024

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-30 bermula pada 4 Mei 2024 hingga 11 Mei 2024 bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Senarai Pasukan

Senarai Penyertaan Enam Pasukan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024
bendera malaysia Malaysiabendera new zealand New Zealand
bendera jepun Japanbendera pakistan Pakistan
bendera korea selatan South Koreabendera kanada Canada

Jadual Dan Keputusan

Jadual Dan Keputusan Terkini Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
4 Mei – Sabtu
4:00PMNew Zealand71Canada
6:15PMS.Korea12Japan
8:30PMMalaysia45Pakistan
5 Mei – Ahad
4:00PMNew Zealand14Japan
6:15PMS.Korea04Pakistan
8:30PMCanada26Malaysia
7 Mei – Selasa
4:00PMCanada01S.Korea
6:15PMPakistan11Japan
8:30PMMalaysia64New Zealand
8 Mei – Rabu
4:00PMPakistan54Canada
7:15PMS.Korea14New Zealand
9:30PMJapan21Malaysia
10 Mei – Jumaat
4:00PMNew Zealand11Pakistan
6:15PMJapan31Canada
8:30PMMalaysia10S.Korea

Kedudukan Carta

Kedudukan Carta Terkini Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024
NoPasukanBPMSKJGGBPGMT
1bendera jepun Japan5410125+713
2bendera pakistan Pakistan53201610+611
3bendera malaysia Malaysia53021813+59
4bendera new zealand New Zealand52121713+47
5bendera korea selatan South Korea5104311-83
6bendera kanada Canada5005822-140
Petunjuk Warna Dalam Carta
FinalTempat Ke-3Tempat Ke-5
Petunjuk Singkatan Bagi Carta
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan PerlawananMenangSeriKalahJaringan GolGol BolosPerbezaan GolMata

Pusingan Klasifikasi

Jadual Dan Keputusan Terkini Penentuan Tempat Kelima Dan Keenam
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
11 Mei – Sabtu
4:00PMS. Korea bendera korea selatan41bendera kanada Canada
Jadual Dan Keputusan Terkini Penentuan Tempat Ketiga Dan Keempat
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
11 Mei – Sabtu
6:15PMMalaysia bendera malaysia23bendera new zealand New Zealand
Jadual Dan Keputusan Terkini Perlawanan Akhir (Final)
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
11 Mei – Sabtu
8:30PMJapan bendera jepun2(4)2(1)bendera pakistan Pakistan

Kedudukan Akhir Dan Juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024

Butiran
NoKedudukanPasukan
1Juarabendera jepun Japan
2Naib Juarabendera pakistan Pakistan
3Ketigabendera new zealand New Zealand
4Keempatbendera malaysia Malaysia
5Kelimabendera korea selatan South Korea
6Keenambendera kanada Canada