Keputusan Terkini Malaysia Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 Kedudukan Carta Dan Jadual Penuh Perlawanan

Skuad hoki senior lelaki Malaysia [Speedy Tigers] kini sudah bersedia menggalas cabaran negara untuk menghadapi kempen kejohanan hoki jemputan antarabangsa iaitu saingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah [PSAS].

Edisi Dan Jumlah Penyertaan Pasukan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022

Piala Sultan Azlan Shah yang merupakan kejohanan hoki jemputan antarabangsa dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia [MHC] turut mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa [FIH].

Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah bagi tahun 2022 telah memasuki edisi ke-29 dengan membabitkan penyertaan lima pasukan dari kalangan antara negara yang mempunyai kedudukan ranking hoki terbaik dunia iaitu Korea Selatan, Afrika Selatan, Jepun, Pakistan dan Mesir.

Malaysia Tuan Rumah Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 menyaksikan Bandaraya Ipoh pasti menjadi perhatian peminat sukan hoki dunia apabila kejohanan berprestij ini akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah dengan kehadiran pasukan bertaraf bintang.

Juara Bertahan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Pasukan Korea Selatan merupakan Juara bertahan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah pada edisi kali ini.

Pasukan Cemerlang Dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Australia merupakan pasukan yang paling banyak merangkul Kejuaraan Hoki Piala Sultan Azlan Shah iaitu sebanyak 10 kali diikuti India [5], Pakistan [3], Korea Selatan [3], Germany, New Zealand dan England masing-masing [2] manakala Argentina dan Belanda [1].

Malaysia pula belum pernah merangkul kejuaraan. Bagaimanapun pencapaian terbaik Malaysia adalah muncul lima kali selaku naib juara sepanjang kejohanan.

Tarikh Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-29 akan bermula pada 1 November 2022 hingga 10 November 2022 bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Ringkasan Format Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022

  1. Saingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 dimulakan dengan peringkat awal [pungutan mata] dimainkan secara round robin tunggal [satu perlawanan dengan setiap pasukan lawan].
  2. Dua pasukan teratas dalam carta akan layak beraksi di perlawanan akhir bagi merebut kejuaraan.
  3. Pasukan yang berada di kedudukan ketiga dan keempat akan berentap bagi merebut tempat ketiga.
  4. Pasukan yang berada di kedudukan kelima dan keenam akan berentap bagi merebut tempat kelima kejohanan.

Keputusan Malaysia Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 Kedudukan Carta Terkini Dan Jadual Perlawanan

Menerusi platform ini, peminat hoki tanahair boleh mendapatkan semua maklumat kejohanan berdasarkan keputusan rasmi [official result] perlawanan serta kedudukan carta dan jadual terkini saingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022, dikemaskini pada tarikh atau hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung.

Tarikh Saingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah [PSAS] 2022
MulaTamat 
1 November 202210 November 2022
Senarai Penyertaan Enam Pasukan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022
hoki malaysia Malaysiahoki mesir Egypt
hoki jepun Japanhoki pakistan Pakistan
hoki korea selatan South Koreahoki afrika selatan South Africa

Perlawanan Peringkat Pungutan Mata Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022

Jadual Dan Keputusan Terkini Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
1 November – Selasa
4PMJapan10Egypt
6PMPakistan14S.Africa
8PMMalaysia03S.Korea
2 November – Rabu
4PMS.Africa03Egypt
6PMJapan01S.Korea
8PMPakistan11Malaysia
4 November – Jumaat
4PMJapan22Pakistan
6PMEgypt00S.Korea
5 November – Sabtu
4PMS.Korea21Pakistan
6PMS.Africa24Japan
8PMMalaysia41Egypt
6 November – Ahad
5PMS.Africa27Malaysia
7 November – Isnin
4PMS.Korea21S.Africa
6PMEgypt14Pakistan
8PMMalaysia42Japan
Kedudukan Carta Terkini Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1hoki korea selatan South Korea541082+613
2hoki malaysia Malaysia5311169+710
3hoki jepun Japan521299+07
4hoki pakistan Pakistan5122910-15
5hoki mesir Egypt511359-44
6hoki afrika selatan South Africa5104917-83
Petunjuk Warna Dalam Carta
FinalTempat Ke-3Tempat Ke-5
Petunjuk Singkatan Bagi Carta
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan PerlawananMenangSeriKalahJaringan GolGol BolosPerbezaan GolMata

Perlawanan Peringkat Pusingan Klasifikasi Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022

Jadual Dan Keputusan Terkini Penentuan Tempat Kelima Dan Keenam
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
9 November – Rabu
4PMEgypt21S.Africa
Jadual Dan Keputusan Terkini Penentuan Tempat Ketiga Dan Keempat
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
9 November – Rabu
6PMJapan35Pakistan
Jadual Dan Keputusan Terkini Perlawanan Akhir [Final] Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
10 November – Khamis
8PMS.Korea23Malaysia
Kedudukan Akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022
KedudukanPasukan
? Juarahoki malaysia Malaysia
Naib Juarahoki korea selatan South Korea
?Ketigahoki pakistan Pakistan
4Keempathoki jepun Japan
5Kelimahoki mesir Egypt
6Keenamhoki afrika selatan South Africa