Permohonan i Citra KWSP / EPF Pengeluaran Duit Akaun 1 / 2 Dan Semakan Status Keputusan

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan inisiatif (kemudahan) baharu dikenali sebagai i-Citra yang membenarkan ahli-ahli KWSP membuat pengeluaran sehingga maksimum RM5,000 dari akaun simpanan KWSP mereka.

Apakah i Citra KWSP

i Citra merupakan antara inisiatif yang terkandung dalam intipati Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan ahli-ahli KWSP yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jumlah Pengeluaran Maksimum i Citra KWSP

Ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran maksimum RM5,000 menerusi akaun satu (1) atau akaun dua (2) ianya adalah tertakluk kepada jumlah baki simpanan yang ada dalam akaun tersebut.

Cara Pembayaran i Citra KWSP

Sekiranya permohonan diluluskan, pembayaran akan dibuat dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan (tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2). Pembayaran pertama i Citra bermula pada bulan Ogos dan dikredit terus ke dalam akaun simpanan bank ahli-ahli KWSP sepertimana yang didaftarkan.

Syarat Kelayakan Permohonan i Citra KWSP

  1. Ahli-Ahli yang berumur bawah 55 tahun.
  2. Mempunyai baki simpanan KWSP akaun 1 dan akaun 2 yang membolehkan pengeluaran i Citra diluluskan atau mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150.
  3. Bagi ahli yang jumlah simpanan KWSP kurang daripada RM5,000 boleh membuat permohonan pengeluaran berdasarkan jumlah simpanan yang ada atau minimum pengeluaran RM50.

Contoh Pengeluaran I Citra

Berikut adalah contoh penerangan berhubung dengan situasi pengeluaran I-Citra.

  1. Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan pengeluaran RM5,000, KWSP akan menggunakan jumlah simpanan dalam akaun 2 terlebih dahulu, sekiranya akaun 2 anda mempunyai jumlah simpanan RM5,000 dan keatas, pengeluaran ini tidak membabitkan wang simpanan di akaun 1.
  2. Jika wang simpanan di akaun dua 2 mempunyai RM2,000 sebagai contoh, KWSP akan menggunakan wang simpanan di akaun 1 sebanyak RM3,000 bagi mencukupkan jumlah permohonan pengeluaran RM5,000 tersebut.
  3. Sekiranya akaun 2 anda tidak mempunyai baki simpanan, KWSP akan menggunakan wang simpanan di akaun 1.
  4. Jika akaun 2 tidak mempunyai baki simpanan, manakala wang simpanan di akaun 1 anda hanya mempunyai baki simpanan RM2,000 sebagai contoh, jumlah pengeluaran yang dibenarkan berdasarkan jumlah simpanan sedia ada selain perlu mengekalkan baki simpanan minimum RM100 bagi mengekalkan status anda sebagai ahli KWSP.
  5. KWSP turut memaparkan maklumat amaun (jumlah) kelayakan pengeluaran i Citra semasa ahli membuat permohonan.

Tarikh Permohonan i Citra KWSP Dibuka

Permohonan pengeluaran i Citra akan dibuka secara dalam talian (online) bermula 12 Julai 2021.

Permohonan Pengeluaran i Citra KWSP Dan Semakan Status Keputusan

Ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan dilaksanakan oleh kerajaan boleh membuat permohonan duit simpanan KWSP menerusi kemudahan i Citra.

Jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM5,000. Bagaimanapun ianya tertakluk kepada jumlah baki simpanan semasa ahli-ahli yang ada di dalam akaun 1 atau akaun 2 KWSP.

Berikut adalah ringkasan maklumat permohonan pengeluaran i Citra KWSP yang merangkumi tarikh permohonan dibuka / ditutup serta info-info yang berkaitan.

Tarikh Rasmi Permohonan Pengeluaran i Citra Diumumkan Oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
DibukaDitutup
12 Julai 202130 September 2021
Tarikh yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Cara Dan Kaedah Permohonan Pengeluaran Duit KWSP i Citra
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan mekanisme atau kaedah kepada ahli-ahli bagi tujuan permohonan i Citra iaitu secara dalam talian (online) melalui portal rasmi i Citra KWSP.
Bagi ahli-ahli yang mahu membuat permohonan pengeluaran i Citra KWSP secara dalam talian (online), sila klik pada pautan dibawah.
Pautan (link) : https://icitra.kwsp.gov.my
Nota: Portal rasmi permohonan pengeluaran i Citra hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh permohonan dibuka sepertimana yang telah dinyatakan.
Semakan Status Permohonan i Citra KWSP
Semakan status kelulusan i Citra boleh dibuat melalui Portal Rasmi i Citra yang sama.
Maklumat Lanjut i Citra KWSP
Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan i Citra KWSP sila klik pada judul pautan di bawah.
Pautan (Link) Pertanyaan Lazim Berserta Jawapan Pengeluaran i-Citra