Permohonan i-Lestari Pengeluaran Duit Akaun 2 KWSP EPF Maksimum RM 500 Sebulan

Pengeluaran i Lestari KWSP bagi Ahli (pencarum) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu daripada beberapa inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan bebanan kewangan rakyat Malaysia susulan penularan wabak penyakit Koronavirus atau Covid-19 selepas kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak tersebut daripada terus merebak.

Pengeluaran I Lestari Diumumkan Oleh Perdana Menteri

Mengenai pengeluaran i Lestari KWSP, perkara ini diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut kandungan pengumuman tersebut, mana-mana ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 KWSP masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun).

Permohonan Pengeluaran KWSP I Lestari Bermula 1 April 2020

Sebagai makluman, permohonan pengeluaran i Lestari KWSP boleh dibuat mulai 1 April 2020.

Cara Permohonan i Lestari KWSP Pengeluaran Duit Akaun 2

Permohonan perlu dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Borang permohonan yang telah dilengkapkan dengan sempurna boleh dikemukakan (dihantar) secara dalam talian (online), secara e-mel atau secara pos.

Borang i Lestari KWSP Permohonan Pengeluaran

Bagi Ahli-ahli KWSP yang tidak mempunyai i-akaun boleh mengemukakan permohonan pengeluaran i-Lestari dengan menggunakan borang manual.

Borang Rasmi Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Nota: Panduan mengisi borang manual pengeluaran i-Lestari turut disertakan dalam lampiran borang serta maklumat-maklumat penting seperti kaedah penghantaran borang dan senarai dokumen yang diperlukan.

Terkini Permohonan KWSP i Lestari Secara Online

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membangunkan sebuah Portal khas berkenaan dengan Permohonan Pengeluaran i-Lestari iaitu i-Lestari Online. Ianya merupakan salah satu di antara penambahbaikan baru yang dibuat oleh KWSP untuk kemudahan kepada ahli-ahli yang mahu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari.

Menerusi tinjauan dan semakan editor terhadap portal rasmi i-Lestari Online tersebut, kami mendapati terdapat beberapa perkhidmatan dalam talian (online) yang disediakan, antaranya seperti berikut.

  1. Permohonan Pengeluaran i-Lestari secara online
  2. Semakan Status Permohonan i-Lestari
  3. Panduan Pengguna dan Lain-Lain Maklumat Berkaitan i-Lestari

Oleh itu, mana-mana ahli KWSP yang belum membuat permohonan pengeluaran i-Lestari, boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian (online) KWSP i-Lestari untuk mengemukakan permohonan baru. Sila klik pada pautan (link) di bawah.

https://ilestari.kwsp.gov.my

Nota: Maklumat dan panduan permohonan pengeluaran KWSP i-Lestari melalui portal rasmi i-Lestari Online, turut disertakan di dalam portal berkenaan.

Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari Melalui i-Akaun

Bagi Ahli-ahli KWSP yang mempunyai i-akaun boleh mengemukakan permohonan pengeluaran i-Lestari dengan menggunakan sistem borang online permohonan pengeluaran iLestari melalui i-Akaun.

Sila log masuk ke i-Akaun KWSP masing-masing melalui pautan (link) di bawah.

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Langkah-langkah seterusnya, sila rujuk kepada lampiran berikut.

Maklumat lanjut berhubung dengan kaedah cara permohonan dan penghantaran borang permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila rujuk kepada info-info di bawah.

Maklumat Pengeluaran i-Lestari KWSP

Berikut editor sertakan maklumat asas mengenai Pengeluaran i-Lestari sepertimana yang dihebahkan oleh KWSP.

Bilakah Ahli Boleh Mula Memohon Pengeluaran i-Lestari

Ahli-ahli boleh mula membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020.

Berapakah Amaun Yang Layak Dikeluarkan Oleh Ahli Dibawah Pengeluaran i-Lestari

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

  1. Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 1 tahun (Tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan permohonan dibuat).
  2. Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021.
  3. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada info (1).
  4. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020.

Bagaimana Ahli Boleh Mengemukakan Pengeluaran i-Lestari

Borang permohonan yang lengkap disi boleh dikemukakan melalui tiga saluran seperti berikut:

  1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun).
  2. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my.
  3. Secara pos / pos berdaftar ke alamat berikut:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan, 46720 Petaling Jaya.
(Pengeluaran i-Lestari)

Nota: Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.

Siapakah Yang layak Membuat Pengeluaran i-Lestari

  1. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap.
  2. Berumur bawah 55 tahun.
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.
  4. Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2).

Nota: Tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat.

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari Hanya Terhad Kepada RM500 Dan Secara Bulanan

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bagi bulan yang berkenaan.

Mengapakah Kekerapan Pengeluaran i-Lestari Terhad Untuk Sekali Sebulan

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuaan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari Hanya Untuk Tempoh Setahun Sahaja

Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Maklumat Lanjut Dan Lengkap Tentang Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Ahli-ahli KWSP boleh mendapatkan maklumat lanjut dan lengkap serta sebarang pertanyaan berkaitan, sila layari laman sesawang dan platform media sosial rasmi KWSP di pautan seperti di bawah.

  1. https://www.kwsp.gov.my
  2. Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  3. Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari KWSP