Permohonan i-Sinar KWSP / EPF Pengeluaran Duit Akaun 1 Dan Semakan Status Keputusan
Pengeluaran i Sinar KWSP melalui akaun 1 bagi ahli (pencarum) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu daripada beberapa inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan ketika pembentangan belanjawan (bajet) Malaysia 2021 dalam usaha membantu mengurangkan bebanan kewangan rakyat Malaysia yang terjejas ketika ini.
Apakah I-Sinar Pengeluaran Simpanan Akaun 1 KWSP
i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari dengan membenarkan pencarum (ahli) KWSP mengeluarkan duit simpanan KWSP tetapi i-sinar melalui akaun 1 dimana ahli dibenarkan mengeluarkan 10% daripada amaun simpanan mereka dengan kadar had maksimum RM60,000 bergantung kepada jumlah keseluruhan semasa simpanan yang ada dalam akaun 1.
Ahli Yang Layak Membuat Pengeluaran i-sinar KWSP
Ahli (pencarum) KWSP yang layak membuat pengeluaran KWSP melalui i-sinar adalah mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji dan tiada sumber pendapatan serta diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas membabitkan sehingga 8 juta ahli KWSP.
Kriteria Kelayakan Pengeluaran i-Sinar KWSP
Berikut adalah lampiran yang menerangkan kriteria atau syarat kelayakan bagi ahli-ahli KWSP yang layak membuat permohonan pengeluaran i-sinar KWSP.
Perincian Jumlah Kelayakan Pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1
Berikut adalah lampiran yang menerangkan jumlah kelayakan pengeluaran i-sinar KWSP.
Permohonan I-Sinar KWSP Pengeluaran Duit Simpanan KWSP Akaun 1
Berikut Infosentral sertakan maklumat cara-cara dan langkah-langkah membuat permohonan pengeluaran duit simpanan akaun 1 melalui i-sinar KWSP bagi setiap kategori.
Tarikh Permohonan I-Sinar KWSP Kategori 1 |
Dibuka |
21 Disember 2020 |
Tarikh Semakan Status Keputusan Permohonan I-Sinar KWSP Kategori 1 |
Dibuka |
Bermula 4 Januari 2021 |
Cara Dan Langkah Buat Permohonan I-Sinar KWSP Kategori 1 |
Ahli-ahli (pencarum) yang berada dalam kategori 1, boleh membuat permohonan pengeluaran i-sinar KWSP secara dalam talian. Sebagai makluman, bagi ahli-ahli yang berada dalam kategori 1 tidak perlu menyertakan sebarang dokumen sokongan kerana kelulusan permohonan adalah secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP. |
Permohonan Online i-sinar KWSP Kategori 1
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi I-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sila klik pada pautan yang disertakan di bawah. Sebarang panduan dan maklumat lanjut boleh diperolehi melalui Portal yang sama. |
https://isinar.kwsp.gov.my |
Panduan Permohonan ISinar KWSP
Tarikh Permohonan I-Sinar KWSP Kategori 2 |
Dibuka |
11 Januari 2021 |
Cara Dan Langkah Buat Permohonan I-Sinar KWSP Kategori 2 |
Ahli-ahli (pencarum) yang berada dalam kategori 2, boleh membuat permohonan pengeluaran i-sinar KWSP secara dalam talian. Sebagai makluman, bagi ahli-ahli yang berada dalam kategori 2 perlu menyertakan dokumen sokongan seperti berikut. |
1. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan |
2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan (atau) tuntutan kerja lebih masa |
3. Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank (sekiranya diperlukan) |
Permohonan Online i-sinar KWSP Kategori 2
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi I-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sila klik pada pautan yang disertakan di bawah. Sebarang panduan dan maklumat lanjut boleh diperolehi melalui Portal yang sama. |
https://isinar.kwsp.gov.my |