Permohonan Dana Inspirasi Malaysia Inspirasiku YaPEIM 2020
Melihat kepada keadaan dan perubahan ekonomi negara yang tidak stabil ianya bukan sahaja memberi kesan negatif kepada seluruh lapisan masyarakat malahan memberi impak yang besar kepada golongan berpendapatan rendah.
Keluarga berpendapatan rendah atau dikenali sebagai keluarga B40 merupakan keluarga yang mempunyai pendapatan isirumah hampir kepada RM4000 sebulan dan ke bawah. Golongan ini amat mudah terdedah dengan risiko yang tinggi apabila berlakunya tekanan ekonomi kepada negara.
Kebelakangan ini, isu kos perbelanjaan yang tinggi bagi memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) menjadi bebanan kepada keluarga berpendapatan rendah lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang ramai.
Senarai sub-tajuk Artikel
Permohonan Bantuan Pendidikan Sekolah Dan IPT Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku)
Menerusi inisiatif Bantuan Pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40 yang mempunyai anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh memohon bantuan kewangan pendidikan melalui Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) .
Tarikh Permohonan Dana Inspirasi Malaysia Bantuan Pendidikan Sekolah Dan IPT
Permohonan bantuan kewangan pendidikan melalui Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara manual (guna borang) sebelum tarikh akhir permohonan ditutup. Berikut adalah maklumat-maklumat yang berkaitan.
TARIKH PERMOHONAN DANA INSPIRASI MALAYSIA BANTUAN PENDIDIKAN SEKOLAH DAN IPT | |
Dibuka | Ditutup |
1 Disember 2019 | 31 Januari 2020 |
![]() |
Cara Buat Permohonan Bantuan Pendidikan Sekolah Dan IPT Dana Inspirasi Malaysia
Seperti yang telah diberitahu, permohonan Bantuan Pendidikan Sekolah Dan IPT melalui Dana Inspirasi Malaysia boleh dibuat secara dalam talian (online) ataupun manual (guna borang). Pemohon boleh menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan.
Siapa Yang Layak Buat Permohonan?
- Bantuan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah – Permohonan perlu dibuat oleh ibu/Bapa/Penjaga
- Bantuan Pendidikan IPT – Permohonan perlu dibuat oleh Pelajar
Permohonan Bantuan Pendidikan Sekolah Dan IPT Dana Inspirasi Malaysia Secara Online
Untuk membuat permohonan secara dalam talian sila klik pada judul pautan (link) dibawah. Sila lengkapkan maklumat pemohon yang diperlukan dan memuatnaik dokumen sokongan permohonan dalam sistem permohonan online.
![]() |
Permohonan Bantuan Pendidikan Sekolah Dan IPT Dana Inspirasi Malaysia Secara Manual
Borang permohonan Bantuan Pendidikan Sekolah Dan IPT melalui Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) boleh didapati dengan mengunjungi cawangan Ar Rahnu YaPEIM statik dan bergerak, Pejabat YaPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YaPEIM. Selain itu, untuk menjimatkan masa pemohon, Infosentral sertakan borang tersebut, sila klik pada judul pautan (link) di bawah.
![]() |
![]() |
Borang yang telah lengkap dengan sempurna besertakan dokumen sokongan hendaklah dihantar melalui salah satu kaedah dan lokasi seperti yang dinyatakan dibawah
- emel : inspirasiku@yapeim.my
- Serahan tangan ke ibu pejabat YAPEIM
- Pos laju/ ekspres ke ibu pejabat YAPEIM
- Cawangan Ar Rahnu YAPEIM
- Pejabat YAPEIM Negeri
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Berikut merupakan senarai salinan dokumen yang diperlukan bagi tujuan permohonan Bantuan Pendidikan Sekolah Dan IPT Dana Inspirasi Malaysia.
- Satu salinan kad pengenalan pemohon
- Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
- Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
- Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
- Satu salinan penyata gaji suami dan isteri/ pencen/ surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
- Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah
- Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar (Permohonan bagi pelajar IPT)
- Satu salinan senarai yuran persekolahan/ Institusi Pengajian Tinggi
- Nombor akaun Bank
![]() |
Senarai Semak Dokumen Sokongan Bantuan Pendidikan Inspirasiku (Dana Inspirasi Malaysia)
Bagi memudahkan dan melancarkan proses permohonan Bantuan Pendidikan Sekolah Dan IPT Dana Inspirasi Malaysia, sila rujuk kepada senarai semakan dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan, sila klik pada judul pautan (link) dibawah.
![]() |
Jumlah Bantuan Kewangan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia
Pemohon yang berjaya dalam permohonan Bantuan Pendidikan Sekolah Dan IPT Dana Inspirasi Malaysia akan menerima manfaatkan bantuan kewangan seperti berikut.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SEKOLAH DAN IPT DANA INSPIRASI MALAYSIA | ||||
RM500
| RM1000
|