Jadual Duit Pencen 2023 Tarikh Pembayaran Dapat Duit Pencen Terkini Pesara Kerajaan
Jadual pembayaran duit pencen bulanan adalah sangat penting bagi mana-mana pesara kerajaan Malaysia selepas tamat perkhidmatan dalam sektor awam.
Kepentingan Jadual Pembayaran Pencen Bulanan Pesara Kerajaan
Jadual pembayaran pencen bulanan dapat memberikan kesedaran dan peringatan tentang tarikh duit pencen kepada setiap pesara kerajaan antaranya pesara tentera (ATM) bagi melakukan pengurusan pembelanjaan dengan lebih baik selepas berpencen.
Fokus Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Bulanan
Berkenaan dengan jadual pembayaran pencen bulanan pesara kerajaan, editor hanya memfokuskan info jadual bayaran pencen bulanan sahaja bagi pesara kerajaan kerana dalam perkhidmatan awam.
Ini kerana terdapat beberapa jenis faedah persaraan, antara salah satu daripadanya adalah Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan).
Jadual Pembayaran Pencen Bulanan Pesara Kerajaan Berpandukan Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tarikh bayaran pencen bulanan pesara kerajaan mahupun pesara tentera bagi setiap tahun baharu akan diumumkan dan dimaklumkan melalui pemberitahuan surat pekeliling mengenai tarikh pembayaran pencen bulanan kepada semua pesara mengikut Kementerian dan Jabatan bagi memastikan penyediaan bayaran pencen kepada pesara dapat diuruskan dengan sempurna dan pencen dibayar mengikut tarikh seperti yang telah ditetapkan.
Jadual Duit Pencen 2023 Tarikh Pembayaran Duit Pencen Bulanan Pesara kerajaan Pesara Tentera
Berikut adalah senarai jadual pembayaran duit pencen kepada pesara kerajaan termasuk pesara tentera (ATM) bagi tahun 2023 menurut tarikh bayaran pencen sepertimana yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Jadual pembayaran dibawah mewakili satu tarikh bayaran duit pencen bulanan untuk pesara kerajaan dalam Kementerian dan Jabatan yang terlibat di semua negeri.
Paparan Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Bulanan Pesara Kerajaan Tahun 2023 | ||
Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari | ||
Januari | Februari | Mac |
16.1.2023 | 20.2.2023 | 20.3.2023 |
Isnin | Isnin | Isnin |
Hari Raya Aidilfitri 22 & 23 April | ||
Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei | ||
Hari Gawai 1 & 2 Jun Hari Raya Aidiladha 29 & 30 Jun | ||
April | Mei | Jun |
13.4.2023 | 18.5.2023 | 19.6.2023 |
Khamis | Khamis | Isnin |
Julai | Ogos | September |
20.7.2023 | 21.8.2023 | 21.9.2023 |
Khamis | Isnin | Khamis |
Hari Deepavali 12 November | ||
Oktober | November | Disember |
19.10.2023 | 20.11.2023 | 14.12.2023 |
Khamis | Isnin | Khamis |
Hari Krismas 25 Disember | ||
📌 Tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2023 yang dinyatakan adalah tepat berdasarkan rujukan terhadap surat pekeliling rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) – JPA 800-1/6/3 (25) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). |