Tarikh Cuti Sekolah Dan Lampiran Takwim Kalendar Akademik Jadual Penggal Persekolahan Sesi 2022-2023.
Takwim atau Jadual Kalendar Akademik bagi Penggal Persekolahan Sesi 2022/2023 telah dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Jadual Penggal Persekolahan Sesi Tahun 2022/2023 penting sebagai panduan kepada semua guru-guru dalam melaksanakan semua program persekolahan sepertimana yang telah dirancang.
Kepentingan Takwim Jadual Penggal Persekolahan Dan Kalendar Akademik
Selain sebagai panduan dan rujukan guru-guru di sekolah, Jadual Penggal Persekolahan dan Kalendar Akademik juga amat berguna kepada ibu bapa mahupun penjaga bagi merancang aktiviti manfaat kepada anak jagaan masing-masing semasa dalam musim Tarikh Cuti Sekolah terutamanya ketika berlangsungnya cuti penggal.
Peruntukan Cuti Perayaan Tahun 2022/2023
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia turut sertakan maklumat cuti perayaan yang diperuntukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) antara sambutan perayaan yang diperuntukan cuti adalah Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak dan Hari Deepavali.
Takwim Penggal Persekolahan Dan Cuti Sekolah Tahun 2022-2023
Berikut editor sertakan maklumat penggal persekolahan dan cuti penggal persekolahan terkini serta cuti sambutan perayaan yang diperuntukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi tahun 2022/2023.
Berdasarkan takwim atau jadual persekolahan dan cuti penggal, cuti pertengahan serta cuti akhir tahun tersebut telah diperincikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B mengikut sekolah-sekolah di seluruh negeri di Malaysia.
Sekolah Kumpulan A: Kedah, Johor, Kelantan Dan Terengganu Sesi 2022/2023 | |
Perkara | Tarikh |
Cuti Penggal 1 | 3 Jun 2022 hingga 11 Jun 2022 |
Cuti Penggal 2 | 2 September 2022 hingga 10 September 2022 |
Cuti Penggal 3 | 9 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022 |
Cuti Akhir Persekolahan | 17 Februari 2023 hingga 11 Mac 2023 |
Lampiran Lengkap Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 | |
![]() |
Sekolah Kumpulan B: Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya | |
Perkara | Tarikh |
Cuti Penggal 1 | 4 Jun 2022 hingga 12 Jun 2022 |
Cuti Penggal 2 | 3 September 2022 hingga 11 September 2022 |
Cuti Penggal 3 | 10 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022 |
Cuti Akhir Persekolahan | 18 Februari 2023 hingga 12 Mac 2023 |
Lampiran Lengkap Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 | |
![]() |
Lampiran Lengkap Peruntukan Cuti Sekolah Bagi Sambutan Perayaan Sesi 2022/2023 |
![]() |