Jadual Siaran Langsung Atau Live Streaming Sukan Asia 2023 Atlet Malaysia Di RTM Sukan, RTM TV Okey Dan Astro Arena
Seramai 292 atlet keseluruhannya membabitkan 191 lelaki dan 101 wanita membawa cabaran Malaysia di Temasya Sukan Asia ke-19 Hangzhou, China akan beraksi dalam 29 acara merangkumi 23 jenis sukan yang disertai oleh Malaysia.
Asian Games 2022 Ditunda Sebelum ini
Temasya sukan terbesar benua Asia, Sukan Asia edisi ke-19 di Hangzhou, China sepatutnya dijadual berlangsung pada September tahun lepas (2022) namun ditunda ke tahun ini (2023) susulan pandemik melanda dunia yang menghuru-harakan kalendar temasya sukan antarabangsa.
Indikasi Kemampuan Atlet Malaysia
Temasya Sukan ASIA ke-19 di Hangzhou, China akan menjadi indikasi sebenar mengenai tahap kemampuan dan prestasi atlet Malaysia bagi mengharumkan nama negara melalui arena sukan selepas kebanyakan kejohanan antarabangsa ditangguh atau dibatalkan susulan pandemik sejak awal 2020 hingga awal tahun lepas.
Harapan Peminat Sukan Tanahair
Peminat sukan tanah air pasti mengharapkan temasya Sukan Asia 2022 kali ini menjadi kesinambungan dari edisi ke-18 yang dianjurkan pada tahun 2018 di Jakarta dan Palembang Indonesia dalam memperbaiki pencapaian pungutan pingat dan kedudukan keseluruhan bagi negara-negara bertanding.
Negara Bandar Tuan Rumah Dan Tarikh Sukan Asia Edisi Ke-19
Sukan Asia menyaksikan Hangzhou, China menjadi bandar negara tuan rumah edisi ke-19 bagi tahun 2022.
Sukan Asia ke-19 secara rasminya akan berlangsung bermula pada 23 September 2023 hingga 8 Oktober 2023 dengan membabitkan 481 acara dalam 40 jenis sukan yang dipertandingkan.
Malaysia Tidak Sertai Bola Sepak Sukan Asia 2023
Bola sepak merupakan sukan yang mendapat perhatian utama dalam Sukan Asia, namun Malaysia tidak menghantar skuad bola sepak bawah 23 tahun bimbingan E Elavarasan bagi menyertai Sukan Asia di Hangzhou, China.
Keputusan tersebut dibuat susulan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara perlu memberi keutamaan kepada kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang berlangsung pada bulan yang sama (September).
Kemampuan Atlet Malaysia Sukan Asia 2023
Mampukah kontinjen negara mempertahankan pencapaian Malaysia ketika sukan Asia edisi ke-18 di Jakarta dan Palembang Indonesia dengan pencapaian 7 pingat emas, 13 perak dan 16 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak 36 pingat.
Jumlah Sasaran Kutipan Pingat Emas, Perak Dan Gangsa Atlet Kontinjen Malaysia Sukan Asia 2023
Pada temasya Sukan Asia edisi ke-19 ini, Malaysia tidak meletakkan sasaran pingat secara spesifik sebaliknya hanya menyasarkan sebanyak 27 pingat tanpa mengira warna secara kutipan keseluruhannya.
Keputusan tidak meletakkan sasaran pingat secara spesifik adalah bagi memastikan atlet yang mewakili Malaysia pada temasya Sukan Asia di Hangzhou, China edisi ke-19 tidak berdepan dengan sebarang tekanan yang berpotensi menggugat misi memburu kilauan pingat diidamkan.
Sukan Asia 2023 Disiarkan Secara Siaran Langsung Di Sukan RTM, RTM TV Okey Dan Astro Arena
Peminat sukan di Malaysia boleh menyaksikan Temasya Sukan Asia 2022/2023 yang diadakan Hangzhou, China secara langsung menerusi RTM Sukan, RTM TV Okey dan Astro Arena.
Jadual Siaran Langsung Dan Live Streaming Sukan Asia 2023 Atlet Malaysia
Menerusi ruangan ini, peminat sukan boleh mendapatkan semua maklumat siaran langsung atau live streaming Sukan ASIA 2023 melibatkan atlet Malaysia terutamanya yang akan disiarkan menerusi stesen penyiaran di Malaysia antaranya RTM Sukan (Sports), RTM TV Okey, dan saluran sukan berbayar Astro Arena.
Tarikh Temasya Sukan Asia 2023 Hangzhou, China | |
Mula | Tamat |
23 September 2023 | 8 Oktober 2023 |
Jadual Atlet Malaysia Sukan Asia 2023 Hangzhou, China
Berikut adalah jadual harian melibatkan atlet Malaysia di Temasya Sukan Asia 2022 yang berlangsung di Hangzhou, China.
Jadual Harian Penuh Atlet Malaysia Sukan ASIA Hangzhou, China 2023 | ||||
JADUAL HARI INI 1 OKTOBER 2023, AHAD | ||||
Masa | Sukan | Peringkat, Kategori | Atlet | |
9:00AM | Mind Sports (E-Sukan) | Separuh Akhir 1 Dota2 Malaysia vs China | ||
9:00AM | Memanah | Pusingan Kelayakan 1 Compound Individu Wanita | Fatin Nurfatehah | |
Pusingan Kelayakan 1 Recurve Individu Lelaki | Khairul Anuar | |||
Zarif Syahir | ||||
Syafiq Busthamin | ||||
Danish Amsyar | ||||
2:20PM | Pusingan Kelayakan 1 Compound Individu Lelaki | Juwaidi Mazuki | ||
Alang Ariff Aqil | ||||
Gahazali | ||||
Syafiq Md Ariffin | ||||
Wong Co Wan | ||||
Pusingan Kelayakan 1 Recurve Individu Wanita | Syaqiera Mashayikh | |||
Nurul Izzah | ||||
Ku Nurin Afiqah | ||||
Nur Ain Ayuni | ||||
9:00AM | Menembak | Kelayakan Fasa 2 Trap-75 Individu Lelaki | Yeoh Chen Han Bernard | |
4:00PM | Final Trap-75 Individu Lelaki | |||
9:30AM | Mind Sports (GO) | Pusingan Awal 5 Pasukan Lelaki | Chang Fu Kang | |
Leong Chee Weng | ||||
Lee Shou Wei | ||||
Lee Shou Kai | ||||
Lo Owen Chen Yeh | ||||
Lee Shou Xuan | ||||
3:00PM | Pusingan Awal 6 Pasukan Lelaki | |||
9:30AM | Pusingan Awal 5 Pasukan Wanita | Yong Qing | ||
Tan Yan Ying | ||||
Chang Xin | ||||
Tan Hooi Yan | ||||
9:50AM | Olahraga | Saringan 2 200m Wanita | Zaidatul Husniah Zulkifli | |
7:40PM | Separuh Akhir (Jika layak) 200m Wanita | |||
10:40AM | Saringan 4 200m Lelaki | Russel Alexander | ||
8:00PM | Separuh Akhir (Jika layak) 200m Lelaki | |||
8:05PM | Final Lempar Cakera Wanita | Queenie Ting Kung Ni | ||
10:15AM | Hoki | Kumpulan Malaysia vs Singapura | Pasukan Wanita | |
11:00AM | Skuasy | Pusingan Pool 1 Beregu Campuran Malaysia vs China | Ivan Yuen | |
Rachel Arnold | ||||
4:00PM | Pusingan Pool 2 Beregu Campuran Malaysia vs Sri Lanka | |||
11:50AM | Pusingan Pool 1 Beregu Campuran Malaysia vs Korea Selatan | Syafiq Kamal | ||
Aifa Azman | ||||
4:50PM | Pusingan Pool 2 Beregu Campuran Malaysia vs Thailand | |||
3:00PM | Pusingan 32 Perseorangan Lelaki Malaysia vs Nepal | Addeen Idrakie Bahtiar | ||
2:00PM | Mind Sports (Xiangqi) | Pusingan 5 Berpasukan Campuran | Tan Yu Huat | |
Jee Xin Ru | ||||
Sim Yip How | ||||
7:00PM | Final Berpasukan Campuran | |||
5:30PM | Terjun | Final 3m Papan Anjal Seirama Wanita | Nur Dhabitah Sabri | |
Wendy Ng Yan Yee | ||||
7:30PM | Final 10m Platform Seirama Lelaki | Enrique Maccartney | ||
Bertrand Rhodict | ||||
Pautan (Link) Saluran Tontonan Online | ||||
Nota | ||||
Penambahan jadual atlet Malaysia akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut hari dan peringkat. |
Sorotan Kandungan
- Jadual Siaran Langsung Atau Live Streaming Sukan Asia 2023 Atlet Malaysia Di RTM Sukan, RTM TV Okey Dan Astro Arena
- Asian Games 2022 Ditunda Sebelum ini
- Indikasi Kemampuan Atlet Malaysia
- Harapan Peminat Sukan Tanahair
- Negara Bandar Tuan Rumah Dan Tarikh Sukan Asia Edisi Ke-19
- Malaysia Tidak Sertai Bola Sepak Sukan Asia 2023
- Kemampuan Atlet Malaysia Sukan Asia 2023
- Jumlah Sasaran Kutipan Pingat Emas, Perak Dan Gangsa Atlet Kontinjen Malaysia Sukan Asia 2023
- Sukan Asia 2023 Disiarkan Secara Siaran Langsung Di Sukan RTM, RTM TV Okey Dan Astro Arena
- Jadual Siaran Langsung Dan Live Streaming Sukan Asia 2023 Atlet Malaysia
- Jadual Atlet Malaysia Sukan Asia 2023 Hangzhou, China