Jadual atlet Malaysia Sukan SEA 2023 dan siaran langsung

Jadual atlet Malaysia Sukan SEA 2023 dan siaran langsung. Info live streaming sukan sea games kemboja 2023 atlet malaysia rtm dan astro.

Jadual Siaran Langsung Atau Live Streaming Sukan SEA 2023 Atlet Malaysia Di RTM Sukan, RTM TV Okey Dan Astro Arena

[S]eramai 677 atlet keseluruhannya membabitkan 403 lelaki dan 274 wanita membawa cabaran Malaysia di Temasya Sukan SEA ke-32 Phnom Penh, Kemboja (Cambodia) akan beraksi dalam kategori acara berdasarkan jenis sukan yang dipertandingkan.

Sukan SEA Medium Pengenalan Ke Sukan Antarabangsa

Bagi Malaysia, temasya Sukan SEA merupakan medium pengenalan serta pendedahan terbaik kepada barisan pelapis atlet muda negara mendapatkan pengalaman di persada sukan antarabangsa sebelum mengintai peluang ke Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Indikasi Kemampuan Atlet Malaysia

Temasya Sukan SEA ke-32 di Phnom Penh, Kemboja dilihat bakal menjadi indikasi sebenar mengenai tahap kemampuan dan prestasi atlet Malaysia bagi mengharumkan nama negara melalui arena sukan selepas kebanyakan kejohanan antarabangsa ditangguh atau dibatalkan susulan pandemik sejak awal 2020 hingga awal tahun lepas.

Harapan Peminat Sukan Tanahair

Peminat sukan tanah air pasti mengharapkan temasya Sukan SEA 2023 kali ini menjadi kesinambungan dari edisi Hanoi yang dianjurkan pada Mei lepas (2022) dalam memperbaiki pencapaian pungutan pingat dan kedudukan keseluruhan bagi negara-negara bertanding.

Negara Tuan Rumah Dan Tarikh Sukan SEA 2023 Bermula

Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Southeast Asian Games (SEA Games) menyaksikan Kemboja (Cambodia) menjadi negara tuan rumah edisi ke-32 bagi tahun 2023.

Sukan SEA ke-32 secara rasminya akan berlangsung bermula pada 5 Mei 2023 hingga 17 Mei 2023 dengan membabitkan 584 acara dalam 36 jenis sukan yang dipertandingkan.

Kemampuan Atlet Malaysia Sukan SEA 2023

Mampukah kontinjen negara mempertahankan pencapaian Malaysia ketika sukan SEA edisi ke-31 di Hanoi, Vietnam dengan pencapaian 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak 174 pingat.

Ataupun sekurang-kurangnya berjaya mencapai sasaran pungutan pingat yang diletakan pada Sukan SEA 2023.

Jumlah Sasaran Kutipan Pingat Emas Atlet Kontinjen Malaysia Sukan SEA 2023

Pada temasya Sukan SEA 2023 ini, Malaysia telah meletakkan sasaran sebanyak 40 Pingat Emas.

Sasaran Kutipan Pingat Sukan SEA 2023 Atlet Malaysia
M1PingatJumlahStatus
gold medal Emas40Gagal
silver medal Perak37Berjaya
bronze medal Gangsa64Berjaya

Sukan SEA 2023 Disiarkan Secara Siaran Langsung Di Sukan RTM, RTM TV Okey Dan Astro Arena

Peminat sukan di Malaysia boleh menyaksikan Temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh Kemboja secara langsung menerusi RTM Sukan, RTM TV Okey dan Astro Arena.

Jadual Siaran Langsung Dan Live Streaming Sukan SEA 2023 Atlet Malaysia

Menerusi ruangan ini, peminat sukan boleh mendapatkan semua maklumat siaran langsung atau live streaming Sukan SEA 2023 melibatkan atlet Malaysia terutamanya yang akan disiarkan menerusi stesen penyiaran di Malaysia antaranya RTM Sukan (Sports], RTM TV Okey, dan saluran sukan berbayar Astro Arena.

Tarikh Temasya Sukan SEA 2023 Phnom Penh, Cambodia
MulaTamat
5 Mei 202317 Mei 2023

Jadual Atlet Malaysia Sukan SEA 2023 Phnom Penh Cambodia

Jadual Harian Penuh Atlet Malaysia Sukan SEA Phnom Penh Kemboja 2023
JADUAL HARI INI (16 MEI 2023 – SELASA)
MasaSukanPeringkat, KategoriAtlet
5:30PMPolo AirRound Robin
Pasukan lelaki
Malaysia lwn Indonesia
9:00AMKriketPenentuan Gangsa
T10 Wanita
Malaysia lwn Cambodia
10:00AMSepak TakrawKumpulan
Regu Lelaki
Malaysia lwn Thailand
1:00PMKumpulan
Regu Lelaki
Malaysia lwn Cambodia
5:00PMKumpulan
Regu Lelaki
Malaysia lwn Singapura
11:00AMSeparuh Akhir
Kuadran Wanita
Malaysia lwn Vietnam
5:00PMFinal, Kuadran Wanita (Jika Layak)
9:40AMJet SkiFinal
Ski GP Campuran
Arief Rayhan
10:30AMFinal
Runabout Stock Campuran
Terry Tee Chen Jet
3:10PMFinal
Runabout 1100 Stock Campuran
Terry Tee Chen Jet
Izzah Athirah
3:50PMFinal
Terbuka Runabout Endurance Campuran
Norfirdaus Rafie
11:20AMLawan PedangSeparuh Akhir
Foil Berpasukan Lelaki
Malaysia lwn Vietnam / Thailand
Cheng Xing Han
Hans Yoong Wei Shen
Goh Wen Hao
Kaerlan Vinod Kamalanathan
12:40PMFinal (Jika Layak)
3:00PMDancesportsMen’s B Boys
1 vs 1
Faridh Mohd Yasin 
Sam Jee Lek
3:25PMSuku Akhir (Jika Layak)
3:40PMSeparuh Akhir (Jika Layak)
3:55PMPingat Gangsa (Jika Layak)
4:03PMPingat Emas (Jika Layak)
12:01PMWomen’s B Girls
1 vs 1
 Chong Yan Lin
12:24PMSuku Akhir (Jika Layak)
12:38PMSeparuh Akhir (Jika Layak)
12:52PMPingat Gangsa (Jika Layak)
1:00PMPingat Emas (Jika Layak)
1:00PMJudoPusingan Awal
Pasukan Campuran
Malaysia lwn Indonesia
4:00PMSeparuh Akhir (Jika Layak)
4:00PMFinal (Jika Layak)
12:00PMBola Keranjang 5×5Tempat Ke-5
Pasukan Lelaki
Malaysia lwn Vietnam
10:00AMPerlumbaan Bot TradisionalPusingan 1
800m 12 Kru (U24) Lelaki
12:15PMPusingan 1
800m 12 Kru (U24) Campuran
1:00PMPusingan 2
800m 12 Kru (U24)
4:15PMPusingan 2
800m 12 Kru (U24) Campuran
10:30AMFloorballTempat Ke-3
Pasukan Wanita
Malaysia lwn Filipina
1:00PMTempat Ke-3
Pasukan Lelaki
Malaysia lwn Singapura
12:00PMPing PongSeparuh Akhir
Perseorangan Lelaki
Malaysia Lwn Singapura
Leong Chee Feng
TBCFinal (Jika Layak)
1:00PMBadmintonFinal
Beregu Campuran
Malaysia lwn Indonesia
Yap Roy King
Cheng Su Yin
2:45PMHokiFinal
Lelaki
Malaysia lwn Singapura
5:00PMFinal
Wanita
Malaysia lwn Thailand
4:00PMKickboxingFinal
Kick Light Lelaki – 69 kg
Malaysia lwn Indonesia
Ahmad Nor Iman Hakim
Pautan Saluran Tontonan Online
Sukan RTM
RTM TV Okey
Nota
Masa yang dinyatakan adalah mengikut waktu di Malaysia
Penambahan jadual atlet Malaysia akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut hari dan peringkat.