(Malaysia) Jadual Waktu Berbuka Puasa Ramadhan 2025

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Bulan Ramadhan 2025, 1446 Hijrah Seluruh Negeri Di Malaysia Terbitan JAKIM.
waktu berbuka puasa

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya kita masih berpeluang untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2025 Masihi bersamaan 1446 Hijrah dan pastinya jadual waktu berbuka puasa Ramadhan terbitan JAKIM akan menjadi rujukan.

Ibadah Puasa Bulan Ramadhan 2025 Dinantikan

Ketibaan Ramadhan sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia kerana Ramadan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan) dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka).

Dalam bulan Ramadhan selain berniat menunaikan ibadah puasa, kita boleh menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya serta mendapatkan malam lailatul qadar.

Kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan kita diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan) kali ini.

lampiran amalan di bulan ramadhan

Memanfaatkan Bulan Ramadhan

Umat Islam perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada bulan Ramadan kerana bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Ramadhan 2025 Dan Waktu Imsak

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut adalah lampiran data jadual waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan bagi tahun 1446 Hjirah bersamaan 2025 Masihi untuk seluruh zon-zon dan kawasan di seluruh negeri di Malaysia mengikut jadual rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh JAKIM setiap tahun akan menjadi rujukan umat Islam di Malaysia merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Sila klik pada setiap nama negeri dalam ruangan di bawah untuk mendapatkan lampiran info jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan Tahun 2025M / 1446H bagi zon serta kawasan negeri masing-masing.

Senarai Pautan Lampiran
Jata Negeri Jata Negeri Jata Negeri
jata negeri perlis Perlis jata negeri kedah Kedah jata negeri pulau pinang Pulau Pinang
jata negeri perak Perak jata kuala lumpur Kuala Lumpur jata putrajaya Putrajaya
jata negeri selangor Selangor jata negeri sembilan N.Sembilan jata negeri melaka Melaka
jata negeri johor Johor jata negeri pahang Pahang jata negeri terengganu Terengganu
jata negeri kelantan Kelantan jata negeri sarawak Sarawak jata negeri sabah Sabah
jata labuan Labuan