Jadual Waktu SPM 2025: Tarikh Terkini Peperiksaan SPM

Penerangan Artikel: Jadual Waktu SPM 2025: Tarikh Terkini Peperiksaan SPM. Info mengenai tarikh penting peperiksaan tingkatan 5 tahun 2025 & jadual SPM rasmi Lembaga Peperiksaan.

Dalam usaha memastikan calon-calon SPM 2025 memperoleh maklumat terkini dan sahih berkenaan jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan akan menerbitkan jadual waktu peperiksaan tersebut melalui portal atau laman web rasmi mereka. Penyenaraian maklumat ini tidak hanya memudahkan akses tetapi juga memberi jaminan bahawa semua pihak dapat merancang dan membuat persediaan dengan lebih sistematik dan teratur.

Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang, mendapatkan jadual waktu peperiksaan adalah langkah pertama yang sangat penting. Lembaga Peperiksaan menyediakan kemudahan ini agar semua pihak dapat mengakses maklumat dengan cepat dan mudah.

Pentingnya Jadual Waktu Peperiksaan SPM

Jadual waktu peperiksaan merupakan dokumen penting yang menjadi panduan utama dalam proses penyediaan dan pengurusan peperiksaan. Ia membantu pelajar mengatur jadual belajar, mengenalpasti tarikh-tarikh penting serta memastikan mereka tidak terlepas atau terkeliru dengan tarikh peperiksaan sebenar. Bagi guru dan ibu bapa pula, jadual ini menjadi rujukan untuk menyusun aktiviti sokongan dan memastikan anak-anak atau pelajar mereka berada dalam keadaan bersedia dari segi mental dan fizikal.

Selain daripada aspek persediaan mental dan fizikal, jadual waktu juga penting untuk memastikan kelancaran urusan logistik seperti pengurusan pusat peperiksaan, penyediaan bahan peperiksaan dan pengurusan kakitangan peperiksaan. Dengan adanya jadual yang rasmi dan terkini, pihak sekolah dan institusi pendidikan dapat membuat perancangan yang lebih efektif serta mengelakkan sebarang kekeliruan yang tidak diingini.

tips peperiksaan spm

Jadual SPM 2025 Lembaga Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan (LP) akan memuat naik jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2025 menerusi portal rasmi mereka. Melalui platform tersebut, semua pihak berkepentingan dapat mengakses maklumat terbaru dengan mudah tanpa perlu menghadapi kesulitan mencari di tempat lain. Maklumat yang disediakan termasuk tarikh-tarikh penting, waktu peperiksaan setiap mata pelajaran serta arahan dan panduan yang berkaitan.

Selain daripada muat turun secara percuma, Portal LP juga menyediakan pelbagai kemudahan sokongan lain seperti panduan penyediaan, maklumat tentang peraturan peperiksaan yang boleh membantu calon-calon menambah baik persediaan mereka.

Tarikh Penting Peperiksaan Tingkatan 5 Tahun 2025 (Tidak Rasmi)

  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
    2-28 Mei 2025
  • Peperiksaan Percubaan SPM
    Amali: 15 – 17 Julai 2025
    Ujian Bertutur Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI): 18-25 Julai 2025
    Ujian Mendengar Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI): 28 Julai 2025
    Ujian Bertulis: 29 Julai – 15 Ogos 2025
  • Peperiksaan SPM 2025
    Ujian Bertutur Bahasa Melayu (BM): 10-13 November 2025
    Ujian Amali: 18-20 November 2025
    Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (BI): 24-27 November 2025
    Ujian Mendengar Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI): 1 Disember 2025
    SPM Bertulis: 2-31 Disember 2025

Untuk makluman, jadual waktu peperiksaan SPM 2025 yang rasmi belum lagi diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebaik sahaja jadual tersebut dikeluarkan, kami akan kongsikan dalam artikel ini.

sijil pelajaran malaysia

Cara Muat Turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

Proses untuk mendapatkan jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2025 adalah sangat mudah dan mesra pengguna. Berikut adalah langkah-langkah ringkas yang boleh diikuti:

  1. Layari Laman Sesawang Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia
    Akses laman web rasmi LP di pautan: https://lp.moe.gov.my
  2. Carian Maklumat Jadual Peperiksaan
    Pada halaman utama, cari ruangan info ‘Muat Turun’ yang berkaitan dengan Jadual Waktu Peperiksaan.
  3. Pilih dan Muat Turun Fail PDF
    Klik pautan tersebut dan muat turun fail PDF yang mengandungi jadual waktu peperiksaan. Fail ini biasanya disediakan dalam format yang mudah dibaca dan dicetak.
  4. Simpan dan Cetak
    Setelah dimuat turun, simpan salinan digital untuk rujukan dan jika perlu, cetak untuk kegunaan harian di sekolah atau di rumah.

Penting untuk semua pihak memastikan maklumat yang diperoleh adalah sah dan terkini. Jadual waktu peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP melalui Portal mereka adalah sumber rasmi dan sah. Mengikuti maklumat dari sumber yang rasmi juga mengelakkan daripada mendapat maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Selain itu, dengan memuat turun jadual rasmi, calon-calon dapat merancang jadual belajar mereka dengan lebih berkesan, ibu bapa dapat menyusun aktiviti sokongan dan pihak sekolah pula boleh mengatur segala keperluan logistik dengan lebih terancang.

Kongsi Artikel Di: