Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) akan menerbitkan jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2025. Jadual tersebut pastinya dinanti-nantikan oleh para guru, ibu bapa dan murid-murid yang terlibat.
Jadual waktu peperiksaan UPKK tahun 2025 yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi SIMPENI. Jadual tersebut telah disusun secara teliti dan berperingkat bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya. Peperiksaan ini akan berlangsung dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM dan jadual waktu ini menyenaraikan tarikh, waktu, masa serta mata pelajaran (kod kertas). Selain itu, pihak JAKIM melalui SIMPENI berperanan sebagai pusat maklumat utama yang memastikan semua data dan maklumat berkaitan peperiksaan ini dikemas kini dan mudah diakses.
Pentingnya Jadual Waktu Peperiksaan UPKK
Jadual peperiksaan UPKK yang disediakan bukan sahaja memudahkan guru dan pelajar merancang persediaan dengan lebih teratur tetapi juga membantu ibu bapa dalam mengatur jadual harian anak-anak mereka. Dengan maklumat yang tersusun dan tepat, murid-murid dapat menumpukan perhatian kepada aspek-aspek utama dalam pendidikan Islam yang diuji sekaligus meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Selain itu, jadual ini juga mencerminkan komitmen pihak JAKIM dalam memastikan setiap murid diberi peluang yang adil untuk membuktikan pencapaian mereka dalam aspek pengetahuan dan amalan agama. Ia juga menunjukkan kesungguhan pihak berwajib dalam memastikan proses penilaian dilaksanakan secara berstruktur dan bersistematik.
Jadual UPKK 2025 JAKIM
Jadual waktu peperiksaan UPKK 2025 merupakan satu kandungan penting yang perlu diambil perhatian. Dengan akses mudah melalui portal rasmi SIMPENI diharapkan setiap murid dapat menjalani peperiksaan ini dengan penuh persediaan dan berkeyakinan. UPKK bukan sahaja sekadar penilaian akademik tetapi juga sebagai platform memperkukuh iman dan mempertingkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama memberikan sokongan dan komitmen penuh dalam memastikan kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan UPKK tahun ini demi masa depan generasi muda yang berilmu dan berakhlak mulia.
Tarikh Penting Peperiksaan UPKK Tahun 2025 (Tidak Rasmi)
- Penghayatan Cara Hidup Islam & Amali Solat
Julai – Oktober 2025 - Al-Quran
Oktober – November 2025 - Akidah, Adab, Ibadah, Jawi & Khat, Sirah, Bahasa Arab
November – Disember 2025
Untuk makluman, jadual waktu UPKK 2025 yang rasmi belum lagi diterbitkan oleh JAKIM. Sebaik sahaja jadual tersebut dikeluarkan, kami akan kongsikan dalam ruangan artikel ini.
Tarikh Hari | Waktu | Kod Kertas | Mata Pelajaran | Tempoh Masa |
---|---|---|---|---|
Waktu Persekolahan | UPKK 08 | Penghayatan Cara Hidup Islam | 81 Hari | |
UPKK 09 | Amali Solat | |||
Waktu Persekolahan | UPKK 01 | Al- Quran | 22 Hari | |
2:30 – 3:45 Petang | UPKK 02 | Akidah | 1 Jam 15 Minit | |
4:15 – 5:30 Petang | UPKK 04 | Adab | 1 Jam 15 Minit | |
2:30 – 3:45 Petang | UPKK 07 | Ibadah | 1 Jam 15 Minit | |
4:15 – 5:30 Petang | UPKK 05 | Jawi & Khat | 1 Jam 15 Minit | |
3:00 – 4:15 Petang | UPKK 03 | Sirah | 1 Jam 15 Minit | |
3:00 – 4:15 Petang | UPKK 06 | Bahasa Arab | 1 Jam 15 Minit |
Muat Turun Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025
Untuk memudahkan calon-calon mendapatkan maklumat terkini berkaitan jadual peperiksaan UPKK tahun 2025, pihak JAKIM telah menyediakan akses mudah melalui portal rasmi seperti berikut:
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI)
Pautan: https://simpeni.islam.gov.my - Dapatkan maklumat: Format Instrumen Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) Mulai Tahun 2024
Melalui portal tersebut, pengguna boleh memuat turun jadual waktu peperiksaan secara percuma dan dalam format yang mesra pengguna. Pendekatan ini selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan penggunaan teknologi digital dalam pengurusan pendidikan Islam di seluruh negara.
Murid-murid, guru dan ibu bapa digalakkan untuk melayari Portal rasmi SIMPENI secara berkala bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan jadual peperiksaan dan sebarang perubahan yang berkaitan. Dengan persediaan yang rapi dan maklumat lengkap diharapkan semua calon-calon dapat menjalani peperiksaan UPKK dengan penuh keyakinan dan mencapai kejayaan yang cemerlang.
Mata Pelajaran Utama Dalam UPKK 2025
Peperiksaan UPKK melibatkan 9 mata pelajaran yang merangkumi aspek-aspek utama dalam pendidikan Islam. Antaranya termasuk Penghayatan Cara Hidup Islam, Amali Solat, penguasaan Al-Quran, Adab (Akhlak Islamiyah), Ibadah, Jawi dan Khat, Sirah serta Bahasa Arab. Setiap mata pelajaran ini dipilih kerana ia merupakan asas utama dalam membentuk karakter dan kefahaman agama dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
Penekanan terhadap aspek penghayatan dan amali adalah sejajar dengan matlamat utama pendidikan Islam iaitu membentuk individu yang beriman, berakhlak mulia dan mampu mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian. Melalui ujian ini, pelajar berpeluang menunjukkan pencapaian mereka secara menyeluruh dan holistik.
Komitmen JAKIM
JAKIM sentiasa komited dalam membuat penambahbaikan sistem pendidikan Islam di Malaysia. Melalui portal SIMPENI, pelbagai maklumat yang berkaitan disediakan untuk memudahkan rakan sejawat, guru, ibu bapa dan murid-murid dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Penyediaan jadual peperiksaan yang terperinci dan mudah diakses adalah sebahagian daripada usaha ini.
Selain itu, JAKIM juga akan menjalankan sesi taklimat dan bantuan teknikal kepada pihak sekolah yang memerlukan panduan berkenaan jadual dan prosedur peperiksaan UPKK. Pendekatan ini memastikan semua pihak bersedia dan memahami proses pelaksanaan ujian dengan lancar dan teratur.