Ketika berbicara tentang bola sepak di Malaysia, nama Johor Darul Ta’zim (JDT) pasti tidak asing kepada peminat sukan tanah air. JDT bukan sahaja menjadi kebanggaan negeri Johor bahkan menjadi ikon kepada perkembangan bola sepak Malaysia. Dengan kejayaan dalam liga tempatan, pasukan ini kini bersedia untuk mencabar pentas tertinggi bola sepak Asia, Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) musim 2025-2026.
Johor Darul Ta’zim ACLE
Skuad Harimau Selatan ditubuhkan pada tahun 2013 dengan semangat membara untuk memajukan sukan bolasepak tempatan. Dalam masa singkat, JDT mengalami transformasi besar-besaran yang dibuat oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Dengan pelaburan besar dalam aspek latihan, pembangunan pemain dan infrastruktur, JDT mula mencatatkan kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara.
Johor Darul Ta’zim boleh dirumuskan sebagai simbol kemajuan bola sepak Malaysia. Dengan usaha berterusan dalam membangunkan pasukan, JDT bersiap sedia untuk mencabar pentas Liga Juara-Juara Asia Elite musim 2025. Perjalanan ini bukan sahaja untuk meraih kejayaan tetapi juga untuk mengangkat nama Malaysia di persada bola sepak Asia.
Marilah kita menyokong JDT dalam usaha mereka mencipta sejarah dan mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Bersama kita jayakan JDT, bersama kita capai kejayaan.
Kejayaan JDT Dalam Liga Tempatan
Sejak kemunculannya, JDT telah mendominasi Liga Malaysia dengan kejuaraan berturut-turut. Pasukan ini tidak hanya berjaya mengekalkan takhta liga tetapi juga merangkul pelbagai kejuaraan domestik. Kejayaan ini bukan sahaja meningkatkan reputasi JDT di peringkat tempatan tetapi juga memberi laluan untuk mereka beraksi di pentas Asia.
Kejayaan JDT tidak terhasil dengan mudah. Mereka memiliki pasukan pengurusan berwibawa, barisan pemain berkualiti dan strategi permainan cemerlang. Dengan pengendali berpengalaman seperti Xisco Munoz, JDT mampu menampilkan corak permainan menarik dan efektif. Pemain-pemain bintang seperti Bergson da Silva serta yang lain-lainnya dan pemain muda tempatan berbakat, Arif Aiman Hanapi merupakan antara aset berharga pasukan yang memberikan sumbangan besar kepada kejayaan JDT.
Cabaran Dan Persiapan JDT Untuk ACL Elite
JDT kini berhasrat untuk mengukir nama di peringkat Asia. ACL Elite merupakan pentas sangat kompetitif dengan penyertaan kelab-kelab terbaik dari pelbagai negara. Cabaran terbesar bagi JDT adalah untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang berbeza serta memahami taktik dan strategi lawan berpengalaman.
Persiapan bagi menghadapi ACLE 2025/26 telah dimulakan sejak awal lagi. JDT telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bertaraf tinggi untuk menguji kekuatan dan keupayaan pasukan. Latihan intensif melibatkan aspek fizikal, teknik dan taktikal dijalankan untuk memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik. Selain itu, pengurusan juga mempersiapkan variasi dalam strategi yang boleh diterapkan bergantung kepada gaya permainan lawan.
Harapan Penyokong Harimau Selatan
Sebagai pasukan yang menjadi tumpuan, harapan penyokong dan peminat sukan bola sepak terhadap JDT adalah sangat tinggi. Mereka tidak hanya mengharapkan pasukan mereka berjaya di peringkat domestik tetapi juga mampu bersaing dengan kelab-kelab ternama Asia. JDT juga perlu menyedari bahawa mereka membawa nama Malaysia dalam kejohanan berprestij ini dan sokongan daripada penyokong adalah sangat penting.
Jadual, Keputusan Carta Kedudukan JDT ACLE 2025/26
JDT berazam untuk mencipta sejarah di ACLE 2025/26 dan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang melangkah jauh dalam kejohanan ini. Dengan barisan pemain berbakat dan sokongan padu daripada penyokong, JDT berpotensi untuk mencabar kelab-kelab gergasi Asia. Berikut adalah jadual, keputusan dan kedudukan carta pasukan Johor Darul Ta’zim dalam Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) musim 2025/26.
Peringkat Kumpulan Liga
Jadual Dan Keputusan JDT.
Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
---|---|---|---|---|---|
16 September 2025: Selasa | |||||
8:15PM | Buriram United | 2 | 1 | JDT | |
30 September 2025: Selasa | |||||
8:15PM | JDT | Machida | |||
21 Oktober 2025: Selasa | |||||
6:00PM | Chengdu | JDT | |||
5 November 2025: Rabu | |||||
8:15PM | JDT | Shenhua | |||
25 November 2025: Selasa | |||||
4:45PM | Melbourne City | JDT | |||
9 Disember 2025 – Selasa | |||||
8:15PM | JDT | Shanghai Port | |||
10 Februari 2026: Selasa | |||||
6:00PM | Sanfrecce | JDT | |||
17 Februari 2026: Selasa | |||||
8:15PM | JDT | Vissel Kobe |
Carta ACLE Asia Timur
Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Sanfrecce | 1 | 1 | 0 | 0 | 2 | 0 | +2 | 3 |
2 | Buriram Utd | 1 | 1 | 0 | 0 | 2 | 1 | +1 | 3 |
3 | Gangwon FC | 1 | 1 | 0 | 0 | 2 | 1 | +1 | 3 |
4 | FC Seoul | 1 | 0 | 1 | 0 | 1 | 1 | +0 | 1 |
5 | Machida | 1 | 0 | 1 | 0 | 1 | 1 | +0 | 1 |
6 | Chengdu | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | +0 | 0 |
7 | S. Port | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | +0 | 0 |
8 | Ulsan HD | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | +0 | 0 |
9 | Vissel Kobe | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | +0 | 0 |
10 | JDT | 1 | 0 | 0 | 1 | 1 | 2 | -1 | 0 |
11 | Shenhua | 1 | 0 | 0 | 1 | 1 | 2 | -1 | 0 |
12 | Melbourne | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 2 | -2 | 0 |
BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
---|---|---|---|---|---|---|---|
BilanganPerlawanan | Menang | Seri | Kalah | JaringanGol | GolBolos | PerbezaanGol | Mata |
(1 – 8) Mara Ke Pusingan 16 | (9 – 12) Tersingkir |