Kedudukan carta ACL 2020 JDT keputusan dan jadual
Tarikh Dan Keputusan ACL JDT 2020 Serta Kedudukan Carta, Jadual Penuh Perlawanan Terkini. Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini telah melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai kelab pertama dari Malaysia yang layak secara automatik ke peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020.
Liga Juara-Juara Asia (ACL) Membabitkan Kelab Bola Sepak Terhebat Di Asia
Liga Juara-Juara Asia (ACL) merupakan saingan yang disertai oleh kelab-kelab bola sepak terhebat di Asia. Pembabitan JDT dalam saingan ACL membuktikan bahawa JDT juga hebat seperti kelab-kelab Asia yang lain yang beraksi dalam ACL.
Penampilan JDT Di Pentas Asia
Pada musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil di pentas Asia buat kali kedua berturut-turut dalam saingan elit benua Asia. Dengan prestasi terbaik dalam semua aspek yang ditunjukkan oleh JDT, Infosentral yakin JDT berupaya mara ke pusingan kalah mati Liga Juara Juara (ACL) bagi musim ini.
Senarai sub-tajuk Artikel
Jadual Kedudukan Carta Dan Keputusan Terkini JDT ACL 2020
Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 merupakan edisi ke-18 sambil menyaksikan JDT telah diundi dalam kumpulan Asia Timur yang turut membabitkan kelab-kelab dari negara Korea Selatan, Jepun, China, Australia dan Thailand.
Undian Pasukan ACL 2020
Hasil daripada undian yang telah dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah meletakan JDT berada di kumpulan G bersama pasukan Guangzhou Evergrande FC (China), Suwon Samsung Bluewings (Korea), dan Vissel Kobe (Jepun).
Jumlah Penyertaan Pasukan Saingan ACL 2020
Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 menyaksikan 32 pasukan akan bersaing bagi merebut kejuaraan. 32 pasukan yang layak telah diundi berada dalam kumpulan masing-masing iaitu kumpulan A hingga H dimana setiap kumpulan dihuni oleh 4 pasukan. Pasukan yang berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama dan kedua akan layak ke pusingan kalah mati.
Info Jadual Keputusan Dan Kedudukan Carta JDT Kumpulan G ACL 2020
Berikut Infosentral sertakan maklumat secara eksklusif berhubung dengan jadual, keputusan dan kedudukan carta JDT dalam kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020.
Jadual Keputusan Dan Kedudukan Carta JDT Kumpulan G ACL 2020 | ||||||
Tarikh | Masa | Pasukan | Keputusan | Pasukan | ||
12 Feb | 6PM | Vissel Kobe | 5 | – | 1 | JDT |
1 Dec | 9PM | JDT | . | – | . | Vissel Kobe |
3 Mac | 9PM | JDT | 2 | – | 1 | Suwon Bluewings |
25 Nov | 9PM | Suwon Bluewings | . | – | . | JDT |
19 Nov | 9PM | JDT | . | – | . | Guangzhou Evergrande |
4 Dec | 9PM | Guangzhou Evergrande | . | – | . | JDT |
Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mt |
![]() | 2 | 2 | 0 | 0 | 6 | 1 | +5 | 6 |
![]() | 2 | 1 | 0 | 1 | 3 | 6 | -3 | 3 |
![]() | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | +0 | 0 |
![]() | 2 | 0 | 0 | 2 | 1 | 3 | -2 | 0 |