Siaran langsung keputusan JDT vs Felda United FC 14 Mac 2020
Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan pasukan Felda United FC dalam perlawanan keempat (LS4) saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 yang telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 14 Mac 2020.
Aksi JDT menentang Felda United bagi saingan ke-4 Liga Super 2020 berlangsung tanpa kehadiran penyokong kedua-dua pasukan berikutan isu peningkatan kes Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini mendorong pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga.
Biarpun tanpa kehadiran penyokong, faktor ini tidak menjadi penghalang buat pasukan JDT selaku tuan rumah pada perlawanan ini untuk meneruskan momentum kemenangan mereka.
Bagi pasukan Felda United pula, aksi ini merupakan platform terbaik buat jurulatih bagi menguji kesebelasan pemain yang diturunkan selain berusaha untuk memperoleh keputusan positif di tempat lawan.
Mengenai kedudukan pasukan dalam carta liga setakat tiga perlawanan sebelum ini menyaksikan JDT kini selaku pendahulu liga dengan 9 mata selain merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mengekalkan kemenangan berturut-turut. Manakala Felda United pula berada dikedudukan ke-7 liga dengan kutipan 4 mata.
Secara keseluruhannya, pertembungan membabitkan JDT dan Felda United pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia skuad Harimau Selatan terutamanya yang mahu pasukan mereka meneruskan momentum kemenangan.
Senarai sub-tajuk Artikel
Live Streaming JDT Vs Felda United Liga Super 14 Mac 2020
Perlawanan ke-4 saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan JDT menentang (vs) Felda United telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 14 Mac 2020 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Untuk makluman, aksi JDT vs Felda United turut akan disiarkan secara siaran langsung melalui Unifi Sports 1 dan 2 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Keputusan Terkini JDT Vs Felda United CIMB Liga Super 2020
Dalam pada itu, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan JDT vs Felda United bagi perlawanan keempat saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
KEPUTUSAN LANGSUNG JDT VS FELDA UNITED CIMB LIGA SUPER 2020 LS4 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
JDT ![]() | 1 | – | 1 | ![]() |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
![]() | Bulot 51′![]() | |||
![]() |
![]() |
![]() |